Monday, 14 November 2022

Inisiatif Dato' Dr Zul Bantu Rakyat dan Usahawan Muda Tanjong Karang Rancak Ekonomi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Anak muda masa kini harus dipupuk untuk berniaga  kerana mereka adalah pemangkin kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Pencapaian ekonomi sesebuah negara hari ini bergantung kepada usahawan yang sentiasa dinamik dan maju ke hadapan.

Justeru, iltizam Dato' Dr Zulkafperi Hanapi ingin menjadikan Tanjong Karang sebagai Hub Pertanian, Penternakan dan nelayan komuniti bagi industri AGROTOURISM dan AQUATOURISM di masa akan datang. 

Anak muda dan usahawan bukan sahaja membangunkan syarikat dan diri sendiri sahaja, malah mereka menggalas tanggungjawab untuk pertumbuhan dan pembangunan serta memartabatkan ekonomi pertanian Tanjong Karang sebagai satu perniagaan. Hasil daripada tindakan ini, ia mampu mewujudkan peluang baru kepada anak muda amnya.

Dengan wujudnya lebih banyak peluang, ia dapat menyelesaikan masalah dan penambahbaikan serta idea yang bernas bagi menggerakkan dan merancakkan ekonomi di Tanjong Karang agar maju ke hadapan.

Selain itu, menurut Dato' Dr Zul lagi, teknologi dan program keusahawanan diwujudkan untuk membuka minda dan peluang anak-anak muda mencebur diri dalam bidang pertanian.

Tugas sebagai seorang usahawan bukanlah suatu yang mudah. Mereka tidak hanya menjaga kepentingan diri sahaja, ramai orang yang perlu dijaga dan diberikan perhatian. Oleh sebab itu, anak-anak muda perlu punyai rasa inisiatif untuk mengetahui berkenaan kepentingan ekonomi pertanian yang lebih mampan. 

Tanjong Karang selalu di hati.

Saturday, 12 November 2022

Apa Ada Di Sepang? Jom Makan Di 6 Restoran Menarik Ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Selangor bukan sahaja memiliki tempat-tempat menarik untuk dilawati bahkan juga turut menawarkan pelbagai sajian enak untuk dinikmati buat pengembara dari dalam mahupun luar negara.

Salah satu daerah yang menjadi keunikan tersendiri dengan bakat kulinari adalah Sepang. Sepang memiliki banyak tempat menarik dan menjadi kunjungan ramai. Bila dah penat, pasti tercari-cari tempat makan pula. Di sini LeYa senaraikan ENAM restoran menarik di Sepang yang wajib korang kunjungi.

SENANDUNG MALAM SEAFOOD, BAGAN LALANG

Kunjungi ke Senandung Malam Seafood untuk makanan laut dengan harga yang berpatutan. Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan laut dan cara masakan, antaranya termasuk ikan, sotong, udang, dan kerang-kerangan. Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula jam 5 petang. Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam.

THE TEPEN, CYBERJAYA

Korang ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya? The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Dengan hidangan pasta Aglio Olio bersama Bunga Kantan ataupun salmon panggang dalam Laksa korang, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang berlainan. Bercakap tentang kelainan, mereka turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini apabila korang pergi ke Cyberjaya.

PAK NGAH CYBER KOPITIAM

Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar? Kunjungi ke Pak Ngah Cyber Kopitiam. Terletak di Cyberjaya, kopitiam bergaya moden ini menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia, daripada Nasi Lemak, Asam Laksa, dan juga telur separuh masak di atas roti bakar bersama kaya dan mentega. Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda. Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti ‘chicken chop’, tortilla dan pasta untuk memuaskan selera dan citarasa korang. Tetapi, menu istimewa mereka adalah Nasi Minyak, sejenis hidangan nasi yang kebiasaannya dihidang di majlis perkahwinan kaum Melayu. Kopitiam ini semestinya salah satu restoran yang wajib korang cuba!

THE BOTANIST, CYBERJAYA

Ini adalah satu lagi tempat menarik yang boleh korang kunjungi jika korang ke Cyberjaya. The Botanist merupakan sebuah kafé yang cantik dengan suasana tropika sesuai untuk pengguna ‘insta’. Café ini menyajikan ‘bao burger’ yang unik iaitu salah satu hidangan istimewa mereka bersama hidangan-hidangan lain termasuk kopi dan teh. Dan jika korang seorang vegan, terdapat pilihan bukan tenusu juga. Terletak di Tamarind Square, kafé ini juga menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mereka untuk mempromosikan kesedaran bebas sisa di kafe ini. 

LUCK BROS KOPI

Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan. Jika korang ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga, LeYa cadangkan 5 Street Coffee iaitu menu istimewa mereka yang mempunyai lima jenis kopi dari negeri-negeri di Malaysia; Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Konsep kafe yang moden ini dapat menarik pelanggan yang Insta-Aesthetic. Kalau korang berada di KLIA2 dan ingin mencari makanan-makanan yang sedap, Luck Bros Kopi adalah satu pilihan terbaik untuk disinggah.

RESTORAN UMMI AISYAH

Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat, daripada ikan bakar, sotong ke sambal udang dan siput sedut masak lemak. Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. Terdapat juga pelbagai aneka ulam ulaman dan sayur sayuran. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan. Jika korang merancang untuk makan di sini, LeYa cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu Siakap Terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.

Sepang adalah antara tempat yang amat digalakkan untuk meluangkan hujung minggu korang. Terdapat banyak tempat untuk korang lawati, bermalam dan juga restoran yang terbaik di sini. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!

Selain daripada tempat yang dinyatakan di atas, Sepang juga turut menawarkan banyak lagi restoran dan kafe menarik yang korang boleh lawati. Boleh baca DI SINI.








Monday, 7 November 2022

Presiden MIC Kembalikan Kegemilangan Penduduk Sungai Siput

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari semakin hari, kehangatan PRU15 semakin terasa. Pencalonan nama sudahpun diumumkan. Kini hanya tinggal hari pengundian untuk menentukan parti mana yang akan mentadbir negara.

Justeru, MIC yakin kali ini akan rampas kembali detik kegemilangan di Sungai Siput menerusi Tan Sri Dato' Sri Vigneswaran, Presiden MIC dan juga merupakan Speaker Dewan Negara yang akan bertanding di sana.

Seperti yang kita maklum, tradisinya Sungai Siput ditanding Presiden MIC dari zaman mendiang Tun V.T Sambathan seterusnya Tun S. Samy Vellu.

Tiga penggal juga kerusi Parlimen Sungai Siput tidak didiami dari MIC. Namun, untuk kali ini, penduduk Sungai Siput gembira apabila mendengar khabar berita yang Tan Sri Dato' Sri Vigneswaran akan bertanding melawan enam calon lawannya.

Ironinya, kita sendiri dapat lihat bagaimana semangat kerjasama dan saling membantu yang ditunjukkan Tan Sri terhadap penduduk Sungai Siput. 

Hari ini, pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang beginilah yang patut kita pandang dan sokong untuk kesejahteraan kita.

Tuesday, 1 November 2022

Dato' Dr Loga Bala Mohan Jaganathan Berjiwa Rakyat dan Dekat Di Hati Penduduk Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bahang PilihanRaya Umum (PRU 15) semakin dirasakan. Sana-sini mula sibuk dengan aktiviti penamaan calon dan persiapan di hari mengundi. Tidak terkecuali juga Dato' Dr Loga Bala Mohan Jaganathan. 

Seperti yang kita maklum, sepanjang khidmat Dato' Dr Loga memegang jawatan Timbalan Menteri Wilayah 2013 - 2018, beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat mesra kepada rakyat serta amanah dalam melaksanakan tugas.

Beliau juga sangat dihormati dan dikasihi oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa kerana karekter beliau yang mesra bersama penduduk dan tegas dalam  melaksanakan tugas serta kerja-kerja sebagai Timbalan Menteri Wilayah.


