Memaparkan catatan dengan label Review Places. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Places. Papar semua catatan

Selasa, 28 Julai 2026

Citrawarna 2026 Kembali Menyemarakkan Warna-Warni Warisan dan Budaya Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hampir 7 tahun, Citrawarna 2026 kembali memeriahkan Dataran Merdeka sebagai salah satu acara utama Tourism Malaysia sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Acara Citra Perarakan (Colours of Parade) menampilkan seramai 3,500 penari yang mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan serta masyarakat pelbagai budaya di negara ini.

Penganjuran Citrawarna 2026 oleh Tourism Malaysia dengan sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Warisan Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan (JKKN), Istana Budaya dan Muzium Tekstil Negara mencerminkan komitmen bersama untuk mempromosikan pelancongan seni, budaya dan warisan Malaysia kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Acara penuh gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia serta YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kehadiran kedua-dua tetamu kehormat ini mencerminkan kepentingan Citrawarna sebagai satu acara pelancongan utama negara dalam menyokong VM2026.

Bersempena dengan Citra Perarakan, para pengunjung dissajikan dengan peragaan busana tradisional, persembahan muzik dan tarian serta pelbagai pertunjukan kebudayaan oleh kontinjen yang mewakili kesemua 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, bersama-sama masyarakat pelbagai budaya Malaysia. Persembahan ini turut mencerminkan tradisi, kisah dan identiti yang menjadi asas kepada pembentukan jati diri masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Citrawarna 2026 turut berjaya menarik lebih 700 pelancong antarabangsa menerusi pakej pelancongan yang dirangka khas, melibatkan pelancong dari negara China, India, Mauritius, Jepun, Vietnam, Indonesia, Singapura, Kazakhstan, Itali, Belanda, Switzerland dan Perancis. Penyertaan mereka mencerminkan minat antarabangsa terhadap pengalaman pelancongan budaya Malaysia, di samping memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri warisan, tradisi dan hospitaliti negara.

Sepanjang tiga hari penganjurannya, Citrawarna 2026 digerakkan menerusi empat komponen utama yang menjadi nadi sambutan seperti Citra Perarakan (Colours of Parade), Citra Rasa (Colours of Flavour), Citra Budaya (Colours of Culture) dan Citra Seni (Colours of Arts). Acara ini menampilkan lebih daripada 70 gerai makanan dan minuman, 20 reruai aktiviti kebudayaan serta 10 reruai seni dan kraf tangan, di samping persembahan, demonstrasi warisan, permainan tradisional dan pengalaman interaktif.




Penghargaan terhadap budaya dapat dipupuk melalui penghayatannya. Selain persembahan budaya Malaysia di atas pentas menerusi Citra Perarakan, Citrawarna 2026 juga menggalakkan pengunjung untuk meneroka secara langsung elemen kebudayaan negara melalui seni canting batik, anyaman ketupat, demonstrasi juadah tradisional serta aktiviti interaktif lain yang dikendalikan oleh para artisan dan penggiat budaya. Pengalaman ini membantu generasi muda menghayati warisan mereka, di samping meningkatkan pemahaman pengunjung antarabangsa terhadap kekayaan tradisi serta kepelbagaian budaya di Malaysia.

Di samping itu, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kontemporari oleh barisan artis tempatan seperti Wani Kayrie, Bulan Asyraff, Dr Soo Wincci, Santesh Kumar, Ernie Zakri dan Aina Abdul serta Kumpulen Balle-Balle.


Citrawarna 2026 turut mengalu-alukan peserta program Mega Fam Tourism Malaysia, menyediakan peluang kepada media antarabangsa, wakil industri pelancongan dan pencipta kandungan untuk merasai sendiri pengalaman kebudayaan Malaysia sambil menyokong promosi VM2026 di pasaran antarabangsa.

Acara ini berlangsung sehingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka dengan menampilkan pengisian merangkumi keempat-empat pengalaman utama, termasuk persembahan, aktiviti kulinari, demonstrasi seni dan kraf tangan serta aktiviti warisan interaktif.

Isnin, 1 Disember 2025

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan dan Edutainment Baharu Di Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Okay... Kali ni LeYa nak kongsikan cerita mengenai satu pengumuman kerjasama strategik antara Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pemaju induk projek, Selangor Maritime Gateway (SMG) dan KRU Entertainment Sdn Bhd (KRUESB) dalam melancarkan pembangunan Magika Studios, yang juga merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Tarikan ini menggabungkan keindahan alam semula jadi, teknologi moden dan elemen penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan Sungai Klang.

