Selasa, 29 Jun 2021

Ada Kesan Pada Haid Jika Wanita Dijangkiti COVID-19 Atau Yang Telah Divaksin, Betul Ke?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Haid mula berubah setelah dijangkiti koronavirus? Tertanya-tanya sama ada COVID-19 harus dipersalahkan? Tapi bolehkah wabak ini menjejaskan haid wanita?

Ternyata, perubahan haid berkaitan dengan koronavirus telah menimpa segelintir wanita. Katanya, haid wanita yang dijangkiti atau bahkan, yang mengalami 'tekanan pandemik berpanjangan', boleh terjejas.

Selain itu, terdapat beberapa bukti baik melalui penyelidikan dan laporan anekdot yang mengatakan COVID-19 berupaya mempengaruhi haid wanita.

Jom kita rungkai hasil dapatan kajian yang dimaksudkan!

Koronavirus berupaya jejaskan haid wanita?

Sepanjang wabak ini, terdapat banyak laporan anekdot mengenai bagaimana COVID-19 berupaya menjejaskan kitaran haid.

Beberapa perubahan yang dilaporkan merangkumi:

  • Haid yang lebih ringan
  • Haid lebih berat
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Tidak didatangi haid
Setakat ini, hanya sedikit kajian yang dilakukan dalam usaha mengenal pasti kesan wabak ini pada kitaran haid.

Namun tidak mustahil, jangkitan itu sendiri memberi tekanan kepada badan atau mengganggu paras hormon yang memicu perubahan ketara pada menstruasi.

Kajian tahun 2020 mendapati lapisan rahim (endometrium) berkemungkinan terlindung daripada jangkitan langsung oleh koronavirus. Ini kerana ia mempunyai tahap ACE2 yang lebih rendah, reseptor yang diikat oleh novel koronavirus sepanjang kitaran haid.

Jadi, bagaimana COVID-19 boleh menjejaskan haid wanita?

Kajian 2021 menilai data daripada 177 orang yang mengalami haid dengan jangkitan koronavirus.

Jom kita lihat lagi hasilnya dengan lebih mendalam!

Kesan Jangkitan COVID-19 Terhadap Haid Wanita

Perubahan volum haid didapati terjadi pada 45 daripada 177 wanita (25%).

Daripada 45 individu ini, 36 orang mengalami pendarahan yang lebih ringan, manakala 9 lagi mengalami haid lebih berat.

Mereka yang mengalami COVID-19 bertahap teruk lebih cenderung mengalami kitaran haid yang melebihi 37 hari!

Para penyelidik mendapati, 34% orang yang menderita penyakit teruk mengalami kitaran yang panjang, berbanding 19% individu yang menghidap penyakit ringan.

Semasa saintis membandingkan panjang kitaran haid ketika dijangkiti COVID-19 dengan tempoh kitaran normal, mereka mendapati 50 daripada 177 orang (28%) mengalami perubahan kitaran haid.

Majoriti mengalami kitaran yang lebih panjang semasa dijangkiti, walaupun ada yang mengalami kitaran lebih pendek.

Tahap hormon seks, seperti hormon perangsang folikel, estrogen dan progesteron daripada 91 individu positif dibandingkan dengan 91 orang tanpa COVID-19.

Hasilnya, tidak ada perbezaan yang dijumpai antara kedua-dua kumpulan ini.

Bagaimana pula dengan kesan vaksin kepada menstruasi?

Tahukah anda, vaksinasi COVID-19 turut dikaitkan dengan perubahan haid?

Pun begitu, penyelidikan masih tidak dilakukan secara langsung untuk mengaitkan perubahan ini dengan vaksin tersebut.

Malah, penyelidikan untuk mempelajari sama ada pengambilan vaksin berisiko menjejaskan haid wanita juga secara umumnya masih berkurangan.

Setakat ini, laporan bersifat anekdot dan paling sering diperkatakan adalah, berlakunya kitaran yang tidak teratur dan pendarahan haid yang lebih berat selepas vaksinasi.

Tapi jangan risau kerana kesan-kesan ini nampaknya bersifat sementara, dan majoriti haid wanita kembali normal setelah beberapa minggu divaksin.


Mungkinkah tekanan pandemik menjejaskan haid wanita?

Adakah akhir-akhir ini anda melihat perubahan dalam kitaran haid, walaupun tidak dijangkiti koronavirus?

