Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Siapa sahaja kat sini yang tak pernah dengar tentang salah satu bandar kedua terbesar di Sabah ini. Sandakan cukup terkenal sebagai sebuah bandar hijau dan pusat pelancongan utama di Sabah. Antara tarikan menarik yang ada ialah Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, Puh Ji Shih Temple, Agnes Keith House, Sandakan Heritage Museum, St, Micheal Church, Sandakan Memorial Park, Borneo Sunbear Conversation Centre dan banyak lagi.
Jika korang bercadang untuk datang ke Sandakan dan tercari-cari tempat makan menarik, jom LeYa bawa korang tempat yang best di sekitar Bandar Sandakan iaitu Restoran Makanan Laut Pasir Putih dan English Tea House & Restaurant.

Restoran Makanan Laut Pasir Putih Baru
LeYa pasti ramai di kalangan korang yang gemarkan makanan laut? Restoran ini wajib korang singgah untuk nikmati hidangan makanan laut yang segar dan sedap. Restoran Pasir Putih cukup popular di Sandakan dan ramai pelanggan sudah memenuhi ruang restoran ini.

Antara tarikan menu yang popular di sini yang LeYa dah cuba ialah Steamed Sabahan Garoupa atau Kerapu Stim Sandakan, Lobster Noodle, Steamed Chicken with Garlic, Salt Baked Crab, Steamed Prawn, Sotong masak kicap dan vegetable soup. Jom tengok menu-menu nya!

Steamed Sabahan Garoupa atau Kerapu Stim Sandakan

Steamed Chicken with Garlic

Steamed Prawn

Salt Baked Crab

Sotong masak kicap

Lobster Noodle
Jadi, kalau korang nak datang dan singgah makan kat sini, memang LeYa recommend sesangat sebab sedap dan puashati. Lagi pula, korang dapat lihat laut di sebelah restoran ni sambil menikmati hidangan di depan mata.
Restoran Makanan Laut Pasir Putih
Mile 2 1/2, Jalan Batu Sapi,
P.O. Box No. 2251,
90725 Sandakan,
Sabah.
English Tea House & Restaurant
Okay! Korang teringin nak menukar citarasa sarapan pagi dengan menu masakan Barat? LeYa pasti korang akan suka dan teruja dengan restoran ni. Ia cukup elegan dan wajib korang kunjungi. Dari hiasan dalamannya sahaja kita dah tahu apa menu yang akan dihidangkan.


Sambil menikmati sarapan pagi yang enak, korang boleh juga menikmati pemandangan di sekitar restoran yang menghijau dan sangat cantik. Memang LeYa suka dengan suasana macam ni!

English Tea House & Restaurant
2002, Jalan Istana,
90000 Sandakan, Sabah.
Korang terasa lapar saat menghabiskan bacaan di sini? Dah tahu kat mana korang nak pergi bila berada di Sandakan nanti? LeYa pasti kedua-dua restoran ini mampu memuaskan perut dan hati korang. Selamat menjamu selera guys!

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.
Baca juga kisah sebelumnya di sini
Travelog Sabah
Terus terliur nengok lobster dan ketam tu adeiii sedapnyaaa....
ReplyDeleteRindu Sabah bah!!
Marilah ke Sabah semula..hehe..
DeleteWah, teringin nak pergi. Harap satu hari nanti ada rezeki ke sana
ReplyDeleteAaminnn... InsyaAllah..
Deletejadi pengen liburan hehe 🤣
ReplyDeleteBisa aja ke Sabah, pak.. Hehe..
DeleteSedap nyaaa
ReplyDeleteSangat sedap. Nanti datang Sabah, boleh singgah ye
DeleteKalau bab makan seafood mmg Liez fav sgt.. dulu g sabah mkn jugak dekat seafood restaurant jugak tapi xigt kat mn...
ReplyDeleteSeafood pastilah sedap kan.. Hehe..
DeleteDuh beneran bikin ñgiler makanannya. Semoga bisa berkunjung ke sini, aamiin. Salam kenal kakak
DeleteIya dong... beneran sekali... Makanannya sedap-sedap banget
DeleteSandakan memang bestttttttt
ReplyDeleteBetul3x... Memang best..
DeleteSandakan mmg terkenal dgn seafood.. kalau ke sana tak mkn mmg rugi lah kan..
ReplyDeleteIye betul tu.. Jadi bila berkesempatan ke sana tu memang wajib singgah laa..hee..
Deletemasih belum tercapai hasrat nak melawat sandakan
ReplyDeletemakanan tu, semua sedap2 semua faberet
Akan sampai nanti..
DeleteSedapnya Leya tengok Steamed prawn tuu.. 😍 😍
ReplyDeleteMemang sedap kak..😁😁
DeleteWahh semuanya tampak enak-enak
ReplyDeleteEnak sekali
Deletehaiyaaa...hujan2 ni nampak makanan..terus rasa lapar giler hehe
ReplyDeleteHehe... Apa lagi? Kasi makan laa
DeleteBestnye lia jalan sana. Mcm2 pengalaman dapat
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul la tu Ena... Memang seronok bila dapat berjalan tempat orang ni
Delete