Terletak di kawasan Mangrove Point seluas 70 ekar, yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Raja Lumu, Magika Studios bakal menjadi tarikan unik yang mempamerkan keindahan hutan paya bakau serta mempromosikan nilai kelestarian melalui hiburan dan pendidikan.

Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan berasaskan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) di bawah SMG, yang menekankan penggunaan teknologi dan hiburan sebagai medium pendidikan alam sekitar kepada masyarakat. Ia menonjolkan bagaimana pembangunan mampan dapat diwujudkan selaras dengan pemeliharaan ekosistem semula jadi, sekali gus menjadikan Sungai Klang bukan sekadar sungai yang dipulihkan, tetapi nadi baharu kepada ekonomi hijau dan pelancongan negeri.

Melalui persembahan cahaya imersif dan penceritaan kreatif menggunakan watak-watak dongeng tempatan, Magika Studios dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif LLSB sebagai agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memulihkan dan memelihara ekosistem Sungai Klang.


Menurut Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin,, "Pembangunan Magika Studios merupakan satu pencapaian penting di bawah Fasa II Pelan Pembangunan Selangor Maritime Gateway (SMG) iaitu Pembangunan Berdaya Impak (2024-2030), yang bertujuan untuk merealisasikan potensi ekonomi melalui usaha pemuliharaam dan pembangunan mampan di sepanjang Sungai Klang."

"Projek ini mencerminkan komitmen kami terhadap prinsip ESG, khususnya dalam memperkukuh kesedaran awam tentang pemuliharaan alam sekitar melalui pendidikan kreatif dan pelancongan bertanggungjawab. Dengan menggabungkan elemen alam semula jadi, inovasi dan penceritaan, Magika Studios bukan sahaja dapat meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap pemuliharaan sungai, malah merangsang aktiviti ekonomi dan pelancongan di Selangor, menjadikan Sungai Klang lambang kelestarian dan kebanggaan negeri."

Antara tarikan utama yang ditawarkan termasuklah:
  1. Persembahan ''animatronics" dan audio visual yang menghidupkan watak-watak dongeng tempatan dan mesej pemeliharaan alam sekitar
  2. Pencahayaan 'immersive' di hutan paya bakau
  3. Pameran untuk memupuk perasaan sayang terhadap haiwan
  4. Aktiviti lawatan berpandu di sepanjang 1 kilometer 'boardwalk' untuk menikmati keindahan hutan paya bakau dan hidupan liar di habitat semula jadi 
  5. Aktiviti sungai dan air untuk pelancong dan komuniti setempat
Dengan jarak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, Magika Studios dijangka menjadi produk pelancongan baharu Selangor yang akan menarik perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa, seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.


Tambah Syaiful Azmen, menerusi kerjasama dengan KRU Entertainment, kita akan memperkenalkan bentuk pelancongan sungai yang baharu, menggabungkan hiburan, pendidikan alam sekitar dan penglibatan komuniti. Sungai Klang kini menjadi simbol kebanggaan dan inspirasi rakyat Selangor.

Magika Studios akan menjadi platform di mana kreativiti, pendidikan dan kelestarian disatukan, menghasilkan pengalaman unik kepada pengunjung sambil menyampaikan mesej penting tentang penjagaan sungai dan alam semula jadi. Inisiatif ini membuktikan bahawa pembangunan mampan boleh diwujudkan melalui pendekatan kreatif yang memberikan manfaat kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi. Kami percaya bahawa projek ini bukan sahaja mendekatkan masyarakat dengan Sungai Klang, tetapi juga membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan, pendidikan dan ekonomi hijau. 


Majlis pengumuman hari ini menandakan permulaan kepada pembangunan penuh Magika Studios, yang dijangka dibuka secara rasmi pada pertengahan tahun 2026. Inisiatif ini  memperkukuh pelaksanaan projek Selangor Maritime Gateway ke arah pembangunan  berimpak tinggi yang menyeimbangkan kemajuan ekonomi dan kemampanan alam sekitar, selaras dengan visi menjadikan Sungai Klang sebagai sungai yang lestari dan berdaya huni di  Malaysia. 

