Isnin, 17 Oktober 2011

Jalan-jalan di Genting Highlands

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi itu aku menunggu dengan penuh sabar kedatangan si Dia... Tepat jam 3.00petang, dia muncul di hadapan kediaman rumah sewaku yg terletak di Wangsa Maju, KL. Aku pun bertemu dengannya. Setelah berbincang, aku dan dia serta beberapa rakan yang lain bercadang untuk berjalan2 di Genting Highlands. 

Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan2 dulu di Restoran Dulang, Kampung Baru KL.. Perut sudah terisi.. Kami meneruskan perjalanan. Namun, kami berhenti di stesyen petrol Petronas untuk berehat menunaikan solat Fardu Maghrib.. Setelah selesai semuanya barulah kami meneruskan perjalanan mendaki bukit ke Genting Highlands.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit.

Sampai di atas, angin sejuk menggigit sanubariku. Aku diberi sehelai tuala oleh si dia untuk menutup kesejukanku ini.. Aku dan Dia serta rakan2 yang lain sampai tempat yang dituju dan kami menuju ke restoran untuk mencari minuman panas.

Kami bergambar dan bersiar-siar melihat suasana di Genting pada ketika itu.  Ia amat menyeronokkan sekali kerana perancangan yang tak terduga olehku.. Aku amat berterima kasih pada beliau yang banyak berhabis duit demi aku dan sanggup datang melawat aku ketika aku sakit demam dan bila sudah sihat membawa aku jalan2... Aku tidak akan melupakan segala kenangan manis ketika itu.