Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kerap Bersin
di pagi hari? Muka gatal-gatal? Sah lah anda penghidap penyakit resdung(sinus).
Resdung nie sebenarnya memang ada pada semua orang. Cuma yang berbeza antara
individu adalah kuat atau tidak sahaja.
Okay… Nak
dijadikan cerita, LeYa ni sebenarnya juga penghidap resdung. Dah pelbagai cara
juga cuba untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan bila setiap pagi terbersin
dan selesema serta muka rasa gatal-gatal. Dari penggunaan rokok resdung
sehinggalah herba yang dimasukkan ke dalam hidung. Alhamdulillah… sihat
seketika. Lama selepas itu akan kembali semula dengan tabiat bersin di pagi
hari.
Jadi, apa yang
LeYa nak buat kali ini. Seketika LeYa membaca status dan komen yang terdapat di
platform rakan-rakan di Facebook,
LeYa terpandang akan satu rawatan resdung yang mudah dan cepat.

Kenali Resdung?
Resdung atau
nama saintifiknya sinus memang
sinonim dengan orang Melayu. Resdung juga dikatakan singkatan daripada perkataan
resah hidung. Anda mungkin akan mengalami bersin, selesema, mata dan muka
gatal, hidung tersumbat secara berterusan dan ini sepatutnya perlu berjumpa
doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Jangkitan
bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca
resdung yang juga dikenali sinus.
Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan
bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua
mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta di
bahagian dahi seseorang.


Hilangkan Resdung Seawal 3 Hari
Seperti yang
LeYa bagitahu kat atas tuh, LeYa terjumpa status ni dari rakan blogger di Facebook. Ingin mencubanya, LeYa
memberikan nama untuk disenaraikan sebagai pengguna produk untuk rawatan hidung
sekaligus memberitahu kebaikan produk kepada semua.
Hari Selasa
(16 Januari 2018) kalau tak silap, LeYa dan Otomen bergegas dari tempat kerja
ke Setapak Mall untuk mengambil produk tersebut. Produk kecil molek, “THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray”
sangatlah sesuai untuk LeYa dan Otomen bawa ke mana sahaja pergi.

Keesokan
harinya, usai bangun pagi dan bersiap ke tempat kerja, LeYa memulakan hari
dengan spray “THYMOS Anti Sinus/Nasal
Allergies Spray” di baju secara rambang. Kemudian, pergi kerja dan balik
kerja seperti biasa sehinggalah LeYa sedar dah tiga hari mengamalkan spray ni.
Dan, LeYa dapati pagi hari keempat LeYa dah tidak bersin dan selesema lagi.
Ermmm…mulanya tak perasan kan lagi tentang penggunaan produk tuh. Otomen yang
telah memberitahu LeYa tetang keajaiban “THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray” ni. Ia sememangnya berkesan dan LeYa
sangat suka bila bersin dan gatal muka dah kurang.
LeYa dan Otomen amalkannya selama beberapa hari selepas itu, dan kami
rasakan sangat selesa sekali bila pagi-pagi hari kami dah tanpa bersin dan
selesema. Bertahun kami mencari alternative untuk rawatan menghilangkan resdung
ini, akhirnya kami ketemu juga dengan produk “THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray” yang sememangnya mudah dibawa dan
digunakan. Hanya spray secara rambang di tempat-tempat yang anda gunakan,
bakteria akan mati selama 12 jam dengan hanya satu semburan. LeYa cadangkan supaya mengguna
dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS,
sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada
bantal atau katil sudah memadai. Teknologi “Self Sanitizing”
(pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif
berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang
menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia
berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik
apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.

Mudah dan Cepatnya Dengan Ada THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray
Bagi yang
ingin merasai sendiri keberkesanan “THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray”, anda boleh dapatkan secara terus di
Guardian berdekatan anda dengan harga RM69.90. Harga asal RM75.00. Jadi, LeYa sarankan untuk anda membuat pilihan cara
mengubati resdung yang terbaik dan selamat. Sayangilah tubuh badan anda. Ingat
ianya hanya pinjaman Allah S.W.T. Maka jagalah ia dengan baik. “THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray” antara kaedah terbaik, mudah dan cepat. Semoga anda semua sihat.
Maklumat lanjut tentang THYMOS Sinus/Nasal Allergies Spray, boleh layari website dan media sosial di bawah:
Website
Facebook
Instagram
Guardian
Malaysian Distributor
OR
Produk terbaik dan berkesan.. Boleh try ni.
ReplyDeleteMemang sangat berkesan
DeleteWah senang lah lps ni. Xperlu nk g rawat resdung dkt luar. Yg best sekali sembur tahan 12 jam. Bagus tu.
ReplyDeleteYup... Produk die pun comel..kecil-kecil cili padi org kate.. Kecik tapi bermanfaat..hehe..
DeleteMenarik produk ni,Zumal ada juga resdung. Kena try ni...
ReplyDeleteYup.. Boleh cari di guardian..
Deleteto be honest kalau seawal 3 hari is not convincing for me. for me la, i jenis yg susah nak trust these kind of products. but maybe it work well on certain people kan. but it's quite interesting i can say
ReplyDeleteErmmm...yup..maybe ikut orang.. LeYa guna pun 4-5 hari juga.. Tapi hari keempat tuh dah ok dah.. Memang best
DeleteTHYMOS memang best. Isteri otomen ni dah kembali normal. Tiada bersin di pagi hari lagi.. Hehehe..
ReplyDeleteMemang terbaik. Terima kasih Encik Suami..hehehe..
Deletesemoga berjayalah hilangkan resdung tu.. hehehehe I pun tengah mencubaaaa
ReplyDeleteKan... satu botol macam dah nak habis je.. Haha.. Syukur rezeki ada pada Encik Suami juga.. Kalau habis dan berjaya nanti boleh beli di guardian
Delete3 hari je dah nampak kesan? bagus betul ni
ReplyDeleteAhaa... yup..betul..
DeleteMmg bagus ada produk mcm ni.. nampak botolnya pun mudah di bawa. Mmg kena dptkan satu juga ni nanti.
ReplyDeleteBerkesan dan memberikan pengudaraan yang nyaman dan segar
DeleteNice sharing.. Semoga bermanfaat pada mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteTerima kasih juga kerana sudi singgah dan baca blog
DeleteKalau dah ada produk yang menyenangkan semua penghidap sinus, allergy dan resdung memang bagus diperluaskan di pasaran kan..dengarnya produk ni ada di jual di farmasi kan
ReplyDeleteProduk ni ade dijual di guardian kak
DeleteKena try 1 ni. Resdung memang selalu terjadi jika sampai waktu. Seriusly tak selesa betul!
ReplyDeleteOkay...Cepatkan dapatkan harga promosi di Guradian sekarang...
Deleteproduct wajib ada dlm rumah atau kena bwk kemana-mana sahaja..membantu pesakit resdung lagipun senang je nak bawa
ReplyDeleteBetul3x
Delete