Rabu, 17 September 2025

Sambutan Hari Malaysia 2025 Yang Begitu Hangat Di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena Penang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru-baru ini, LeYa berkesempatan menghadiri satu Majlis Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertempat di PICCA Convention Centre di Butterworth Arena, Penang.


Bertemakan "Malaysia Madani, Rakyat Disantuni", acara ini telah menghimpunkan ribuan rakyat pelbagai latar belakang dari seluruh negara khususnya negeri di utara untuk meraikan kepelbagaian budaya dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara. 


Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama kehadiran pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. 

Turut disaksikan juga ketibaan TYT Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2025 ini. Ketibaan beliau bersama isteri Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah. Turut hadir bersama iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yew serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.


Hari Malaysia 1963 menyatukan semua negeri, Hari Malaysia 2025 menyatukan kemajuan dan pembangunan mampan. Kemajuan Malaysia adalah kejayaan setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. 

Selain aktiviti di dalam dewan, aktiviti di luar dewan juga tidak kurang meriahnya dengan kunjungan rakyat di negeri utara. Pelbagai tarikan menarik di setiap booth yang dipamerkan bersama barisan  Food Truck yang menjual pelbagai hidangan makanan kegemaran rakyat Malaysia.









Sambutan Hari Malaysia 2025 kali ini memang agak meriah dengan kehadiran tetamu kehormat dan juga ribuan rakyat berbilang kaum. 

Sebagaimana dua jambatan Pulau Pinang menghubungkan pulau dan tanah besar, demikianlah juga Malaysia menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam satu ikatan yang kukuh dan tidak mungkin terlerai.

Selamat Hari Malaysia!



Sabtu, 19 Julai 2025

Rasai Semangat Kemerdekaan di Curve Merdeka Food Run 2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Menerusi permintaan yang sangat ramai, Curve Merdeka Food Run 2025 akan kembali lagi pada 30 Ogos 2025 dan dijanjikan akan lebih besar, lebih baik dan hidangan lebih enak berbanding sebelum ini. Dengan penuh keterujaan dua kali ganda dan penyertaan turut berganda, acara pada tahun ini menjanjikan pengalaman 5KM yang menyeronokkan di mana aktiviti kecergasan bertemu makanan dan semangat komuniti menjadi aspek utama.

Apa kata jom kita lihat kejayaan demi kejayaan larian sulung pada tahun lepas. Menyaksikan 1,500 peserta yang mengagumkan, tahun ini dijangka menarik lebih lagi sehingga 3,000 pelari yang terdiri daripada keluarga, peminat kecergasan dan pencinta makanan. Aktiviti bermula pada jam 7.30 pagi dari Piazza dan para peserta boleh menantikan kelainan yang lazat di sepanjang laluan pada setiap hentian makanan yang disediakan dengan makanan yang enak-enak dan digemari seperti nasi lemak, karipap, sate dan banyak lagi.

 
 
 

Acara larian ini turut menekankan komitmen Curve bagi mempromosikan gaya hidup sihat sambil meraikan kebanggaan budaya dan hubungan komuniti kita. Ia bukan sahaja satu larian, malah perjalanan yang dilalui untuk menikmati setiap warisan masakan Malaysia sangat meriah dan setiap langkah membawa kita lebih dekat dengan citarasa yang menyatukan kita semua. 

Dalam memupuk semangat Merdeka yang sebenar, larian ini mengalu-alukan semua orang daripada pelari yang serius kepada keluarga, rakan sekerja dan peserta kasual. Pendaftaran kini dibuka sehingga 3 Ogos 2025, dengan kadar diskaun untuk kumpulan 4 orang. Syarikat juga digalakkan untuk mengambil bahagian melalui pakej korporat, sesuai sebagai pembinaan pasukan dan kesejahteraan pekerja.

Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM10,000 melalui Cabutan Bertuah di peghujung acara. Ini merupakan cara yang terbaik untuk mengakhiri pagi korang yang menyeronokkan dengan aktiviti kecergasan dan kenikmatan rasa.

 
 

 Curve Merdeka Food Run 2025 merupakan sebahagian daripada Kempen Merdeka yang lebih luas di pusat beli-belah ini yang akan berlangsung sepanjang bulan Ogos. Ia diterajui oleh tema kesihatan, warisan dan keharmonian, kempen ini merangkumi barisan aktiviti perayaan, pameran kebudayaan dan penglibatan masyarakat yang bertenaga di mana kesemuanya direka untuk menghormati kemerdekaan Malaysia dan warisan pelbagai budaya.