Setegas beliau, namun inilah pemimpin yang dihormati dan disayangi semua masyarakat kerana sentiasa turun padang berjumpa penduduk dan mendengar, melihat serta melaksanakan kerja dengan pantas dan sistematik serta efisyen.

Dalam era globalisasi hari ini, ini lah tokoh kepimpinan di Wilayah Persekutuan yang boleh berkhidmat dengan masyarakat dan memartabatkan kepentingan penduduk terutama di Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah pilihan yang tepat sebagai calon pemimpin terutama di kawasan Wilayah Persekutuan.

Selain itu, turut mempunyai latar belakang yang sihat dan bersih sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, telus dan ikhlas dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan adalah aspirasi kepada masyarakat terutama penduduk Wilayah Persekutuan untuk terus sama-sama memberi kerjasama dan sokongan. Majoriti penduduk juga berharap yang beliau akan kembali menerajui kepimpinan di kawasan Wilayah Persekutuan.


Dato' Dr Loga Bala Mohan Jaganathan adalah pilihan penduduk kawasan Wilayah Persekutuan kerana rekod kepimpinan beliau sepanjang khidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 2013 - 2018 telah TERBUKTI sebagai pemimpin yang BERJIWA RAKYAT.

Thursday, 27 October 2022

Makan Makanan Thai Terbaik di Alor Setar @ Sauu Thai Cuisine

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Apa khabar semua? Kali ni LeYa nak kongsikan dengan korang tentang pengalaman LeYa makan di sebuah restoran masakan Thai iaitu Sauu Thai Cuisine di  Alor Setar, Kedah. Kalau korang duduk Alor Setar dan sekitarnya, teringin nak makan selera Thailand, bolehlah singgah di restoran ni. Jom, ikuti cerita selanjutnya!

Restoran milik anak Melayu tempatan yang berasal dari Perlis ni baru beroperasi sebulan. Sebelum ini, restoran ini bertempat di Kuala Perlis. Oleh kerana pandemik Covid-19 dan PKP, ia terpaksa tutup kerana ketetapan kerajaan yang tidak membenarkan rentas negeri. Alhamdulillah, hari ini setelah kerajaan mengumumkan fasa endemik dan boleh memulakan aktiviti perniagaan dan pekerjaan, pemilik meneruskan legasinya yang terletak bersebelahan Hotel T Tandop, Kawasan Perusahaan Industri Tandop, Alor Setar. Korang boleh waze je Hotel T Tandop. Tak susah pun nak cari. 

LeYa baru sahaja try menu masakan Thai kat sini minggu lepas. Datang dalam pukul 9 malam untuk menikmati dinner. Meh LeYa buat korang terliur dulu dengan video kat bawah ni. Jemput tengok ye!

Antara menu yang korang wajib cuba dan sangatlah recommended adalah Set Miang Pla ni. Memang cukup hidangannya dengan Siakap Bakar, Aneka Seafood, Somtam dan Daging Bakar bersama tiga sos pilihan dan perahan limau nipis yang pasti memukau selera korang. Orang Utara memang confirm lah suka kan. Isi ikan dan seafoodnya segar sebab tuan kedai akan pastikan bahan-bahan dibeli segar setiap hari dan dibawa terus dari Thailand. Jadi, memang bahan-bahan dia kalau korang cari kat sini memang takde lah senang cerita. Semuanya dibawa khas dari sana. That's why rasa dia memang sedap macam makan di Thailand.

LeYa dan rakan-rakan telah memesan Set Miang Pla Premium ni berharga RM99.90. Memang kenyang dan tersandar walaupun tiada menu nasi di dalamnya. Hahaha! Korang nak order menu yang lain pun ada. Nah... LeYa kongsikan buku menu yang korang boleh pilih awal-awal sebelum sampai kat sana.





