Sabtu, 16 September 2023

Semarakkan Hari Malaysia Di Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Selamat Hari Malaysia ke-60 LeYa ucapkan. Bersempena Hari Malaysia ini, LeYa berkesempatan menyaksikan sebuah Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. 

Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) ini dilaksanakan bagi mencetus semangat baru dalam menyemarakkan seni dan budaya negara. TERM 23 berlangsung selama dua hari dianjurkan oleh Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta turut mendapat sokongan dan tajaan dari DatumCorp International.

Majlis Pelancaran Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) disempurnakan oleh Puan Noraniza Idris selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TERM 23 bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur yang turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum bertajuk 'Mahsyur Malaysia'. Majlis yang diadakan di ruang panggung itu telah memberikan para hadirin lebih pengalaman dalam seni dan budaya di Malaysia.




Untuk pengetahuan semua, TERM 23 bertujuan mengangkat semula karya tempatan Irama Malaysia melalui pelan inisiatif mempromosikan Malaysia melalui aktiviti yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan pelancong khasnya. Kita tahu yang negara kita terdapat kepelbagaian etnik, kaum dan budaya. Hal ini membuatkan Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan aspek kerohanian serta perpaduan yang ada.

 

Program TERM 2023 ini masih berbaki esok (17/09/2023) untuk korang turut hadir menyaksikan tarian etnik dan kebudayaan di pentas. Sama-samalah kita sokong dan #SaveIramaMalaysia dengan menyaksikan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM 23) ini.






2 ulasan:

  1. Bagus ada program mcm ni supaya generasi muda lebih kenal dan suka dengan irama malaysia. kagum dgn Noraniza Idris, dari dulu dia naikkan kelas tersendiri irama malaysia ni supaya ramai yang boleh terima dan suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu. Lagu-lagu dari Irama Malaysia pun tak kurang best juga untuk didengar.

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com