Selasa, 26 September 2023

Vivo Malaysia Lancarkan Vivo V29 5G Dengan Ciri Potret Aura Light 2.0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Pasti korang ternanti-nanti dengan smartphone yang mempunyai spesifikasi gempak dengan harga yang berbaloi-baloi bukan? Vivo Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar terbaru iaitu Vivo V29 5G. Telefon ini didatangkan dengan dua warna yang cukup menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black. 

Ia turut dilengkapi dengan ciri kamera 50MP berserta ultra-sensor, 512GB stor penyimpanan, paparan skrin 120Hz 1.5K AMOLED, 80W pengecasan dan banyak lagi ciri yang lebih hebat untuk korang terokai sendiri bersama telefon pintar ini.

Ia turut memperkenalkan Potret Aura Light 2.0 yang merupakan ciri utama bagi Vivo V29 5G serta memiliki rekabentuk yang menarik dan ciri-ciri telefon canggih memang menjadi penggemar teknologi dan pengamal gaya hidup moden.

Antara ciri menarik bagi Vivo V29 5G adalah:

1. Perkayakan Kehidupan Seharian Dengan Potret Aura Light 2.0

Ciri Aura Light 2.0 yang bersaiz diameter 16.5mm pada Vivo V29 5G mendorong kepada kepentingan cahaya dalam hasil fotografi. Ia juga menciptakan 3D kesan cahaya, menghapuskan bayang-bayang dan memberikan  pengalaman seperti di dalam studio. 36% peningkatan pada tahap pencerahan berbanding dengan model sebelumnya dan  memastikan shot yang lebih fokus.

Selain itu, Vivo V29 5G boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan warna yang berbeza. Dengan hanya satu sentuhan, ia boleh menyerlahkan subjek walaupun dalam keadaan lampu yang malap. Ia turut menghasilkan karya yang terang, jelas, potret yang indah dan keadaan alam sekitar yang menawan dalam setiap shot yang diambil.

 
Green - Phone X                              Green - Vivo V29 5G
 
Red - Phone X                               Red - Vivo V29 5G

2. Mentakrifkan Keanggunan dengan Gaya yang Terkini

Warna-warna Vivo V29 5G adalah warna yang diinspirasikan oleh langit yang disinari bintang terutamanya warna Starry Purple. Teknik Inovatif 3d Starry Craft membolehkan penciptaan penampilan ungu yang berkilauan dengan menawan, manakala permainan cahaya pada panel belakang memastikan bahawa ia sentiasa bersinar seperti langit malam dengan sinaran bintang.

Bagi warna Noble Black, ia menunjukkan keanggunan dan gaya yang moden serta mengikut trend terkini dengan adanya teknik skala-nano yang memberikan ketahanan dan tahap kotor pada kilauan yang terukir.

3. Paparan Skrin yang Hebat Dalam Sejarah Siri V

Siri Vivo V29 5G menampilkan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna. Dengan resolusi 1.5K yang mengagumkan dan ketumpatan piksel tinggi sebanyak 452 PPI, setiap butiran menjadi seperti di alam realiti dengan ketepatan yang sangat mengagumkan. Vivo V29 5G turut mempamerkan 1.07 billion warna dan DCI-P3. Ia juga memberi keutamaan kepada kesihatan mata dan telah menerima tiga pensijilan perlindungan mata peringkat profesional SGS, menegaskan komitmen vivo terhadap kesihatan pengguna.

4. Memberikan Prestasi dan Ciri Telefon yang Mengagumkan

Vivo V29 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkuasa. Ia menampilkan platform mudah alih Qualcomm 778G, memastikan prestasi yang baik dan sambungan 5G yang lancar. Dengan Memori 12 GB RAM + 8 GB RAM Tambahan, telefon pintar ini menawarkan penyimpanan yang mencukupi dan sokongan kukuh untuk sistem operasi. Vivo V29 5G juga dilengkapi dengan Sistem Penyejukkan Bionik VC Ultra Besar yang membolehkan telefon pintar melepaskan prestasi optimum dalam pelbagai senario, memberikan pengalaman yang menakjubkan sama ada semasa sesi permainan atau pengalaman sinema.

Selain itu, pengecasan pantas 80W yang dikemaskini dan bateri 4600 mAh membolehkan telefon pintar dicas laju dan selamat, telefon dicaj dari 1% ke 50% hanya dalam masa 18 minit dan menjamin penggunaan yang tahan lama. Selain itu, vivo V29 5G juga mempunyai ciri tahan habuk IP54 dan tahan air. Sama ada berada dalam hujan atau berseronok di tepi kolam renang, vivo V29 5G menyediakan rintangan percikan air dan tahan habuk di bawah penggunaan normal.

