Saturday, 28 October 2017

Haunted Hotel | Pengalaman Bermalam di Amber Court, Genting Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa perasaan korang bila berhadapan dengan situasi yang sangat menyeramkan? Sudah semestinya, ironinya kehidupan sejagat manusia akan berasa takut dan seram. Jadi, bagaimana pula jika korang menginap di salah sebuah hotel yang dikatakan berhantu? Inilah yang menjadi sedikit kebimbangan di hati LeYa tatkala menyertai satu cabaran "Siapa Paling Berani" bermalam 1 malam pada 21 Oktober 2017 di Amber Court, Genting Highlands yang mana merupakan lokasi tersenarai antara kawasan paling 'haunted' di Asia. 


Cabaran "Siapa Paling Berani" di Amber Court

Cabaran ini diadakan bersempena dengan tayangan filem seram HAUNTED HOTEL terbitan Lomo Pictures yang diarahkan oleh Ryon Lee di mana ia telah menggandingkan para pelakon terkenal dari Thailand, Malaysia dan China serta menjadikan Amber Court sebagai salah sebuah lokasi penggambaran filem tersebut. 

Filem Haunted Hotel yang sudah ditayangkan di Malaysia mendapat kutipan RM600,000 untuk 3 hari tayangan manakala mendapat RM11 juta selama 8 hari di China. Jadi, atas pelawaan Cabaran "Siapa Paling Berani" dari Sam Kassim Events & Communications, LeYa, Otomen dan beberapa lagi rakan blogger terpanggil untuk mencabar diri bermalam di Amber Court, Genting Highlands. 


Ini merupakan pengalaman pertama LeYa dan Otomen bermalam di Amber Court ini. LeYa dan Otomen bergerak ke sana dengan menaiki sebuah van yang mana kami telah berkumpul di stesen LRT Gombak sekitar jam 5.00 petang. Lebih kurang jam 6.15 petang, kami pun tiba di Amber Court, Genting Highlands. Angin bayu dah mula menyapa muka dan seluruh anggota badan dah mula terasa sejuk. Di kesejukan petang itu, kami para blogger memulai langkah pertama dengan membuat liputan terhadap persekitaran di sini.

Amber Court ini bukanlah sebuah bangunan kosong. Malah ia dihuni oleh warga asing yang bekerja di situ dan beberapa pelancong luar negara yang datang menginap di bilik hotel yang disediakan. Tambah meriah lagi LeYa nak perkatakan, korang akan disajikan dengan deretan kedai makan, kedai runcit, dobi dan kedai alat telekomunikasi di perkarangan lobi yang sangat besar dan luas itu. 

Melangkah sahaja masuk ke bilik hotel untuk LeYa dan Otomen yang berada di tingkat 23 iaitu tingkat tertinggi telah memukau mata memandang dengan hiasan dan keluasan yang cukup selesa untuk bermalam di situ. Ruang tamu, dapur dan sebuah bilik tidur serta balkoni menambahkan lagi bilik hotel ini menjadikan ia apartmen eksklusif pada era zaman kegemilangan dahulu. Dari luaran, ia seperti sebuah hotel yang suram dan seram, namun di sebalik keselesaan bilik hotelnya membuatkan satu perasaan tenang untuk merehatkan diri.



Lawatan ke Lokasi Penggambaran Haunted Hotel

Usai menguruskan bilik hotel, LeYa dibawa pula untuk meninjau lokasi penggambaran bagi filem Haunted Hotel yang pernah dijalankan di kawasan Amber Court ini. LeYa difahamkan yang mana pengarah dan krew turut diganggu semasa sedang membuat sesi penggambaran. Di antara lokasi-lokasi ini juga, ada berlaku satu kejadian di mana melibatkan 7 ahli keluarga bunuh diri dan kawasan tersebut dihuni makhluk halus. Dikatakan ramai pernah diganggu terutama sekali apabila berseorangan. 