 

Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Jom libatkan diri dengan aktiviti berlari ini sambil menikmati kecergasan, keseronokan dan juga makanan yang enak-enak. Curve Merdeka Food Run 2025 menawarkan cara yang paling unik untuk meraikan erti kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, boleh layari

Rabu, 2 Julai 2025

Hotel Review: Meginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park, Bukit Belimbing, Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sudah tiba masanya untuk LeYa kongsikan cerita pengalaman menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park, Bukit Belimbing di Kuala Selangor. Percutian kali ini membawa LeYa sekeluarga menginap selama 2 hari dan 1 malam.

Untuk trip kali ini, dirancang oleh LeYa dan suami. Kebiasaannya hari Sabtu kami akan bekerja separuh hari sehingga jam 2.00 petang. Jadinya, seusai habis waktu bekerja, kami pun yang sudah siap berkemas di malam hari sebelumnya bertolak terus ke Kuala Selangor melalui jalan Highway Rawang. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke homestay. Pemandangan sawah padi dan suasana kampung halaman di setiap perjalanan membuatkan perasaan tenang dan fresh setelah seminggu bekerja.

Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Kuala Selangor ni. Kuala Selangor ni memang best kerana terkenal dengan tarikan pelancong seperti Firefly, Sky Mirror dan suasana kampung yang menenangkan. Kedudukannya pun tak jauh dari bandar. Korang nak bercamping boleh, nak berpicnic pun boleh. Kebanyakan yang datang bercuti ke Kuala Selangor ni adalah untuk melarikan seketika dari kesibukan kota. Udara yang segar dengan suasana kampung ditambah kesegaran air sungai mahupun laut mengalir tenang.

MENGINAP DI IRFAN AHZA WATER CHALET & FIREFLY PARK, BUKIT BELIMBING, KUALA SELANGOR

 

Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park sangat selesa. Parking pun luas. Bagi korang yang mencari tempat untuk bersantai bersama keluarga mahupun kawan-kawan, bolehlah menginap di sini. Hanya terletak di Bukit Belimbing, Kuala Selangor, kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.


Proses check-in sangatlah smooth dan LeYa sekeluarga pun memilih untuk menginap di bilik penginapan untuk 3 orang. Sementara menunggu untuk melawat kawasan sekitar dan mandi kolam, kami berehat-rehat dahulu di dalam bilik.

 

Bila tiba petang, kami pun mandi-manda di kolam renangnya yang luas. Usai dari itu, Encik Suami mengajak pula untuk naik ATV pusing satu kampung. Apa tunggu lagi? Bagai orang ngantuk disorong bantal, LeYa terus setujulah memandangkan agak lama juga tak buat aktiviti ni. 

Kalau korang berminat juga untuk pusing-pusing satu kampung dengan ATV, boleh terus order di kaunter bahagian depan homestay. Kat situ memang semua aktiviti tersedia untuk korang merasainya. LeYa sempatlah naik ATV dan memanah keesokannya. Dari segi harga, untuk seorang hanya RM50 manakala untuk naik berdua berharga RM75.

LeYa dan keluarga dibawa pusing sekeliling kampung oleh seorang guide dan berhenti di atas jambatan betul-betul waktu matahari terbenam. Pergghhh... memang cantik sangat pemandangan ciptaan Tuhan ketika itu. Release sekejap otak yang penat melihat lukisan Allah yang sangat cantik di waktu Maghrib.



 

Hari Kedua dekat Kuala Selangor sebelum check-out, sempatlah kami buat aktiviti memanah di situ. Memanah ni bukanlah LeYa power sangat pun. Boleh lah ikut apa yang ditunjuk ajar oleh Guide.



Sumpah pengalaman menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park ni memang sangat best! So... Masa untuk kembali pulang bekerja. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Perjalanan dan penginapan kami di sini selesai walaupun tidak jauh! Jarak bukan alasan untuk bercuti. Sekali-sekala apa salahnya bertukar angin dan bermalam di homestay begini kan! 


Terima kasih korang yang sudi baca pengalaman LeYa menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park. Nantikan episod travel LeYa ke lokasi penginapan lain di entri selanjutnya.