Penjualan Vivo V29 5G akan berada dalam pasaran Malaysia dengan harga RM1,899 untuk pilihan 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB

Selain itu, Vivo Malaysia turut bekerjasama dengan beberapa jenama terkenal seperti Grazia, CHAGEE, UCSI, LUSH, Sunway Lagoon, MIX, Godiva dan DKing.

Berikut merupakan maklumat mengenai harga, promosi dan platform pembelian Vivo V29 5G:

Tarikh Pelancaran

20 September 2023

Tarikh Tempahan Awal

21 September 2023

Tarikh Jualan Pertama

28 September 2023

Platform Jualan atas Talian

vivo Malaysia e-store, Shopee, Lazada dan Tiktok Shop

Promosi Tempahan Awal

Tempah awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif yang bernilai RM995

 vivo care 1+1* Extended Warranty - RM199

vivo care 1 tahun pelan perlindungan skrin- RM399

V29 pelindung skrin - RM69

V29 Pelindung Keselamatan - RM69

TWS Earbuds - RM259

 

Pelanggan yang menempah awal pada 21 September 2023 di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma! (tertakluk kepada terma & syarat)

 Kedai Konsep vivo yang terpilih:

      Pavilion KL

      KL East Mall

      KL Mid Valley

      Sunway Pyramid

      Gurney Plaza

      Johor Mid Valley Southkey

RRP

V29 5G 12+ 256GB for RM1899

V29 5G 12+512GB for RM2099


Ikuti perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terbaru Vivo di halaman facebook Vivo Malaysia dan laman web rasmi Vivo Malaysia.

Rabu, 20 September 2023

Fourtwnty "Nalar" Tour Bakal Menggegar Malaysia dan Singapura Oktober Ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sebuah perjuangan yang keras dan tidak mudah, namun berbuah manis dengan satu demi satu pencapaian menerusi karya-karya yang digarap menjadi halwa telinga juga jiwa sehingga mengeluarkan album yang pada suatu ketika dulu hanya sebuah mimpi.

Tanpa sedar, saat tembang Aku tenang, Fana Merah Jambu, Kita Pasti Tua dan Zona Nyaman masih menjadi peneman penggemar, Fourtwnty siap memperkenalkan album ketiga.

Nalar yang membawa maksud sederhana; sentiasa dan selalu ada merupakan album ketiga yang diisi dengan 10 buah lagu yang mana pengisiannya membawa mesej yang cukup besar. 

Mengangkat mesej atau tema mengenai penderitaan seseorang hinggalah kepada persoalan mental, Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan lewat telinga dan mata di medium kaca televisyen juga telefon pintar tetapi Fourtwnty dengan bangganya memperkenalkan album ini secara berdepan.

Fourtwnty "Nalar" Tour akan memperkenalkan siri jelajahnya yang menyaksikan Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana buat peminatnya di beberapa bandar atau negeri terpilih.

Lebih mengujakan Fourtwnty "Nalar" Tour menyaksikan kugiran yang dikenali dengan genre pop folk dan lirik puitis ini buat pertama kali memasukkan beberapa negeri di Malaysia dalam siri rangka promosi. Sebelum Malaysia, Fourtwnty "Nalar" Tour terlebih dahulu menyapa penggemarnya di Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober 2023.

Manakala, warga Pahang juga turut bersiap siaga untuk menyambut jaguh ini pada 13 Oktober yang bertempat di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan.

Buat peminat di Johor Bahru pula yang telah lama menantikan Fourtwnty menebarkan pesona mereka di bandaraya ini, jangan sampai terlepas Fourtwnty "Nalar" Tour yang dijadualkan berlangsung di Persada Johor International Convention Centre. Johor pada 15 Oktober depan.

Fourtwnty "Nalar" Tour kemudian dibawa terus ke Utara, khususnya di Pulau Pinang pada 20 Oktober 2023 di Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang.

Tidak lengkaplah siri jelajah Fourtwnty "Nalar" Tour  tanpa singgah di Kuala Lumpur. Maka bersiap sedia jugalah warga KL untuk menyambut Fourtwnty di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023.

Selain Nalar, album yang digarap bersama penerbit sekian lama yang bekerja dengan Fourtwnty, Andi juga diisi dengan satu-satunya lagu bahasa sInggeris iaitu 'High'. Ia turut diisi dengan beberapa karya yang telah dirilis sejak 2020 iaitu Nematomorpha, Kursi Goyang dan Mangu yang memperkuatkan lagi isi Nalar.

