Wednesday, 18 October 2017

Pameran Dinosaur Alive Tarik Ramai Pelancong ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru berkesempatan untuk menyiapkan artikel perkongsian santai bersama rakan-rakan sewaktu cuti sekolah yang lalu. LeYa dan Otomen telah melawat Pameran Dinosaurs Alive di Kuala Lumpur 2017 yang bertempat di MaTiC. 

Pameran bertaraf antarabangsa yang pertama kali dibawa ke Asia dari Australia ini akan berlangsung sehingga Januari 2018 dengan mempamerkan lebih 40 jenis dinosaur berskala besar, sekali gus memberi pengalaman dan kepuasan kepada pengunjung terutama kanak-kanak. 

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Melawat Pameran Dinosaur Alive

Pameran Dinosaur Alive merupakan acara unik yang telah dianjurkan oleh Creative Alliance dan disokong oleh Tourism Malaysia & MaTiC di bawah seliaan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Ia juga merupakan pameran interaktif yang mana membawa para pengunjung merasai dan menyelami dunia dinosaur animatronic.

Pameran ini juga dikatakan berbentuk pendidikan dan sangat menyeronokkan buat kanak-kanak di mana mereka dapat menikmati sebahagian daripada dunia Jurassic pada hari ini. Dinosaur animatronic bersaiz hidup dan menjadikan satu pengalaman menarik untuk diteroka. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menarik lebih ramai kanak-kanak sertai di bawah satu khemah yang besar kepada semua golongan tidak kira pelancong dalam mahupun luar negara. 

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Dapatkan tiket masuk di sini...

Konsep yang diketengahkan di pameran dinosaur alive ini adalah bertemakan Jurassic Park yang telah dibuka selama 6 bulan pada setiap hari mulai jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan bertempat di Lanai MaTiC. Sebuah pameran yang akan memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak dan seisi keluarga yang berkunjung ke taman rekreasi yang sangat unik dan bertemakan dinosaur di Kuala Lumpur ini.

Terdapat juga zon penggalian telur dan fosil dinosasur buat kanak-kanak, kawasan kraf pasir dinosaur, aktiviti memasang rangka tulang dan kawasan sejarah dinosaur "jumping castle" dan banyak lagi permainan yang boleh anak-anak anda terokainya. Juga turut disediakan zon makanan dan minuman serta jualan mainan atau barangan replika dinosaur. 

Tyrannosaurus Rex atau T-Rex




Jualan dan barangan replika dinosaur

Pameran Replika Dinosaur dan Produk Pelancongan

Memandangkan tiada sebarang acara khusus sedang berlangsung sewaktu kedatangan kami, pameran ini tidak begitu sibuk dan ia memudahkan kami berjalan-jalan melawat persekitaran. Tarikan unik Dinosaur Alive ini adalah produk pelancongan baharu dan dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Asia dan juga negara luar untuk melancong ke Malaysia, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi negara. 

Terdapat pelbagai replika dipamerkan yang kebanyakannya memang menarik dan membantu memberi pendedahan kepada pengunjung terutama kepada anak-anak berkaitan pembelajaran sejarah dan ketamadunan era dinosaur. 





Kami berada di sini sekitar 2 jam sebelum beredar meneruskan perjalanan ke destinasi pulang ke rumah kami. Pameran Dinosaur ALive ini beroperasi setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM50 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak sekitar umur 3 hingga 12 tahun. Turut juga diberi diskaun kepada kumpulan yang seramai 10 orang atau lebih seperti kumpulan pelajar sekolah. Suasana persekitaran dalam khemah di mana ditempatkan pameran ini sangat sejuk dan tidak memenatkan untuk sekeluarga berjalan ke setiap pelusuk ruang untuk menghargai sejarah dan nilai kesenian dalam ketamadunan dinosaur.

Dinosaur Alive adalah inisiatif MaTiC dengan kerjasama Creative Alliance dan Dinosaurs Touring, sebuah syarikat yang berpusat di Melbourne, Australia.  Setiap pakej dan tempahan boleh didapati untuk aktiviti swasta atau korporat, kumpulan sosial, VIP dan acara khas. 

Maklumat lanjut, boleh layari :-


Alamat | Lanai MaTiC, 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. Macam best ... Tapi kalau anak ramai, harga tiket tu macam agak mahal ... Huwaaa ... 🤑🤑🤑

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga... Boleh ade dapatkan diskaun kalau tak silap yg ramai2 tu

      Delete
  2. Wow bestnya boleh gali2 telur dinasour

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best! Jom la datang selagi ada peluang ni

      Delete
  3. menariknya.pasti seronok ni kalau bawa anak-anak kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak memang akan seronok sebab banyak permainan untuk mereka...Hehe..

      Delete