Monday, 5 March 2018

Biskut Wafer Nabati Kesukaan Ramai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Korang dah pernah cuba Biskut Wafer Nabati? Rasanya memang ramai pun dah mencubanya. Sebab dah viral dah pun. Ekekeke… LeYa pun dah cuba beberapa kali. Tapi kali ni baru berpeluang dapat beli biskut wafer Nabati ni dengan banyak. Kalau tak, selalunya dapat satu je. Jenuh mencari di kedai-kedai. Masih tak ada stok juga. Jadi, bila berpeluang ternampak stok yang banyak di kiosk tempat LeYa bekerja, terus borong buat stok di rumah. Hahaha.. Kang kalau lambat, gerenti habis kena borong ngan kengkawan pejabat. Sebelum kehabisan stok lagi, LeYa dulu jadi orang pertama mendapatkannya. Nampak tak gigih LeYa mendapatkan Wafer Nabati ni. Hehehe...

Biskut Wafer Nabati Kesukaan Ramai

Biskut Wafer Nabati Kesukaan Ramai

Dalam ketiga-tiga perisa ni, LeYa lebih suka Nabati Cheese Wafer. Sebab rasa dia manis-manis dan ada masin sikit. Memang kombinasi yang sangat sedap. Semalam pun, LeYa makan lagi wafer ni sambil menonton televisyen dengan Encik Otomen Taro. Selagi stok masih ada, memang puas sangat LeYa makan. Kalau beli sikit je hari tuh, confirm kempunan kan. Ceeiittt… Macam budak-budak pulak kan. 

Richeese Nabati Cheese Wafer ni memang sangat sedap tau. Tanyalah kat semua yang dah merasainya. Memang yang tak jenis penggemar biskut macam LeYa pun boleh tersuka tanpa sengaja dan tercari-cari stoknya di kedai. Richoco White Wafer dan Richoco Chocolate Wafer pun sedap juga. Senang kata semuanya pun sedap lah!

Biskut Wafer Nabati Kesukaan Ramai

Rata-rata memang ramai yang suka menikmati Biskut Wafer Nabati ni. Sebab kadang-kadang dapat mengubat stress. Ye lah kan. Kita ambil beberapa pek biskut ni dan makan bersama-sama dengan keluarga sambil menonton televisyen. Gelak-gelak, borak-borak. Ha! Kan seronok tuh! Selain menikmati kesedapan biskut wafer ni, dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tapi, tak bermakna lah juga nak makan makanan ringan ni setiap hari. Kang datang penyakit lain pula yang hinggap di tubuh badan kita. Berpadalah juga bila menikmati snek makanan ringan ni ye. 

Biskut Wafer Nabati Kesukaan Ramai

Korang yang masih belum rasa Biskut Wafer Nabati ni, cepat-cepat lah dapatkannya ye. Kalau nampak je kat kedai terus grab tau. Nanti kempunan pula kalau kehabisan stok. Hehehe… Okay lah… setakat ni je LeYa dapat coretkan untuk kali ini. Semoga bertemu lagi ye…
Reaksi kOrang:

10 comments:

  1. Selalu makan yg cheese tu. Hari tu try yg vanila tu memang sedap sgt. Jumpa masa g penang plak tu. Kt sini boleh pula x nampak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kan..memang sedap kan... Yummy.. Jom simpan stok.

      Delete
  2. nabati nih memang sedap
    hehehe

    ReplyDelete
  3. adik akak kalau balik asrama,confirm dia pi borong biskut ni dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Memang ramai pemint biskut ni..

      Delete
  4. Lahh Siqah first time nampak biskut ni. Hehe. Boleh cari lah nak rasa jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha! Kalau belum rasa kena cepat gi cari... Memang sedap sangat taw

      Delete
  5. tak pernah nampak lagi biskut wafer brand ni, kalau ada nak try la nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak dah kat pasaran.. Ha! Cepat dapatkan..hehe..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com