Dah makan mesti lah kena minum air kan. So, kat sini LeYa telah pilih air special iaitu Sirap Hijau Soda Limau dan Ribena Laici. Memang menyejukkan dan melegakan rasa kehausan selepas makan. Tapi, LeYa tak berkesempatan nak try dessert dia sebab perut dah penuh kekenyangan. Takpelah, maybe next time boleh singgah dan cuba menu lain pula.


Selain dari menu-menu di atas tadi, korang boleh juga mencuba aneka pilihan Pancake Thailand yang ada di sini. LeYa telah pilih dan cuba empat pilihan terbaik ni iaitu Roti Blueberry, Roti Pisang Coklat, Roti Milo dan Roti Biasa. Sedar-sedar je dah habis kesemua. Aduhai.... Memang sedap terukkk lah roti-roti ni.

 
 

Apa tunggu lagi? Malam ni jommm ajak family dan rakan-rakan dinner kat sana!


Lokasi
No 4, Kawasan Perusahaan Industri Tandop, 05400 Alor Setar, Kedah
(bersebelahan Hotel T Tandop)

Waktu Operasi
Setiap hari (kecuali Isnin)
4.00 PM - 12.30 AM 

Facebook

Hubungi
+6017 - 489 7008

Tuesday, 25 October 2022

Lifebuoy "C Untuk Cuci Tangan:Train the Trainers" Galakkan Penjagaan Kebersihan Tangan Kepada Murid KEMAS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... 

Baru-baru ini bersempena dengan Hari Mencuci Tangan Sedunia (Global Handwashing Day - GHD), Lifebuoy iaitu sabun perlindungan kuman nombor satu dunia yang berdedikasi menggalakkan amalan penjagaan kebersihan dengan baik, telah melancarkan program "C Untuk Cuci Tangan: Train the Trainers" di The Grounds bagi tujuan memperkasakan amalan mencuci tangan dengan baik dalam kalangan murid sekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Program “C Untuk Cuci Tangan: Train the Trainers” bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi kemahiran mencuci tangan yang diperlukan dengan guru-guru KEMAS tetapi juga untuk membolehkan mereka mengajar kemahiran tersebut kepada murid.

Untuk pengetahuan korang Unilever Malaysia melalui Lifebuoy telah bekerjasama dengan Guardian untuk menyumbang kit kebersihan yang mengandungi keperluan harian seperti buku panduan Lifebuoy C untuk cuci tangan, Pencuci Tangan Antibakteria dan Sabun Buku Lifebuoy serta tisu basah antibakteria daripada Guardian kepada Tabika KEMAS bagi menggalakkan penjagaan kebersihan tangan yang baik dan membantu meminimumkan risiko jangkitan dalam kalangan murid sekolah.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Asri Bin Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Cik. Lenny Chuah, Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura, Thailand (MYSGTH) & Ketua Unilever Malaysia dan Cik. Jessica Barnabas, Ketua Jabatan Penjagaan Peribadi, Guardian Malaysia.

Yang Berusaha Tuan Asri Bin Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan berkongsi, “Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui KEMAS sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan diri dalam kalangan murid KEMAS. KEMAS amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak swasta dalam menjalankan program mencuci tangan sebegini. Sebagai contoh, guru yang menjalani latihan yang ditawarkan oleh Lifebuoy Malaysia akan dapat membimbing murid-murid sekolah tentang cara yang betul untuk mencuci tangan dengan lebih cekap. Sememangnya guru memainkan peranan penting untuk menggalakkan amalan mencuci tangan dengan baik dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil.

“Selain itu, kit kebersihan yang disumbangkan Lifebuoy dan Guardian akan membantu membentuk minda kelas pertama dalam penekanan terhadap aspek kebersihan diri dalam kalangan murid prasekolah. Dengan peningkatan penyakit tangan-kaki-dan-mulut (HFMD), para murid akan diingatkan untuk menggunakan kit kebersihan yang terdapat di kawasan sekolah untuk menjaga kebersihan tangan dari semasa ke semasa. Secara keseluruhannya, ini adalah merupakan salah satu contoh yang baik dimana kerjasama awam-swasta dapat memastikan persekitaran yang lebih sihat dan bersih untuk generasi masa hadapan kita.”

