Monday, 26 February 2018

Beriadah Hujung Minggu Dengan Program Fit Hasil 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salah satu gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga mahupun rakan adalah beriadah hujung minggu di Program Fit Hasil 2018. Bertempat di Akademi Percukaian Malaysia (APM), Bangi, LHDNM telah menganjurkan Program Fit Hasil 2018 sempena Hari Hasil Ke-22 pada 24 Februari 2018 lalu. Manakala sambutan Hari Hasil Ke-22 akan disambut pada 1 Mac 2018 nanti.


LHDNM 22 Tahun

Perjalanan LHDNM selama 22 tahun yang mana peralihan status LHDNM dari sebuah jabatan ke sebuah badan berkanun pada 01 Mac 1996 kini genap usianya pada tahun ini. Dalam tempoh itu, banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dikecapi oleh LHDNM dan tidak kurang juga cabaran dan kekangan yang dihadapi. 

Seperti yang kita ketahui, peranan dan fungsi LHDNM adalah untuk mentadbir cukai langsung negara dengan efektif dan efisien dengan natijah utama untuk mengutip hasil yang mencukupi bagi pembangunan negara.

Justeru, berlandaskan fungsi dan amanah ini, LHDNM berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai secara sukarela menerusi pelbagai program penguatkuasaan dan kesedaran cukai, agar sistem percukaian dilihat sebagai satu entiti yang adil dan telus dalam melaksanakan undang-undang percukaian.



Berkat usaha dan komitmen semua pihak, LHDNM mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang terutama dalam memenuhi ekspetasi kerajaan menerusi kutipan hasil dan penyampaian perkhidmatan percukaian kepada masyarakat. 

Pada tahun 2017, LHDNM telah mencatat pertumbuhan positif dalam kutipan cukai iaitu peningkatan sebanyak 8.15% berbanding tahun sebelumnya. Dengan momentum positif ini, LHDNM akan meneruskan tanggungjawab untuk mencapai sasaran kutipan yang telah ditetapkan untuk tahun ini sebanyak RM134.713 billion.

Oleh yang demikian, untuk memastikan prestasi pengoperasiannya berada pada tahap optimum  pada setiap masa, LHDNM menuntu Hasilian untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal.




Program Fit Hasil 2018

Oleh itu, sempena meneruskan tradisi sambutan Hari Hasil dengan penganjuran Program Fit Hasil kali ketiga sejak mula diperkenalkan pada sambutan Hari Hasil 2016. Program ini menggalakkan amalan gaya hidup sihat seperti yang telah diaspirasikan oleh kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

Program Fit Hasil merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang telah direncanakan dalam merancakkan semangat menyambut Hari Hasil. Di samping aktiviti yang berfaedah untuk kesihatan, program ini juga turut menjadi medan interaksi untuk mengeratkan hubungan baik antara LHDNM dengan pelbagai pihak.


Pengisian Program Fit Hasil kali ini dapat dilihat lebih menarik kerana turut disediakan pelbagai aktiviti seperti 'Fiesta Fit Hasil' yang mana para pengunjung boleh turut serta atau menguji tahap kekuatan fizikal dan mental dalam ujian senamrobik pelbagai genre selama 90 minit.

Selain itu juga, terdapat acara Street Games seperti Street Ball dan Street Netball turut dipertandingkan dan lebih menggamatkan suasana ia turut disertai oleh rakan-rakan daripada Media Prima dan Astro Awani.

Aktiviti lain seperti Family Fun Walk juga diadakan bagi ahli keluarga untuk berjalan-jalan santai di APM, selain sukaneka buat kanak-kanak dan dewasa. Untuk tahun ini, Amazing Taxplorace telah diadakan yang mana cabaran ini disertai pelajar-pelajar universiti jemputan dari sekitar Bandar Baru Bangi.

Jangan dilupakan juga aktiviti kanak-kanak. Acara yang disediakan untuk mereka termasuklah Fun Ground, Berkuda, Memanah, Face Painting, Henna Painting dan permainan Sand Art bagi memastikan mereka sentiasa dapat menimba pengalaman terbaik dalam mengisi waktu cuti hujung minggu.






Sepanjang program diadakan, turut disediakan Food Truck buat para pengunjung untuk membeli pelbagai juadah makanan dan minuman. Ini juga turut membuktikan LHDNM menyokong penuh pembangunan Industri Kecil dan Sederhana untuk berkembang maju dalam perniagaan mereka.

Selain itu juga, kaunter informasi cukai turut dibuka bagi memberi peluang kepada semua untuk mendapatkan khidmat nasihat percukaian secara terus dari pegawai LHDNM.

Menggamatkan lagi suasana hari itu adalah penampilan khas artis jemputan seperti Ippo Hafiz, Bell Ngasri, Ernie Zakri dan Joey yang sememangnya menjadi tarikan pengunjung dalam memeriahkan program. Program turut ke udarakan melalui Radio Hot FM yang dikendalikan oleh Hot FM Zoomers. 






LHDNM terus memainkan peranannya sebagai pentadbir cukai negara dan  memberi perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat. Besarlah harapan LHDNM agar peranan ini disokong dan dilihat sebagai 'aset komuniti' serta merupakan tanggungjawab bersama untuk negara.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari 

Laman Web Hasil

Facebook

Instagram 

Sidang Media Program Fit Hasil 2018
Reaksi kOrang:

2 comments: