Isnin, 16 November 2026

Menu Istimewa Hujung Minggu Untuk Santapan Sekeluarga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... 

Hai korang... Menu yang LeYa masak ni sebenarnya untuk menu hujung minggu semalam. Memandangkan minggu ni tak ke mana, jadi LeYa decide lah nak masak-masak aje untuk Encik Suami dan anak dara. 

Awal pagi LeYa bangun macam biasa. Kemas-kemas rumah dan sediakan bahan untuk masak dulu. Tepat jam 10.00 pagi LeYa pun mula memasak lauk yang dah difikirkan. Awal masak tak kalut. Siap awal boleh rehat awal tengok movie. Hehehe... 

Sebab hari bekerja LeYa banyak msksn dan beli di luar, jadi hujung minggu je la LeYa dapat masak special untuk family. 

Menu hujung minggu ni LeYa gabungkan untuk dua hari iaitu Sabtu dan Ahad. 

Menu Hari Sabtu - Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng dan Ulam-ulaman

Masak Pucuk Paku tu sebenarnya En Suami yang request. Suka betul dia dengan pucuk paku masakan Nogori den ni ha... Hehehe... 

Udang Buttermilk

Ayam Goreng

Sayur Sawi Pak Choy Sos Tiram

Menu Hari Ahad - Udang Buttermilk, Sayur Sawi Pakchoy Sos Tiram dan Ayam Goreng

Alhamdulillah... Bertambah-tambah Encik Suami dan anak dara makan. Okay... Harini Isnin dah mula kerja. Jadi LeYa memang akan makan nasi untuk tengah hari saje. Malam dah tak makan dah. LeYa doakan semoga hari korang dimulakan dengan perkara yang baik dan diberkati. InsyaAllah ada masa lagi LeYa akan kongsi entry menarik lagi.


0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com