Lenny Chuah, Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura, Thailand (MYSGTH) & Ketua Unilever Malaysia berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan aspek utama dalam meningkatkan kesihatan dan kebersihan bagi tujuan melindungi nyawa dan kehidupan, Unilever melalui Lifebuoy Malaysia berharap agar pelancaran program “C Untuk Cuci Tangan: Train the Trainers” dapat memberikan pandangan dan perspektif yang berharga untuk memperkasakan pendidikan kebersihan tangan dalam kalangan murid sekolah. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan KEMAS dan Guardian untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tentang kepentingan mencuci tangan bagi mengelakkan penyebaran kuman. Selaras dengan tujuan kami untuk menyelamatkan nyawa, program kami akan memperkasakan ibu dengan kesedaran, pengetahuan dan maklumat berkaitan bagi membantu memastikan anak-anak mereka kekal sihat.

"Bagi menguatkan sokongan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan untuk memacu perubahan tingkah laku positif terhadap amalan kebersihan tangan dalam kalangan kanak-kanak, Lifebuoy telah mencipta lagu tema Mari Lebih Sihat! yang dinyanyikan dalam bahasa tempatan daripada pelbagai kumpulan etnik di negara kita bagi mewujudkan pendidikan kebersihan yang paling inklusif di Malaysia. Pada masa ini, fasa kedua inisiatif Mari Lebih Sihat akan meneruskan matlamat ini untuk memacu perubahan tingkah laku mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak.”


Selain itu, bagi merancakkan lagi cara yang berkesan dalam memupuk amalan mencuci tangan dalam kalangan murid sekolah, Lifebuoy telah bekerjasama dengan sekolah untuk mempromosikan asas kebersihan tangan dari tahun-tahun awal kanak-kanak dengan inisiatif Ketua Pegawai Pendidikan (CEO) Mudanya. Kanak-kanak adalah lebih cenderung untuk menerapkan tingkah laku ini apabila mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Oleh itu, Lifebuoy percaya bahawa inisiatif sedemikian akan mempercepatkan impak pendidikan kebersihan tangan dengan meningkatkan sikap murid terhadap pembelajaran, memupuk pengalaman pembelajaran yang lebih diperibadikan, menarik minat pelajar melalui pembelajaran koperatif, dan membawa kepada pengekalan maklumat yang tinggi.


Lenny Chuah berkongsi, "Lifebuoy percaya bahawa memberikan pemahaman dan menyemai kepentingan membangunkan amalan kebersihan tangan sepanjang hayat dalam kalangan kanak-kanak adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penularan penyakit berjangkit di sekolah. Sejak bermulanya program jangkauan Lifebuoy pada tahun 2015 di seluruh Malaysia, program kami telah memanfaatkan 536,113 kanak-kanak berumur 4 hingga 9 tahun. Didorong oleh tujuan yang lebih besar, kami ingin membantu 1 juta orang mengamalkan amalan mencuci tangan yang baik menjelang 2025.


Lifebuoy tetap komited terhadap aspek inovasi dalam produknya untuk meningkatkan usaha kita melawan kuman. Baru-baru ini, Lifebuoy turut memperkenalkan varian produk Lifebuoy Fresh Coconut Water & Mint Antibacterial Bodywash dan Lifebuoy Lemon Fresh Antibacterial Handwash. Usaha ini akan memainkan peranan penting untuk merealisasikan visi Lifebuoy untuk membantu komuniti kekal selamat, segar dan bersih.