Pintu bergrill itulah dikatakan berlaku 7 ahli keluarga bunuh diri

Kawasan tangga gelap juga menjadi lokasi penggambaran filem Haunted Hotel

Lokasi tangga di mana penggambaran jelmaan "Ling" dalam filem Haunted Hotel


Lokasi tandas tinggal yang digunakan sebagai tandas hospital dalam filem Haunted Hotel

Tempat parkir kereta yang memaparkan adegan cemas dalam Haunted Hotel

Kemudian, jam berdetik menunjukkan angka 8.30malam. Kami dibawa terus untuk menikmati makan malam di salah sebuah kedai makan yang berada di tingkat 4 yang menempatkan lobi hotel ini. 

Cabaran "Siapa Paling Berani" Bermula

Cabaran ini bermula jam 10.00 malam dan telah berlangsung di salah sebuah tempat parkir basement Amber Court. Dalam cabaran itu, kami perlu mencari satu botol perfume yang diletakkan di salah sebuah bilik yang sangat gelap. Setiap peserta akan masuk berseorangan mencari perfume itu dengan hanya berbekalkan tourchlight yang ada pada smartphone dan perlu merekod video dalam waktu yang telah ditetapkan.

Groupfie peserta cabaran Siapa Paling Berani

Misi 1: Untuk yang pertama kali, kami diberi masa 1 minit untuk mencari botol perfume tersebut. Dan memandangkan perasaan takut yang melampau, kesemua antara kami gagal menemui botol perfume yang telah diletakkan. Kami diberi pula masa tambahan lagi untuk 2 minit.

Misi 2: Berbekalkan masa 2 minit, para peserta terus mencari botol perfume yang diperlukan itu. Barangkali "ada" yang cuba bermain-main dengan kami, perfume masih belum dapat ditemui. Mana tidaknya, kawasan tersebut mempunyai bilik yang banyak, gelap gelita, sejuk dan menyeramkan pula. Hanya berbekalkan lampu handphone dan semangat berani, peserta terus berlari masuk mencari botol perfume tersebut. Masih tidak dijumpai, kami dibawa untuk melihat sendiri kedudukan botol perfume itu diletakkan. Masih menjadi misteri di mana beberapa smartphone rakan blogger hang tiba-tiba ketika ingin merakam.

Misi 3: Setelah pusingan 2 juga gagal, sekali lagi semua peserta diberi 2 minit untuk mencari botol perfume tersebut. Dalam pusingan ke-3 inilah, baru ada seorang demi seorang berjaya mendapatkan botol perfume tersebut. Seriously.... LeYa terkejut bilamana Otomen berjaya mendapat mata terpantas iaitu 35saat dalam pencarian botol perfume tersebut walaupun menjadi peserta terakhir yang jumpa. Tahniah diucapkan buat suami tersayang, Otomen Taro.


Saat berehat seketika menikmati minum malam, barulah kami tahu yang lokasi cabaran "Siapa Paling Berani" itu tadi merupakan lokasi paling keras. Dikatakan telah banyak kejadian berlaku dan ramai yang pernah terserempak dengan gadis cantik yang kemudian berubah rupa yang amat mengerikan selain nampak lembaga besar, kena sampuk dan meracau sehingga tidak jumpa jalan pulang. Kawasan itu sebenarnya sudah ditutup kepada orang ramai. Syukur alhamdulillah, sepanjang cabaran itu, tiada apa yang buruk berlaku kepada kami.

Sebelum masuk bilik untuk berehat dan tidur, kami berjalan-jalan dahulu di depan hotel untuk menikmati suasana malam. Angin sejuk menyapa muka. Suasana malam sunyi dan suram dengan lokasi hotel yang berada di atas puncak.



Keesokan paginya, sebelum berangkat pulang, semua peserta yang memenangi cabaran "Siapa Paling Berani" telah menerima hadiah menarik sebuah smartphone VC Violet III keluaran VC Smartphone. Ia juga merupakan smartphone yang telah digunakan dalam filem Haunted Hotel.