Bercakap tentang mesej mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental yang diisi dalam Nalar, Ari menyifatkan album ketiga yang dirilis ini sebagai ubat.

Okay korang... Jangan sampai terlepas temujanji korang dengan Fourtwnty pada tarikh-tarikh dan destinasi yang ditetapkan.

Fourtwnty "Nalar" Tour  - Malaysia

Tiket-tiket untuk Malaysia mula dijual pada 5 September 2023 di www.myticket.asia

Tarikh

Lokasi

Tiket

Kuantan, Pahang

13 Oktober 2023

Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan

Diamond (Standing) - RM175  

Platinum (Free Seating) - RM 125  

Add on - Meet & Greet - RM300 (+ Diamond or Platinum)  

Johor Bahru, Johor

15 Oktober 2023

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor

Diamond (Standing) - RM200  

Platinum (Free Seating) - RM150  

Add on - Meet & Greet - RM300 (+ Diamond or Platinum) 

Pulau Pinang

20 Oktober 2023

Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang

Diamond (Standing) - RM200  

Platinum (Free Seating) - RM150  

Add on - Meet & Greet - RM300 (+ Diamond or Platinum)  

Kuala Lumpur

22 Oktober 2023

Zepp Kuala Lumpur

Meet & Greet (VIP Box) - RM500  

Diamond (Standing) - RM225  

Platinum (Standing) - RM150  

Gold (Premium Seats) - RM 225  

Gold (Seated) - RM150 

 
 

FOURTWNTY "NALAR" TOUR  

Tiket : www.myticket.asia 

Tiket Hotline : 03 8605 0196 

Info Hotline : 012 2560082  

Instagram: @shirazprojects  TikTok: @shirazprojects  Facebook: @shirazprojects  

Laman Web
www.shirazprojects.com  

Sabtu, 16 September 2023

Semarakkan Hari Malaysia Di Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Selamat Hari Malaysia ke-60 LeYa ucapkan. Bersempena Hari Malaysia ini, LeYa berkesempatan menyaksikan sebuah Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. 

Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) ini dilaksanakan bagi mencetus semangat baru dalam menyemarakkan seni dan budaya negara. TERM 23 berlangsung selama dua hari dianjurkan oleh Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta turut mendapat sokongan dan tajaan dari DatumCorp International.

Majlis Pelancaran Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) disempurnakan oleh Puan Noraniza Idris selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TERM 23 bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur yang turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum bertajuk 'Mahsyur Malaysia'. Majlis yang diadakan di ruang panggung itu telah memberikan para hadirin lebih pengalaman dalam seni dan budaya di Malaysia.




Untuk pengetahuan semua, TERM 23 bertujuan mengangkat semula karya tempatan Irama Malaysia melalui pelan inisiatif mempromosikan Malaysia melalui aktiviti yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan pelancong khasnya. Kita tahu yang negara kita terdapat kepelbagaian etnik, kaum dan budaya. Hal ini membuatkan Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan aspek kerohanian serta perpaduan yang ada.

 

Program TERM 2023 ini masih berbaki esok (17/09/2023) untuk korang turut hadir menyaksikan tarian etnik dan kebudayaan di pentas. Sama-samalah kita sokong dan #SaveIramaMalaysia dengan menyaksikan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) ini.






Rabu, 13 September 2023

TEBUS Angkat Prinsip dan Harga Diri Manusia. Review Filem Tebus di Prime Video

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Teringat satu cerita sewaktu Hari Merdeka hari tu, so LeYa terasa nak menulis lah serba sedikit tentang review filem ni. Filem berjudul Tebus mula ditayangkan pada 31 Ogos 2023 lalu di Prime Video.

Nak dijadikan cerita dan sebab nak support filem tempatan yang menjadi filem pertama ditayangkan di Amazon Prime, so LeYa pun decide dan ajak la kawan-kawan ke panggung wayang The Starling Mall, Damansara untuk tayangan perdana sehari awal sebelum Merdeka.

Kalau korang nak tahu lagi, filem Tebus merupakan terbitan syarikat produksi Vian Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jason Chong merangkap pencetus idea untuk naskhah ini serta nukilan skrip karya hasil tulisan Sky Khor.

Tebus ditunjangi oleh bintang hebat tanah air seperti Aedy Ashraf, Azhan Rani, Jay Iswazir dan Marisa Yasmin. Bersama mereka, pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Ahirine Ahirudin dan Idan Aedan turut memberi kelainan dan sesuatu yang segar dalam filem ini.

