Tuesday, 6 February 2018

Cool Blog Lancarkan Kedai Pertama Terbesar Di Melawati Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini Cool Blog telah melancarkan kedai pertama yang terbesar di Melawati Mall. Seperti yang kita tahu, Cool Blog merupakan jenama minuman yang berasaskan kiosk. Kini, Cool Blog telah melompat lebih jauh lagi dengan menjenamakan dan mendedahkan rupa baru, segar dan mempunyai konsep dengan pembukaan kedai terbesar tersebut.

Sebagai permulaan Cool Blog dalam menjenamakan minuman pencuci mulut berasaskan kiosk ini telah memikat hati ramai rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global untuk mewujudkan ciptaan ice blended dan smoothies yang sangat lazat. Cool Blog ini dikenali di pelusuk antarabangsa merupakan kisah kejayaan Malaysia yang terbaik di mana ia telah memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 produk.


Cool Blog Lancarkan Kedai Pertama Terbesar Di Melawati Mall

Kedai pertama yang terbesar ini mempunyai keluasan 973 kaki persegi menyampaikan rupa dan rasa yang lebih baik kepada ramai pelanggan. Ia juga dilengkapi kayu dan bingkai pada kaunter utamanya yang menampakkan lebih elegan. Warna merah jambu sebagai warna tema digunapakai dan dikonsepkan dengan kombinasi warna hitam memperlihatkan lagi kemewahan dalam tata hias ruang kedainya. Turut menggunakan warna baharu pada perabotnya memberikan rasa urban pada setiap pelanggan yang datang.






Menurut Keith Loh, ketua Pegawai Eksekutif Cool Blog Apps Sdn Bhd, beliau memperlihatkan Melawati Mall sebuah lokasi yang terbaik untuk memulakan kedai perdana mereka kerana lokasinya yang strategik yang betul-betul berada di kawasan bandar dan seiiring dengan orang ramai yang akan menjadi sasaran pelanggan mereka. Pusat membeli-belah Melawati Mall ini akan sentiasa diberi sokongan dari para pelajar dan keluarga yang berada di sekitar Lembah Klang dan menjadikan ia sebuah tempat yang sangat ideal untuk memulakan sesuatu perniagaan. 

Kata Keith Loh lagi, Kedai Cool Blog kami juga terletak betul-betul di sebelah panggung wayang dan merupakan lokasi yang sangat sempurna untuk mendapatkan trafik pelanggan setiap hari.

"Pembukaan kedai ini hanyalah salah satu daripada banyak perancangan lain untuk kami. Kami juga sedang mencari untuk memperkembangkan lagi kedai kami di merata tempat. Kami juga ingin memperluaskan perniagaan kami ini ke Malaysia Timur untuk membuka francais, khususnya kepada golongan wanita yang ingin berniaga dan banyak lagi." kata Keith Loh, ketua Pegawai Eksekutif Cool Blog Apps Sdn Bhd.



Cool Blog juga menawarkan "minuman edisi terhad, Cool Blue" bersempena pembukaan kedai pertama terbesar ini. Minuman edisi terhad ini boleh didapati hari ini sehingga 28 Februari 2018 yang ditawarkan di cawangan Melawati Mall.


Aktiviti Blogger Bersama Cool Blog

Selain itu, Cool Blog juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik kepada rakan-rakan blogger bagi memeriahkan lagi majlis pada hari itu. Antaranya "Get to know Cool Blog" Rapid Fire untuk menjawab soalan yang diberikan serta aktiviti "Create your own cool drink" Contest. Meriah dan happening sangat!




Tahniah kepada Pemenang

Alhamdulillah... salah seorang daripada pemenang pertandingan merekacipta perisa Cool Blog sendiri adalah ahli pasukan Propa Rangers. Tahniah diucapkan dan bangga atas kejayaan anda itu. Terharu sangat bila beliau beritahu memenangi pertandingan itu. 



Akhir kata, pelancaran kedai pertama dan terbesar Cool Blog itu sungguh menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dan turut memperkenalkan "Cool Blue" iaitu minuman baru edisi terhad yang hanya boleh didapati di Melawati Mall sehingga 28 Februari 2018 ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Cool Blog di http://www.facebook.com/coolblog.my/.
Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. awww bestnyaaaaaa...mmg minat dgn cool blog nih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepatkan dapatkan edisi terhad tu... Nanti habis nanti

      Delete
  2. Menarik nampak cool blue tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...kite ke Melawati Mall untuk rasai keenakan Cool Blue

      Delete
  3. Tengok aktiviti bersama blogger tu nampak menarik sangat...

    ReplyDelete
  4. sedap gila cool blue tu.. dan meriah betul aktiviti dgn blogger hari tu..

    ReplyDelete