Nak tahu lebih lanjut, layari laman sesawang di bawah:

Website

Facebook

Thursday, 20 October 2022

Cara Menyimpan Yang Mudah Dengan Savings Calculator

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua satu tips untuk berjimat dalam perbelanjaan dan cara menyimpan dengan mudah menggunakan Savings Calculator. Actually, LeYa malu dan tak layak lah juga untuk bagi tips perbelanjaan ni sebab LeYa sendiri baru kembali mencari peluang dan menjana pendapatan. Namun, ini merupakan perkongsian buat kita semua terutama ekonomi kita yang masih belum stabil dan tidak menentu. Jadi, ada baiknya kita mendapatkan ilmu dan tips untuk berjimat dan menyimpan di masa akan datang. Jom!

Masih ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah menguruskan pendapatan atau duit gaji yang diperolehi dengan bijak. Ada sesetengah yang belum masuk setengah bulan, duit dah tinggal sikit sehingga terpaksa meminjam rakan-rakan dan ikat perut. 

Dengan kos sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar, amalan berjimat cermat sangat dititikberatkan untuk meneruskan kehidupan seharian. Sebagai seorang yang baru memulakan kerjaya setelah 3 tahun tidak bekerjaya, LeYa mengalami sedikit perubahan untuk kembali menguruskan perbelanjaan secara berhemah. Ada kala perit, ada kala cukup-cukup makan. Semua itu ditelan LeYa sendiri demi mencari kejayaan yang telah jatuh ini. 

Semua ini dapat diatasi dengan mempunyai perancangan dan menggunakan formula yang betul dengan mengetahui jumlah sebenar duit masuk dan duit keluar. 

Jom LeYa kongsikan cara simpan duit gaji walaupun gaji korang bawah RM2,000.

1. Pendapatan Bersih

Ok, nak kira pendapatan bersih sebulan, korang kena tahu formulanya

Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih

Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pendapatan bersih

2. Guna Aplikasi Savings Calculator

Aha! Korang nak lagi mudah, korang guna je aplikasi Savings Calculator ni. Ia lebih mudah dan cepat serta gerenti korang tak culas dalam menyimpan wang dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, LeYa nak menyimpan duit sebanyak RM10,000. Kemudian, untuk sebulan LeYa boleh menyimpan RM200 sahaja Jadi, dalam kalkulator ni, dia dah tunjukkan cara pengiraan berapa lama korang kena menyimpan duit yang korang nak tu. 


Jadi, tak susah kan kalau kita benar-benar tekad untuk buat simpanan duit kita demi masa depan. Usah risau usah gundah jika kita tak konsisten dengan sistem simpanan sendiri, ikut je step yang ada dalam Savings Calculator ni. Confirm duit simpanan korang bertambah-tambah. (Bolehlah nanti belanja LeYa. Hehehe....)

Cuma sekarang ni  LeYa pun dah mula rasa kena kurangkan sikit pembelian. Beli untuk keperluan aja. Bukan beli ikut nafsu dan kemahuan. Sebab, dalam keadaan sekarang yang ekonomi LeYa pun tak berapa stabil ni, rasanya tidak perlu membazir dan menyemakkan rumah dengah entah apa-apa yang dibeli. Hahaha....


Bagi memastikan untuk kita ikut formula dalam Savings Calculator ni, apa kata cuba buat jadual perbelanjaan bulanan kita. Hal ini dapat membantu untuk kita semak semula perbelanjaan kita. Selain itu, korang juga boleh membuat simpanan di Tabung Haji atau ASB. Mana-mana pun boleh janji korang tahu cara nak kembangkan duit korang untuk dapatkan pulangan dividen atau bonus tahunan.

Akhir kata, simpanlah sedikit duit gaji untuk simpanan dan kecemasan supaya bila berlaku perkara tidak diingini, kita dah tak perlu mengharapkan orang lagi. Tiada siapa yang dapat membantu kita selain diri kita sendiri bila kita berada dalam kesusahan. Kawan di masa senang ramai, tetapi di masa susah tu lah tidak nampak. Jadi, beringatlah sebelum terkena. 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang diluar sana dalam mengawal perbelanjaan harian dan bulanan korang. Semoga bertemu lagi dalam artikel yang akan datang.

