Rabu, 28 Februari 2018

Pakej Perkahwinan Mewah dan Murah Di Ambassador Putrajaya Oleh Hanana Group

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Raikan Cinta memang menjadi impian setiap pasangan pengantin untuk meraikannya dalam suasana yang meriah dan mewah. Namun, tidak dinafikan ia mungkin memerlukan modal yang besar. Impian dan angan-angan itu mungkin boleh disempurnakan dengan memilih pakej perkahwinan yang benar-benar menepati kehendak dan citarasa setiap pasangan. 


Bermula detik itu, pemilik syarikat Hanana Group Sdn Bhd, Norfazlin Abd. Ghafar menawarkan promosi sehingga RM10,000 kepada bakal pengantin yang menginginkan majlis perkahwinan mewah setaraf hotel lima bintang.


Menurut Norfazlin, pakej promosi yang disediakan terhad itu, hanya ditawarkan sebanyak RM25,000 berbanding RM35,000 kepada bakal pengantin untuk meraikan hari istimewa dalam suasana mewah dan berbaloi-baloi dengan lengkap segala kemudahan yang telah disediakan.

“Pakej ini adalah jemputan seramai 1,000 tetamu dengan hidangan buffet lima jenis lauk terkenal seperti Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong, Kari Daging dan Nasi Beriyani. Manakala pengantin pula akan dijamu dengan hidangan istimewa dan turut menerima sepasang pakaian serta kemudahan lain seperti pembesar suara dan juga pengacara majlis.” Kata Norfazlin ketika ditemui dalam sessi temubual bersamanya di pejabatnya baru-baru ini.

 
Pakej Perkahwinan Sri Tanjung dan Sri Pinang (Klik untuk tumbesaran gambar)


Busana pakaian pengantin yang cantik dan mempesonakan

Lebih 100 Pasang Busana Pengantin Cantik dan Mewah

Mempunyai lebih 100 pasang busana pengantin yang cantik-cantik, tidak hairan lah Hanana Group menjadi pilihan lokasi kepada bakal pengantin masa kini. Bukan setakat itu sahaja, malah kepada pasangan yang berbadan besar juga boleh diubahsuai mengikut kesesuaian badan dengan hanya menambah sedikit perbelanjaan tambahan. Turut disediakan juga jurugambar professional dalam melaksanakan tugas mengambil gambar-gambar sekitar majlis dengan begitu berseni dan cantik sekali. 

 

Menata rias setiap busana dengan pelbagai manik dan labuci serta pemilihan pakaian mengikut tema memang membuatkan LeYa terpesona dengan kecantikan setiap busana yang ada di situ. Lebih meriah lagi, rakan-rakan LeYa yang hadir turut memakai koleksi pakaian yang disediakan. 


Tengok sahaja di antara koleksi pakaian yang diperagakan oleh rakan-rakan LeYa ini. Semuanya memang sangat cantik dan rambang mata untuk memilih yang terbaik. Bagi LeYa ia memadai dan sangat berpuashati dengan bajet yang disediakan. Tema pakaian yang ditonjolkan rakan LeYa iaitu Bella Jamal menampilkan gaya princess dengan skirtnya yang kembang setaman. Hehehe...


Tercari-cari pula pemilihan tema ala-ala Jawa? Jangan risau! Anda cakap sahaja tema pilihan anda kepada mereka. InsyaAllah, semuanya akan ditunaikan sebaiknya. 




  

Tidak cukup itu. Busana lelaki juga tidak kurang hebatnya. Koleksi pakaian pengantin lelaki juga sangat cantik dan tampak segak bila memakainya. Jadi, usah pening-pening kepala lagi memikirkan lokasi pakej perkahwinan terbaik anda. 


Hiasan Dewan Bak Mahligai DiRaja

Kalau tadi LeYa bawakan anda dengan pemilihan koleksi busana pengantin yang sangat cantik, kali ini LeYa akan tunjukkan pula anda dewan yang turut disediakan dalam pakej perkahwinan yang ada di Hanana Group. Bukan sahaja memiliki koleksi pakaian yang cantik-cantik, malah juga terdapat sebuah dewan yang sangat indah seperti berada dalam mahligai diRaja. Susunan dan hiasan mengikut tema disempurnakan sebaiknya dengan kemas dan rapi kepada bakal pengantin dalam meraikan hari penuh bermakna itu.

Dewan yang cukup besar ini boleh memuatkan lebih kurang 350 orang pada satu-satu masa. 




Sungguh luas dan rapi kan susunan meja di dalam dewan ini. LeYa betul-betul puas hati dengan pakej yang disediakan.

Jom kita tinjau pula pelamin-pelamin yang disediakan. Di sini, LeYa difahamkan pemilihan pelamin bergantung kepada pakej yang diambil. Bagi LeYa, pelamin yang sedia ada yang disediakan oleh pihak Hanana Group sendiri sudah memadai dan sangat cantik. Mereka cukup arif dalam menata hias pelamin dengan kesesuaian rona warna yang ada dan menjadikan ia sebuah pelamin kelihatan moden dan minimalis.




Hidangan Makanan Enak dan Menepati Citarasa

Tidak lengkap kiranya sesebuah majlis tanpa hidangan makanan. Hidangan yang disediakan oleh Hanana Catering juga bergantung kepada pakej yang diambil anda. Pihak pengantin juga boleh membuat tambahan lauk jika menginginkannya kerana pihak Hanana Group amat menitikberatkan kepuasan pelanggan.






Jadi, kepada anda yang sedang tercari-cari pakej perkahwinan mewah dengan harga yang berpatutan, bolehlah hubungi Hanana Group untuk temujanji seterusnya. Bukan setakat anda boleh menjimatkan wang ringgit, malah anda juga dapat menjimatkan masa kerana Hanana Group lengkap pakej perkahwinannya dari persalinan busana pengantin hinggalah ke aturcara majlis. Memang puashati!






Maklumat lanjut mengenai Hanana Group, boleh didapati di bawah ini:-

Alamat
No. 92C, Jalan Perak,
Persiaran Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya.

Laman Web Official

Facebook

Instagram

#dewanperkahwinanputrajaya #ambassadorputrajaya #majlisperkahwinan #kahwin #dirgahayuputrajaya #hananagroup

10 ulasan:

  1. Lawa2 semua baju pengantin dia. Bakal raja sehari boleh dah ni kalau nak booking kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat dah tuh... Boleh lah diberikan kepada bakal-bakal pengantin

      Padam
  2. Balasan
    1. Kan...So kalau belum berkahwin tuh dah boleh pilih dah pakej ni..ekekeke..

      Padam
  3. Hehe. Tq Leya letak link Bella ❤. Ikutkan hati nak je lagi pakai busana lain. Bila lagi nak merasa 3,4 kali pakai baju cantik2. Btw, memang puas hati dgn perkhidmatan ditawarkan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome back Bella... Hehe.. Itulah.. seronok tengok uolls tukar baju tuh..hehe..

      Padam
  4. cantik2 bajunya... pakej yg ditawarkan pun menarik... salam kenal leya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul.. Sangat cantik koleksi pakaian yang ada.. Salam kenal juga Sheila

      Padam
  5. Bestkan dan enjoy dapat merasa cuna baju pengantin dan berselfie beramai-ramai kalau boleh nak pakai semua baju pengantin kat situ.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com