Selasa, 20 Mac 2018

Rasai Pengalaman Ketenteraan Di Super Army Camp, Sungei Wang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeah... Cuti sekolah kembali lagi. Pasti anak-anaklah yang paling gembira kerana tak perlu bangun seawal pagi untuk persiapan ke sekolah. Rasa lebih relaks dan santai duduk di rumah dan bermain dengan seronoknya. Namun, pasti juga kebosanan melanda bilamana bermain permainan yang sama dan menginginkan sesuatu yang lebih menarik musim cuti sekolah mereka. 

Jadi, jom LeYa bawa korang semua ke satu tempat yang pasti akan membuatkan cuti sekolah anak anda menjadi cuti terindah untuk musim kali ini. Jom Follow!


Hujung minggu yang lalu, LeYa dan rakan-rakan berpeluang merasai satu pengalaman yang sangat menarik dengan menyertai "Super Army Camp" di Sungei Wang Plaza sempena cuti sekolah ini. Bertempat di Centre Court Concourse Level, Super Army Camp ini memberikan korang mengalami detik bagaimana sepasukan tentera membuat persiapan latihan mereka. 


Setibanya LeYa dan Otomen tepat jam 11.00 pagi pada Ahad (18 Mac 2018) itu, kami mendaftarkan diri dahulu untuk memasuki penyertaan "Blogger Special Force" yang diadakan. Kemudian, kami diberikan kelengkapan pakaian keselamatan sebelum memulakan aktiviti. Nampak tak? Macam gaya askar paling cun kan. Hahaha...


Sementara menunggu peserta lain, kami sempat mengambil gambar dahulu sebagai kenang-kenangan. Al-maklumlah, bukan senang kan nak dapat macam ni. Mana tahu dah tak ada rezeki lagi nanti. So, kita kasi posing dulu banyak-banyak.  



Usai semua peserta bersiap sedia, kami diberikan demo persembahan dahulu bagaimana ingin memulakannya. Mendengar arahan acuh tak acuh, itulah LeYa. Hehehe... Dan pertempuran pun bermula. LeYa telah menjadi peserta kedua selepas Otomen Taro memandangkan kami yang terawal mendaftar.

Rasai Pengalaman Menarik Di Super Army Camp

Satu pengalaman yang menarik dalam menjalani latihan tentera di mana kawasan pertempuran diubah menjadi medan tempur latihan tentera dengan cabaran fizikal dan emosi yang sangat menyeronokkan walaupun mencabar. Setiap peserta dilengkapi dengan senjata dan diperlukan untuk menyelesaikan misi menembak dalam masa 3 minit. Bagi setiap sasaran yang terlepas, 18 saat akan ditambah di markah terakhir peserta. Korang perlu pandai untuk menjimatkan peluru dan mempercepatkan langkah. Tentera terpantas dari 3 pasukan (Beginner Troops, Junior Troops & Senior Troops) akan diberi ganjaran tunai dan pas keluar dari Blastacars Malaysia.

Pengunjung Sungei Wang Plaza dialu-alukan untuk merasai sendiri pengalaman menjadi seorang askar yang sangat luar biasa hebat dengan mengambil langkah dalam aktiviti cabaran di tempat latihan ini dengan mencabar minda dan fizikal melalui pelbagai halangan. Pengunjung yang telah membeli-belah minimum RM50 dalam satu resit, layak untuk mendapatkan tiket masuk ke kem latihan ini. Untuk galakkan anda semua menyimpan perasaan semangat perjuangan ketenteraan, anda akan diberi penebusan tanpa had kepada setiap peserta!


Menang Grand Champion Tanpa Disangka-sangka

Seperti yang telah dijanjikan, di akhir cabaran akan ada pemenang yang telah berjaya menyelesaikan cabaran dengan masa terpantas. Tidak disangka sekali, cabaran ini telah membawa LeYa mendapat tempat pertama dengan catatan masa 1 minit 49 saat. LeYa berjaya membawa pulang wang tunai RM300 sebagai hadiah setelah tamat latihan kem permainan ketenteraan ini. Pada mulanya, LeYa teragak-agak untuk sertainya kerana risau akan kesihatan diri, namun rezeki Allah berpihak kepada LeYa. Alhamdulillah. Manakala, suami LeYa a.k.a. Otomen Taro hanya meraih tempat ke-4 dengan membawa wang tunai RM30. 

Grand Champion Super Army Camp dalam Blogger Special Force

Menang tempat keempat pun dapat wang tunai juga

Pemenang di tempat kedua dan ketiga berjaya membawa pulang wang tunai RM200 dan RM100 yang telah dikaut oleh rakan LeYa sendiri iaitu Blogger Zayani dan suaminya. Hoho… berdendang sayang lah memasing bila terpilih sebagai pemenang. Hehehe…

Pemenang tempat kedua, Faiz

Pemenang tempat ketiga, Zayani

Akhir sekali, satu pengalaman yang pasti membuatkan korang semua tersenyum bila pulang dengan hadiah lumayan ini. Di Sungei Wang ini juga dihiasi sebagai tempat terbaik untuk segala jenis aktiviti. Dengan kepelbagaian yang mereka ada iaitu gabungan peruncit & pereka fesyen, kedai telefon mudah alih, alat IT terkini, household, kecantikan & aksesori serta Foodcourt yang luas memang menjadi tumpuan ramai untuk ke sini. Jadi, orang ramai yang berkunjung ke sini, bolehlah sekali-sekala membawa anak-anak atau anda sendiri untuk menyertai aktiviti menguji ketahanan fizikal bersama orang tersayang.


"Super Army Camp Sungei Wang" dengan bangganya mempersembahkan JChesterResources dan Blastarcars Malaysia sebagai penaja rasmi aktiviti ini.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi di Sungei Wang, boleh layari seperti di bawah:

12 ulasan:

  1. Wah...bestnya frust tak dapat joint ari tu, tahniah team PropaRangers

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...takpe kak limah.. Nanti ade lagi boleh join ramai-ramai ye..

      Padam
  2. Tahniah leya. Banyak dpt duit tu. Wah spend rm50 dah boleh masuk army camp ni ye. Best tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Aah.. Dengan pembelian RM50 dah blh join game ni.. Best taw..

      Padam
  3. Tahniahhhh siap jadi juara lagi, cayalahhh sis. Mai teringin nak join mcm ni, baru leh hayati skop kerja tunang, haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...terima kasih... Jom3x... Ada masa lagi tu.

      Padam
  4. Liez pun suka aktiviti mcm ni... tahniah leya dan otomen jadi juara lagi.. cash tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mrs. Liez comel.. Alhamdulillah... Rezeki Allah

      Padam
  5. Seronok ni dapat buat aktiviti dengan keluarga..

    Husniey datang follow sini kak ilya 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh...tq²... Jap lagi kite follow kak jugak ye..

      Padam
  6. Memang seronok tengok...Ish nak rasa juga pengalaman jafi tentera nih. Kalau suami saya masuk confirm dia menang macam Leya kot sebab dia army.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Aah la tuh,,memang boleh menang dah tu

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com