Ini mungkin disebabkan oleh tekanan pandemik…

Ya, terdapat banyak faktor berkaitan dengan pandemik yang dapat menyumbang kepada peningkatan tahap stres, anda mungkin berasa bimbang dengan:
  • Kesihatan diri dan orang tersayang
  • Takut bakal kehilangan pekerjaan
  • Faktor kewangan
  • Dinamik hubungan suami isteri
  • Kekangan masa untuk ‘me time’
  • Kekurangan waktu berehat dalam mengimbangi kerja dan urusan keluarga di rumah
  • Pengasingan sosial yang berkaitan dengan jarak fizikal atau kuarantin
  • Bekerja di rumah sambil memantau anak-anak dengan pembelajaran atas talian
1 kajian pada tahun 2015 mendapati bahawa tahap tekanan tinggi dikaitkan dengan kitaran yang tidak teratur dalam kalangan pelajar perempuan.

Selain itu, 1 lagi kajian pada tahun 2018, juga pada pelajar, mendapati paras stres yang tinggi berkorelasi dengan punca tidak didatangi haid, menstruasi yang menyakitkan, dan bahkan sindrom pramenstruasi (PMS).

Hasil awal berdasarkan kajian atlet elit pula mendapati, 1 daripada 5 melihat perubahan dalam kitaran haid mereka semasa pandemik.

Walaupun ia mungkin dipicu oleh perubahan kekerapan dan intensiti latihan, namun para saintis percaya bahawa faktor psikologi seperti peningkatan stres turut memainkan peranan.

Dalam kata mudah, jangkitan koronavirus mungkin boleh menjejaskan haid wanita buat sementara waktu. Tetapi, punca sebenar di sebaliknya masih menjadi tanda tanya.

Penyelidikan melaporkan, antara kesan sampingan yang kerap berlaku merangkumi pendarahan menstruasi ringan atau kitaran haid yang lebih lama.

Bukan itu sahaja, penerimaan vaksin COVID-19 juga berupaya mengakibatkan perubahan haid. Kesannya boleh membawa kepada pendarahan haid yang berat atau senggugut!

Walau bagaimanapun, data saintifik masih belum dapat menghubungkan perubahan ini secara langsung dengan vaksin semasa COVID-19.

Harus anda ingat, ada banyak jenis kondisi yang boleh memicu ketidakteraturan haid.

Faktor tekanan, baik fizikal dan psikologi, juga memainkan peranan yang besar!

Justeru, sentiasa dapatkan khidmat nasihat dan diagnosis yang tepat daripada pakar sakit puan sekiranya anda mempunyai kebimbangan atau berlaku sebarang perubahan apabila haid.

Sumber : HelloDoktor

Ahad, 6 Jun 2021

Diskaun 6.6 Sales Zara Blouse Di LF Outlet & Collections

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pejam celik pejam celik dah pun masuk pertengahan tahun 2021. So korang perasan tak hari ni adalah 6.6 Sales??? Jadi, di kesempatan 6.6 SALES ni, LF OUTLET & COLLECTIONS ada berikan diskaun terlajak murah. Alang-alang tak boleh nak ke mana-mana dan kebanyakan semua kedai tutup, jom rebut peluang tawaran khas ni selagi stok masih ada.

Tampil Elegan Dengan Zara Blouse

Duduk rumah tak semestinya tak boleh cantik-cantik kan? Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Cantik itu subjektif. Penampilan dan kecantikan sangat dititikberatkan untuk kelihatan lebih berkeyakinan dan tampil elegan.

Koleksi blouse dari LF OUTLET & COLLECTIONS kali ini menampilkan penggayaan yang cukup trendy, moden, sejuk bila dipakai, selesa, mudah digosok dan tidak ketat sangat sesuai untuk wanita muslimah tampil bergaya.

 
 

Terdapat enam pilihan warna yang gorgeous buat golongan wanita untuk memilikinya. Selain itu, rekaannya yang eksklusif memang sangat sesuai dipakai untuk semua acara. Paling best, warna baju tidak akan luntur apabila dibasuh.



Amacam? Mengancam ke tak dengan koleksi Zara Blouse ni? Harga sepasang bernilai RM39. Tawaran PROMOSI hari ni korang boleh dapatkan dengan pembelian 2 pasang RM35. Koleksi ini terhad dan eksklusif dijual hanya di LF Outlets dan tidak ada di mana-mana kedai atau butik lain.

Facebook

Instagram