Saturday, 10 February 2018

2000 Pemberontak Thailand 'Letak Senjata' Dalam Program Mesra Balik Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berpeluang travel bersama kumpulan media Kelab Keamanan Selatan Thailand (SPMC) ke Yala, Thailand untuk menghadiri satu Program Mesra Balik Kampung yang diadakan di Kem Sirinthon bagi membawa balik lebih kurang 2,000 pemberontak Thailand kembali ke pangkal jalan dan menyertai program deradikalisasi yang dianjurkan sendiri oleh pihak kerajaan mereka. 


2000 Pemberontak Thailand 'Letak Senjata' Dalam Program Mesra Balik Kampung

Projek ini bertujuan untuk menyelesaikan keganasan melalui proses damai serta melalui pembukaan saluran bagi mereka yang biasa terlibat dalam perjuangan bersenjata dengan pihak berkuasa. Namun, ia juga telah mengubah ideologi mereka untuk menjadikan diri mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kepada mereka yang telah berhenti perjuangan mereka atau yang telah dituntut atas keselamatan yang dikenakan dan juga kepada mereka yang mungkin merasakan tempat tinggal mereka tidak selamat untuk mengintegrasikan semula ke dalam satu komuniti yang integriti dan aman.

Menurut Panglima Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Piyawat Nakwanich pada ketika ini, golongan terbabit berada di Malaysia serta beberapa negara Eropah dan mahukan mereka ini kembali ke Thailand.


Menerusi Program Mesra Balik Kampung ini, mereka yang terlibat dalam konflik akan mengikuti pelbagai kursus tentang keagamaan, kenegaraan serta kemahiran hidup bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan yang baru. 

Dengan program yang mulia ini, ia dapat membuka peluang kepada mereka yang terlibat untuk beralih kepada kehidupan yang aman dan damai serta dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pengasingan dan pengurangan kepada berlakunya keganasan di negara terbabit. Tujuan lain adalah untuk mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik antara semua dan menyokong dialog damai di kawasan itu. 

Leftenan Jeneral Piyawat Nakwanich juga menegaskan bahawa program "Membawa Rakyat Balik Rumah" ini harus diberi tumpuan kepada "KUALITI". Ini adalah untuk menghalang projek ini daripada dimanfaatkan oleh orang yang tidak berkaitan yang kemungkinan mengambil kesempatan daripada program ini. Mereka yang terlibat yang ingin mendaftarkan diri perlulah membuktikan penglibatannya dalam keganasan dengan mendaftarkan diri bersama senjata mereka sebelum ini.




"Maklumat yang diterima menyatakan golongan itu akan menyertai Program Mesra Balik Kampung termasuk pucuk pimpinan beberapa kumpulan di beberapa buah negara yang terlibat," katanya lagi kepada pemberita.

Langkah-Langkah Pembangunan Program Mesra Balik Kampung

Menerusi program ini, terdapat 6 langkah yang diberikan kepada masyarakat. Antaranya ialah:
  1. Awareness Campaign - Setiap unit tentera mesti menjalankan kempen ini untuk mewujudkan kesedaran dan memastikan pemahaman yang betul mengenai program ini.
  2. Registration/Aptitude (mindset) adjustment - Proses pendaftaran mestilah dijalankan dengan tekun dan teliti. Setelah selesai pendaftaran, peserta perlu menjalani proses pelarasan aptitude. Mereka akan diajar prinsip Islam.
  3. Legal Procedure - Pihak berkuasa akan memudahkan proses kehakiman untuk peserta program. Jika didapati mereka tidak bersalah, mereka akan dikeluarkan dari semua database yang meletakkan namanya dalam senarai hitam.
  4. Menubuhkan / Menggerakkan "Kelab Bawa Rakyat Balik Rumah" di setiap daerah yang dikendalikan oleh Pusat Operasi Daerah bagi memastikan keberkesanan program.
  5. Living-Quality Development - Ini akan dilaksanakan oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dan Institut Pembangunan Kemahiran Buruh.
  6. Follow up.









Leftenan Jeneral Piyawat Nakwanich juga menyatakan program ini telah berjaya menarik seramai 288 orang yang pernah terlibat dengan konflik di selatan Thailand menyertai majlis "Hari Kasih Mesra Bersama Keluarga" di Kem Sirinthon yang telah dianjurkan oleh Pemerintahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4. 

"Tambahnya lagi, rundingan damai perlu diteruskan kerana konflik di selatan Thailand perlu diselesaikan sambil merujuk kepada rundingan antara kerajaan dan Majlis Syura Pattani yang mewakili beberapa kumpulan militan. Sementara itu, beliau juga berkata, kumpulan-kumpulan militan ini seperti Pattani United Liberation Organisation (PULO) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) sebenarnya tidak lagi wujud. Apa yang terjadi adalah terdapatnya kumpulan samseng yang menggunakan nama PULO dan BRN untuk kepentingan mereka sendiri." kata Piyawat.



Lokasi Pengeboman yang berlaku pada 22 Januari 2018 - Pasar Pagi Picmonchai, Yala, Thailand

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Mesra Balik Kampung anjuran pihak kerajaan Thailand ini boleh terus berhubung kepada tentera di situ. Pihak kerajaan mengalukan anda semua untuk kembali ke tanah air bagi memulakan kehidupan yang baru yang lebih aman dan damai bersama keluarga.

Sumber: Tuwaedaniya Meringing, Pemberita TV3 Malaysia-Thailand
Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. wow.. itu satu program yang baik.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Lain kali kalau ada boleh join ye kak.

      Delete
  3. Alhamdulillah semua dah pulih seperti sedia kala. Dah boleh blk kampung pada yg keluar dari sana tempoh hari. Semua selamat dah skrg ni kan leya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semuanya okay masa LeYa sampai ke sana.

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com