LeYa bergambar di hadapan lobi hotel

Tahniah Otomen Taro! Kerana berjaya memenangi Cabaran Siapa Paling Berani

Para peserta yang telah berjaya memenangi VC Smartphone, VC Violet III

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Lomo Pictures dan Sam Kassim Events & Communications di atas penganjuran Cabaran "Siapa Paling Berani dan juga pihak smartphone VC Malaysia yang memberi hadiah bermakna ini kepada kami semua. Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan blogger yang turut hadir dan berkongsi pengalaman dalam menempuhi cabaran di Amber Court ini. Inilah satu pengalaman yang amat berharga yang menyeramkan pernah LeYa lalui demi mencabar diri.

Rezeki LeYa tidak terhenti di situ apabila mendapat tahu yang kesemua peserta yang mengikuti Cabaran "Siapa Paling Berani" juga berjaya memiliki VC Smartphone tersebut. WoW!!! Speechless seketika. Syukur Alhamdulillah. 


LeYa kongsikan juga bual bicara pelakon Thai, Aom Sushar ketika sidang media diadakan.


Buat korang yang ingin tahu dan melihat sendiri kisah seram Amber Court, bolehlah menonton filem Haunted Hotel yang sudah pun berada di pawagam berdekatan.

Jangan Risau! Kini terdapat 69 pawagam yang menayangkan filem Haunted Hotel ini. Jadi, jom semua saksikannya sekarang! 
Reaksi kOrang:

21 comments:

  1. Ada tak jumpa yang pelik..

    Kalau otak dah hafal ayatul kursyi ..memang OK punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde pun jumpa yg pelik.. Bilik hotelnye menarik juga utk diinap tetapi kene pergi ramai² la.. Kalau sorang² seram juga rasanye.. 😁😁

      Delete
  2. Replies
    1. Nak kate berani tu xjugak.. Hehe... Ade je rase seram² jugak. Tapi, alhamdulillah... Semuanya ok.

      Delete
  3. Takutnya cabaran yg diadakan. Tp apa2pun rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tahniah berjaya dalam cabaran tu leya dan atomen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak ani... Hehe.. Ade juga rase seram mula² tapi bila bergerak ramai² ok je.

      Delete
  4. tak lena nak tidur kalau tau tempat tu ada kisah misteri..konfirm berjaga je sampai pagi...penakut ya amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Ok je..tapi kalau xnak rase takut dtg ramai² satu family tido apartment tu besar...

      Delete
  5. ish..mmg tak lena tidur kalau gini..sya ni mmg penakut....
    jom singgah log saya https://dotneeda.blogspot.my/2017/10/jangan-abaikan-perkara-ini-ketika.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan takut². Fikirkan Allah lebih berkuasa.
      Okay...salam singgah

      Delete
  6. Wahhh, berjaya atasi cabaran eak... Memang xde ker rasa & nampak yg seram2? 😈😈😈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... tiada yang pelik2 pun berlaku ketika berada di sana

      Delete
  7. Nasib baik xde apa2 berlaku..menakutkan la..sebab tu akak x bagi nama sebab akak memang penakut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Takde pape pun kak... Okay je nak stay beramai-ramai.. Meriah kan sikit hotel yg sunyi tuh... Kalau sensorang mungkin ade jugak la rasa seram nya...

      Delete
  8. tgk luar building pun da cm haunted...ni nk msk plak, mmg seram laa... lariiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Takde pape pun... Okay je.. Jom la bermalam di sini.. Hehe..

      Delete
  9. Pengalaman yg berharga ni... mudah2an ada lg peluang2 sama2 rakan blogger buat aktiviti2 menarik mcm ni. Seram2 jugak, happy2 jugak kan :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!!! Acah2 berani je.. tu yang seram2 happy tuh.. hahaha... Muka cuak saat pertama kali abam khir masuk bilik gelap gelita tuh..

      Delete
  10. waw! seronoknya.. mencabar jugak ni.. hehee

    ReplyDelete
  11. wah beraninya, kalau sy memang tak la nak datang situ pujuk la mcmana pun, haha kalau bagi sejuta nak la

    ReplyDelete
  12. Wah beraninya. Tahniah dah berjaya

    ReplyDelete