Friday, 16 March 2018

Snickers Oats dan Snickers Hazelnut Yang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay semua... Di kesempatan Jumaat yang indah ini, LeYa nak kongsi dengan korang semua satu jenama coklat yang tidak asing lagi. Coklat Snickers kini menemui korang dengan perisa baharu iaitu Snickers Oats dan Snickers Hazelnut. LeYa dapat tahu mulanya dari Blogger Kak Sue yang gigih mencari di pasaraya yang ingin menikmati coklat Snickers perisa oats baharu ni. Sememangnya LeYa yang juga peminat coklat tidak akan terhenti di situ. LeYa juga gigih mencari perisa baharu ini untuk dinikmati. 


Jalan punya jalan di sebuah pasaraya terkemuka, LeYa terpandang ada Snickers Oats. Apa lagi? Dengan pantas LeYa terus menuju ke tempat coklat itu diletakkan. Dalam pada itu juga, mata LeYa tertumpu pula perisa Snickers Hazelnut. Laju tangan menggapai kedua-dua perisa baharu itu untuk LeYa menikmatinya. Terus LeYa ambil dua untuk setiap satu perisa ni. Kalau sedap nanti boleh beli banyak-banyak lagi kan. Hehehe...



Snickers Oats dan Snickers Hazelnut Yang Sedap

Snickers Oats dan Snickers Hazelnut baharu ni tak silap LeYa harganya adalah RM3.50. Tak mahal pun. Memang berbaloi sangatlah kalau korang nak beli kan. Rasanya sama sahaja macam Snickers yang original cuma ditambah oat dan juga hazelnut sahaja. Tapi, ia lebih mengenyangkan bila ada tambahan oat dan juga kekacang di dalam. Lagi-lagi LeYa yang sedang sibuk bekerja ni kan. Kadang-kadang kalau tak sempat, LeYa ambil je Snickers Oats ni sebagai alas perut sebelum masuk waktu makan tengah hari. Memang LeYa recommend lah kat korang untuk mencubanya. 





Bila peminat tegar coklat mula mencari perisa baharu setiap jenama coklat, terjadilah begini aktivitinya bila berselfie. Snickers perisa oat dan hazelnut memang telah buat hati LeYa happy dan ia sangat sedap untuk dinikmati ketika di pejabat, dalam perjalanan ke sesuatu tempat sebagai alas perut jika lapar. Terbukti memang LeYa sukakannya. Korang mesti kena cuba tau! Hehehe...


Wahhhh.... Jalan-jalan di laman Internet, LeYa terpandang rupanya Snickers ada banyak lagi perisa yang LeYa sendiri belum mencubanya. Adeh! Betul-betul menguji keimanan LeYa ni. Okay... next entry LeYa akan cuba dapatkannya juga ye. Hehe... Antara perisa itu adalah Snickers Peanut Butter Squared, Snickers Cruncher dan juga Snickers White (Limited Edition).

  

Okay... Sampai di sini sahaja entry kali ni. LeYa nak kunyah-kunyah makan coklat Snickers ni.. Jangan lupa cuba dapatkannya ye... And terima kasih pada Kak Sue yang berjaya memperkenalkan Snickers Oats ni kat LeYa. LeYa dah pun menikmatinya. Memang sedap. Hehe... Tata..
Reaksi kOrang:

25 comments:

  1. Akak antara penggemar snickers..ok boleh cari tghari kang ni..x sabar plak nak kuar opis..saje je Leya bg akak terliur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... LeYa juga terpengaruh dengan blog Kak Sue taw... Punya gigih mencari juga.. DApat pun..Hahaha..

      Delete
  2. Macam menarik.. Boleh cuba kalau jumpa nanti..

    ReplyDelete
  3. haritu terjumpa yang oats dekat tesco tapi tak sempat nak grab sebab kejar masa.mampu tengok dari jauh je tsktsk next time kena mencari ni kena rasa jugak



    btw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    ReplyDelete
  4. Rasa macam nak try yang hazelnut tu. Nampak sedap sgt. Kak ana dulu masa study rajin beli snickers ni. Tp dulu mana ada mcm2 perisa mcm skrg kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...dulu ade yang original tu je la..hehe.. cuba jangan tak cuba tau

      Delete
  5. semalam ada event pelancaran dia kat KL kan ? Tak ada rezeki nak join. Tp nampak mcm sedap sgt perisa baru sncikers nie. nak cuba lah nanti !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...yang event tuh leya tak pegi pun.. ni cerita sendiri je.. cerita terpengaruh dari artikel kaksue ..hehe..

      Delete
  6. Tak pernah makan pun coklat snixkers nih.tgk leya review mcm sedap plak.nanti nak try yg oat dan hazelnut tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...alamak...jangan kecam kite taw... kite pun terliur tengok gambarnye..

      Delete
  7. Kat Perlis belum pernah jumpa snickers yang macam-macam jenis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sangat nak terbang ke sana..hihi..

      Delete
  8. memang sedap
    kalau makan satu rasa nak makan lagi je
    hahaha

    ReplyDelete
  9. wowww,,,,macamm sedapp jee ni ... hhehheee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap... Try la beli nanti ye..hehe..

      Delete
  10. dah makan eh kita pun tgh makan jugak atas meja nie. sedap kan?
    nest kalau travel kena bawa jugak byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...dah habis dah pun dimakannye.. Semestinya...bila drive jauh..pasti beli snickers

      Delete
  11. Hg oat tu pernah jmpa di Tesco tp hazelnut...blom lg.tp berminat nk try jugak

    ReplyDelete
  12. saya juga peminat cokelat snicker nie..

    lebih-lebih ketika dalam perjalanan diluarkan..

    tak perlu nak singgah makan kalau rasa lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu.. Sebagai alas perut ketika rasa lapar.. Kalau dah lapar sangst, barulah gi cari nasi..hehe..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com