Thursday, 1 March 2018

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu lalu bersamaan 24 Februari 2018, LeYa diberi kesempatan untuk turut serta dalam menjayakan Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018 di Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa.


Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa adalah milik penuh Felda D'Saji yang juga merupakan anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda Berhad dan FELDA. Ia mula beroperasi pada bulan Mei 2015 dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Restoran terapung ini mempunyai kapasiti sehingga 1,700 orang pada satu-satu masa dan terdapat juga 3 buah dewan banquet berlainan saiz, bilik seminar, bilik mesyuarat dan ruang restoran terbuka dengan pentas yang dilengkapi sistem bunyi dan lampu yang berteknologi tinggi.

Sumber Gambar | Cik Lily Putih

Sumber Gambar | Cik Lily Putih


Selain terkenal dengan tempahan pakej perkahwinan dan lokasi pelbagai majlis dan seminar, Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa juga berbangga menawarkan produk pelancongan Makan Malam Dengan Tarian Kebudayaan Malaysia setiap malam khususnya untuk pelancong luar Negara dan tempatan dalam mempelajari kebudayaan Malaysia sambil menikmati bufet yang menawarkan puluhan juadah istimewa Malaysia. Malah, harga yang ditawarkan iaitu RM59+ seorang adalah antara yang terendah di Lembah Klang berdasarkan perbandingan produk yang sama dengan pesaing lain.





Oleh yang demikian, sokongan tinggi agensi-agensi, persatuan dan badan kerajaan berkaitan pelancongan telah memberi  harapan besar kepada pengurusan Felda D'Saji untuk menghargai sumbangan mereka melalui penganjuran Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018

Dalam penganugerahan ini, Felda D'Saji telah memilih 16 penerima anugerah dan satu daripadanya adalah anugerah khas di atas sumbangan pelancongan tertinggi sepanjang tahun 2017. Difahamkan lagi, jumlah pelancong luar negara D'Saji KL Titiwangsa pada tahun 2017 disumbangkan keseluruhan pemenang-pemenang kali ini seramai 21,000 orang dengan nilai jualan melebihi RM1 juta.


Anugerah ini telah berlangsung di Arabic Orchid Restaurant, Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa dengan dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada pengurusan Kumpulan Felda, wakil pengurusan agensi kerajaan berkaitan pelancongan, persatuan-persatuan pelancongan, agensi-agensi pelancongan, syarikat hiburan tempatan dan rakan-rakan media cetak dan media dalam talian.

LeYa dan para tetamu yang hadir dihidangkan dengan produk terbaru pelancongan D'Saji KL Titiwangsa iaitu menu Timur Tengah Arabic Orchid Restaurant untuk menarik lebih ramai pelancong dan peminat masakan ini datang ke sini.

 








Venue-venue lain Felda D'Saji selain daripada Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa tahun ini seperti berikut:


  1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
  2. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney
  3. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang
  4. Dewan Bankuet Menara FELDA, Persiaran KLCC
  5. Dewan Residensi UTMKL
  6. Kajang Perdana Avenue, Kajang
  7. Dewan Gemilang Kelana Jaya
  8. Orchard Villa, Jalan Gombak
  9. Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi
  10. Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
  11. Dewan Institut Semarak Felda, Bangi

Bersempena dengan Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018 ini, pengurusan Felda D'Saji menawarkan potongan diskaun 10% di Restoran Arabic Orchid, D'Saji KL Titiwangsa kepada rakyat Malaysia sepanjang bulan Mac 2018 bagi memberi peluang kepada pelanggan tempatan untuk menikmati produk pelancongan baru ini.


Untuk keterangan lanjut berkenaan maklumat Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa, hubungi En. Muinuddin Dzulkifli di talian 019-2111601 atau email ke muinuddin.dz@felda.net.my.

Maklumat lanjut boleh layari:-

Telefon | 03 - 2698 8302
Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. sedapnya tengok gambar makanan2 tu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh singgah D'Saji KL Titiwangsa untuk nikmati makanan sedap2 ni..hehe..

      Delete
  2. menu2nya memang menyelerakan!!! Kena jadikan salah satu restoran jalan2 cari makan lah lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...Betul tu... Menyelerakan dan memang sedap

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com