Sinopsis Filem Tebus

Duit memberi definisi yang pelbagai oleh setiap manusia. Ada yang hidup mewah kerana duit malah tidak kurang juga yang masih bermati-matian bekerja mencari duit untuk digunakan sehari-harian.

Meski 'si kaya' mahupun 'si miskin', selagi namanya sebuah kehidupan, memiliki duit adalah satu keperluan untuk kelangsungan hidup.

Namun, adakah setiap manusia menggunakan 'jalan' yang 'lurus' dan betul untuk mendapatkan duit?

Filem Tebus mengangkat kisah tentang seorang pengawal keselamatan, Johan yang telah menculik pewaris barangan kemas, Ana untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil. Dek kerana terdesak, Johan melakukan perbuatan jahat tersebut namun perancangannya tidak berjalan lancar apabila Bakar (bapa tiri Ana) tidak mahu membayar walau satu sen pun hasil penculikan tersebut. Malah, dia pula menawarkan wang ringgit yang tinggi sekiranya Johan membunuh Ana.

Tetapi itu bukanlah sifat yang ada pada diri Johan. Dari kisah penculikan, akhirnya menjadi misi penyelamat iaitu jauhkan Ana daripada Bakar. Disebabkan itu, Johan terpaksa melupakan hasrat untuk membantu Jalil.

Adakah pada akhirnya Johan mendapat penderma jantung untuk adiknya? Atau Johan mengambil keputusan membunuh Ana untuk dapatkan wang dari Bakar demi menyelamatkan adiknya yang sedang nazak?

Review Filem Tebus

Berdasarkan situasi tersebut, Tebus yang berdurasi 114 minit ini membawa penonton masuk ke dalam dunianya yang penuh dengan aksi, kasih sayang, kemanusiaan, empati dan berkenalan dengan 'dunia gelap' yang sentiasa menanti untuk menjerumuskan seseorang ke dalam kemusnahan.

Dari awal, LeYa dah expect filem ni pasti gempak sebab ye lah kan nak dibawa ke pasaran luar tu di Amazon. But, LeYa is sedikit kecewa kerana selepas tontonan filem ni biasa-biasa sahaja. Terlalu Straight to the point dan tidak perlu bertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Ianya diibaratkan seperti kita dah boleh jangka apa akan berlaku.

Tapi tak lah LeYa kata tak best kan. Filem Tebus ni best dan santai. Jadi, penat-penat balik kerja, santai depan TV ke Laptop, bolehlah tonton seisi keluarga. 

Di akhir cerita, kita boleh lihat ada dimasukkan plot twist, namun seperti yang LeYa bagitahu, ianya sudah boleh dibaca. Jadi, kita boleh tahu apa akan berlaku. Tapi plot twist part paling akhir tu memang diluar jangkaan juga lah. Ingatkan dah setel, tapi rupanya belum. So, that is why la LeYa cakap cerita tu ok dan best je untuk ditonton hingga akhir.

Filem ni bagi LeYa bermula dengan baik. Then, mula agak sedikit perlahan dan santai. Jadi, aksi-aksi yang kita tonton di awal penceritaan tu, hampir hilang tiba-tiba. Part romantik dan kasih sayang pula muncul. Kemudian, di hujung-jujung eh! ada suspen pula! Wow!

Seperti kita tahu, Aedy Ashraf adalah seorang aktor yang baik dan mampu memainkan apapun peranan yang diberikan kepadanya. Walaupun dia perlu berlakon dengan pelakon baharu dalam industri, namun chemistry mereka cukup baik. 

Kesimpulan

Hasil dari penelitian menonton filem ni, LeYa rasa Malaysia perlu lebih berfikir di luar kotak lebih lagi dalam pembikinan filem. Nak setanding filem Hollywood, kena banyak lagi improvement. Tapi, sebab ia ditayangkan di Prime Video, jadinya LeYa rasa boleh la layan. Pemilihan pengarah untuk tidak dimasukkan ke panggung wayang adalah terbaik sebab jalan cerita simple walaupun aksi ada dan nampak baik. Rasanya pelakon pun boleh improve diri lagi.

Ramai yang dah tonton pun, watak Jalil adik Johan tu memang sangat sesuai dan berjaya menghidupkan watak tersebut. Watak Jalil berjaya menceriakan suasana dalam filem tu. 

So, korang yang belum menyaksikan lagi filem Tebus edaran MyContent Distribution ni, boleh la buat langganan Prime Video dan tonton kerana naskhah dari filem ini akan menemukan korang sebuah erti kehidupan dengan keputusan yang paling tepat agar menjadi sebuah kembara yang amat bermakna.