Tuesday, 6 March 2018

Don Hu Jurassic Park Garden Tarikan Unik Di Muar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menyusuri Bandar Muar dapat kita lihat sudah banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Salah satunya adalah tarikan Don Hu Jurassic Park Garden yang dibuka pada tahun lalu kini mendapat tempat di hati pelancong untuk singgah dan bawa anak-anak bercuti. Tidak terkecuali juga LeYa berkesempatan membawa keluarga untuk menyusuri taman dinosaur itu.


Don Hu Jurassic Park Garden 

Menurut seorang pengusaha pokok semaian, Heng Chiang Hwee, beliau sangat meminati kepada haiwan prasejarah ini. Dan dari situ terdoronglah untuk beliau mengambil inisiatif dengan menghias sendiri kebun perusahaannya dengan patung-patung dinosaur yang ditempah khas dari China.

Sejak dibuka pada orang ramai, Don Hu Jurrasic Park Garden yang dahulunya dikenali Don Hu Nursery yang terletak di Jalan Pintasan Muar tidak putus-putus dikunjungi oleh pengungjung kerana amat tertarik dengan keunikan taman tersebut.



Bayaran Masuk Don Hu Jurassic Park Garden

Tambah Heng lagi, beliau langsung tidak mengenakan sebaran bayaran kepada pengunjung dan kehadiran orang ramai amatlah dialu-alukan. Jadinya, MASUK ADALAH PERCUMA. Rugi jika korang belum singgah ke sini lagi. Hehehe... 



Tengok sahaja si kecil, Kak Nur yang happy apabila dibawa berjalan. Lokasi yang mudah untuk dicari. Tak perlu pening-pening dengan selok belok di jalan raya. Korang hanya straight ikut jalan ke Muar, dan lepas tu akan nampak taman dinosaur ni selepas traffic light di sebelah kiri. Hehehe...



Selain dari itu, korang juga boleh dapatkan koleksi permainan, replika dan t-shirt dinosaur sebagai kenang-kenangan. Masuk dah la PERCUMA kan. Tak kan tak boleh keluar duit sikit untuk cenderahati. 



Keseluruhannya, LeYa sangat berpuashati dengan idea dan kreativiti yang dihasilkan pemilik untuk memberi satu tarikan pelancongan kepada semua pengunjung yang datang ke Johor, terutama Muar ini. 


Untuk maklumat lanjut, sila follow seperti tertera di bawah:-

Alamat :
2700, Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur,
84000 Muar, Johor.

Waktu Operasi : Jumaat, Sabtu, Ahad (8.00 pagi - 8.00 malam)

Entri ini bersempena travel LeYa dan Otomen bersama keluarga ke Negeri Johor pada tahun lalu. Ucapan terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan kepada semua yang telah terlibat dengan jayanya dalam travelogue ini.
Reaksi kOrang:

14 comments:

  1. boleh pergi ke sini nanti...

    ReplyDelete
  2. Aik?? Di Muar?? Hihihik selalu balik kg tak tau pun ada ni...🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kan.. Selalunye tempat sendiri memang tak perasan.. Die nak launch 2016 lagi ni

      Delete
  3. Wah, dekat kampung Zumal jer. Berkurun tak balik kampung. Nanti boleh la pergi...

    ReplyDelete
  4. dulu masa study dekat segamat kenapa la tak wujud lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Dulu tak terlintas lagi di fikiran.. Tetiba Farah dah habis study die muncul pulak..hehe..

      Delete
  5. Masa selalu ke muar dulu xde lagi jurassic park garden ni. Lepas ni kalau ada rezeki ke muar boleh lah singgah.

    ReplyDelete
  6. Menarik tempat ni.. klu ada lalu balik kampung bila2 nanti nak juga singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....jom bercuti ke Muar...hehe..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com