Thursday, 6 October 2022

Mengidam Western di Utara, Jom ke Rumah 888 Diners, Alor Setar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang.... Tercari-cari tempat makan western di Alor Setar? Jom LeYa nak kongsikan dengan korang satu restoran yang agak unik dan menarik di Alor Setar ni. Restoran ni LeYa jumpa secara tidak sengaja ketika pusing-pusing dengan kawan-kawan di sana. Dan, apa lagi, LeYa pun terjatuh hati la untuk singgah dan cuba rasa hidangan di Rumah 888 Diners ni. Nak tahu lagi? Jom teruskan lagi bacaan sampai habis...

Mengidam Western di Utara, Jom Ke Rumah 888 Diners, Alor Setar

Berada di sekitar Alor Setar, tempat wajib nak dituju of course lah tempat makan kan. Tak kira mana-mana pun kita berada. Tempat makan merupakan salah satu destinasi sebelum kita bergerak lebih jauh.  Antara tempat makan western yang wajib korang singgah bila berada di Alor Setar ialah Rumah 888 Diners. Dekorasi kafe dari luar memang cukup klasik dan akan membuat korang terpesona ketika menikmati hidangan yang dipesan. LeYa suka dengan vibe Rumah 888 ni. Lagu yang dimainkan pun tenang je untuk pelanggan menikmati makanan.

Ruang restoran dah selesa. Vibe dah baik. Apa lagi korang nak tahu? Oh ya! Semestinyalah hidangannya kan. Okay.... jom tengok LeYa order menu apa malam tu. Ni dia hidangan yang sempat LeYa rasa, Fiesta Grill dia yang memang meriah dan sedap.

Fiesta Grill | RM39.80

Fiesta Grill ni berharga RM39.80 dan didatangkan dengan Lamb, Chicken, Sausage, Wedges, Salad bersama sos Black Pepper yang memikat selera siapa sahaja yang merasainya. Tak dilupakan juga kepada minuman pembasah tekak, Iced Milk Tea dan Iced Chocolate yang berharga RM7 dia pun memang padu. Harga berbaloi dan rasa sangat sedap.

 Iced Milk Tea & Ice Chocolate | RM7

Memang terbukti dengan rasa dan bahan yang Rumah 888 Diners ni gunakan adalah bahan yang segar dan baru. Setiap hari mereka akan pastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk kehendak pelanggan yang inginkan Western terbaik di Alor Setar. 

Lamb Grill | RM29.80


Combo Fiesta | RM68.80

Selain itu juga, yang tekak Melayu jangan risau. Ada je menu berasaskan nasi yang korang boleh nikmati. Antaranya ialah hidangan Nasi Butter bersama pilihan lauk seperti Kambing Bakar, Harimau Menangis, Ayam Bakar dan Nasi Pad Kra Pao.

Harimau Menangis | RM18.80

Bukan itu sahaja. Rumah 888 Diners menampilkan keistimewaan dengan menyediakan Kid's Zone di mana terdapat lebih dari 10 jenis gula-gula boleh diambil secara PERCUMA. Jadi, keistimewaan ini pasti membuatkan anak-anak korang seronok dengan layanan gula-gula yang diberikan secara percuma itu. Ibu bapa pun pasti happy sebab anak-anak pun happy.


Mungkin yang mana masih belum tahu kat mana terletaknya Rumah 888 Diners ni, ia betul-betul berada di Kompleks Alor Setar. Kalau nak senang korang boleh Waze atau Google Maps sahaja lokasi restoran ni, mesti jumpa. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Waktu yang sesuai untuk korang yang penat-penat baru balik kerja dan tiada masa untuk memasak di rumah.


LeYa memang berpuas hati dan rekemen pada korang di luar sana untuk mencuba. Boleh war-war kan juga pada kawan-kawan dan keluarga tentang Rumah 888 Diners ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera untuk korang!

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk lokasi dan layari laman media sosial di bawah

Alamat
112, Ground Floor Kompleks, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar Kedah

Telefon / WhatsApp
+6010 - 709 9354

Facebook

Instagram