Wednesday, 7 February 2018

Jelajah Kampung Portugis, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bandaraya Melaka merupakan sebuah bandaraya bersejarah yang penuh dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Seperti yang kita maklum, melawat Melaka bererti melawat Malaysia. Semuanya ada di sini. Kali ini LeYa berpeluang entah ke berapa kali untuk pergi melawat keindahan Kampung Portugis di musim perayaan Krismas yang lalu. Jadi, Jom Terjah!


Jelajah Kampung Portugis, Melaka dengan Suami dan Saudara-mara

Since LeYa dan Otomen dah berjanji dengan dua saudara untuk bawa jalan-jalan, jadinya pada malam tu, kami ronda-ronda sekitar kawasan Melaka. Dan LeYa terpana untuk melihat apa yang menarik di Kampung Portugis. Otomen dengan pantas memusingkan kereta dan membelok masuk ke perkarangan kawasan perkampungan Kampung Portugis.

Seriously... keindahan malam di Kampung Portugis di musim Krismas ni sangatlah cantik. Dengan lampu neon berkelipan warna-warni dan kawasan sekitar yang bersih memukau siapa sahaja yang datang.



Tengok sahaja telatah dua saudara Otomen tu. Seronok bukan kepalang dapat jalan-jalan sekitar kawasan Melaka malam tu. Ye lah kan! Jarang-jarang keluar kalau kami tak balik kampung. Lagipula menuntut bela janji manis kami untuk bawa jalan-jalan. Hehehe.... Apa-apa pun travel singkat kami ni sangatlah seronok.


Tapi kan... LeYa asyik sangat bercerita tentang keseronokan pengembaraan di Kampung Portugis ni. Mesti ada juga yang tertanya kan dari mana asal usul Kampung Portugis ni. Okay.... Jom LeYa bawa korang semua kenali sejarah.

Cipta Kenangan dan Kenali Sejarah Kampung Portugis

Kampung Portugis terletak di Jalan Senjuang, Melaka. Ia wujud pad tahun 1511M ketika kedatangan warga Portugis ke Melaka. Namun, ada di antara rumah mereka sudah diubahsuai dan ada juga dikekalkan warisannya. Mungkin perubahan arus pemodenan, menjadikan sesetengah dari mereka turut mengalami perubahan secara global. Baik dari segi warna kulit, bahasa dan juga adat istiadat.


Sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu gerbang Kampung Portugis ni, korang akan dapat lihat satu kawasan di mana terletaknya sebuah patung gergasi "Jesus", replika kapal dan juga pentas, yang mungkin tempat mereka menjalankan aktiviti masyarakat di situ.


Seperti yang LeYa beritahu tadi, keindahan Kampung Portugis di musim Krismas ini memang memukau mata memandang dengan kerlipan kilauan lampu bergemerlapan. Korang yang tidak berkesempatan, boleh cuba datang untuk tahun ini tanpa perlu menunggu Hari Krismas kerana hari biasa juga korang boleh masuk dan lihat sendiri keindahan di Kampung Portugis. Silap hari mungkin korang akan dapat lihat aktiviti-aktiviti menarik yang mereka jalankan.



Memang best sangat dapat jelajah ke Kampung Portugis, Melaka ni. Dari satu kawasan yang ada lampu ke kawasan yang lain kami terjah. Pengalaman manis dan baru ketika LeYa tempuh travel singkat ini adalah terus belajar dan menimba pengalaman dengan meneroka tempat-tempat menarik. Terima kasih banyak-banyak kepada dua saudara Otomen yang dah bersusah payah mengingatkan janji kami ini. Kalau tak, masakan LeYa dapat tengok keindahan Kampung Portugis ni.



For those yang sejenis macam LeYa suka meneroka tempat-tempat menarik, ni LeYa kongsikan alamat untuk korang terjah dan rasai pengalaman best di sana. 

Alamat :
Jalan Albuquergue
Perkampungan Portugis 
75100 Melaka
Malaysia

Website :

Masuk adalah PERCUMA jer...
Reaksi kOrang:

16 comments:

  1. Wow. Aida sendiri tak pernah gi situ, illyaleya.
    Selalu gi siang aje sebab kuarters opis dlm tu.
    Memang terkena kampung portugis ni di mlm krismas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay..nanti boleh lah Aida pegi tengok ye..

      Delete
  2. Setiap tahun kak ana ke melaka tp tak pernah ke sini. Boleh masuk dlm list utk diterjah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Simpan jangan tak simpan ye kak..

      Delete
  3. Wow cantiknya suasana malam kat Kg Potugis tu...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ape lagi... Cepat book date untuk singgah Melaka..

      Delete
  5. Meriah nampak tempat ni.. bercahaya sana sini. Menarik juga nak singgah sini nanti. Thanks sharing Leya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Abg Khir.. Terima kasih juga singgah blog buruk LeYa ni

      Delete
  6. Cantiknya pemandangan waktu malam.. Meriah dengan lampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah... Nanti singgahlah Melaka dan roger2 LeYa ye.hehe...

      Delete
  7. wah! kami belum pernah lagi ke sini.. satu hari nanti pasti akan ke sini juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom3x...singgah Melaka dan lihat keindahan Kg Portugis

      Delete
  8. Menarik dan meriahnya dengan lampu lip lap tu ha...kat sini memang sambutan meriah..siap pernah kuar tv rasanya...kan best kalau dapat meneroka kehidupan masyarakat portugis kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Jom kak.. Kite buat travel ke sini.. Kenali kehidupan kaum portugis..hehe..

      Delete