Wednesday, 29 November 2017

Percutian Keluarga Di Hawa Resort, Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Percutian ke Janda Baik, Bentong, Pahang pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu memberikan sebuah kenangan yang menyeronokkan kerana LeYa dapat berpeluang bermalam di Hawa Resort yang mempunyai elemen dekorasi yang indah dan mendamaikan serta sangat sesuai untuk keluarga.


2 Hari 1 Malam Di Hawa Resort, Janda Baik

Perancangan percutian keluarga secara beramai-ramai sememangnya sukar untuk dilaksanakan. Namun, alhamdulillah pada tanggal 11 November LeYa dan keluarga bersepakat untuk bercuti ke Janda Baik, Pahang. Pemilihan lokasi dipilih kerana suasana di situ yang cukup mendamaikan yang membolehkan kami semua berehat dari hiruk pikuk kotaraya serta dapat menjalankan aktiviti keluarga bersama-sama.





Hawa Resort menampilkan suasana kampung yang cukup mempesonakan dan kawasannya yang luas memang sesuai untuk dibuat Hari Keluarga. Hanya beberapa langkah menyusuri kawasan percutian ini, mata anda akan disajikan dengan pemandangan sungai yang indah. Airnya juga yang sejuk dan segar memang akan membuatkan anda rasa seronok ketika berada di sini. 

Tidak ketinggalan juga untuk set barbeku dan peralatan riadah turut ada disediakan buat kemudahan anda.



Aktiviti Keluarga Yang Menyeronokkan

Kebiasaannya apabila sesama kita sudah berkumpul beramai-ramai ni pasti ada sahaja kerenah dan telatah yang ditonjolkan. Tidak kurang juga kepada setiap ahli keluarga LeYa ketika itu. Lebih-lebih lagi Mr. Otomen Taro yang sememangnya banyak ragam suka mengusik orang. 

Hari pertama kami sampai ke Hawa Resort lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Selesai check-in bilik, apa lagi kanak-kanak lah yang paling gembira bila nampak sungai yang mengalir deras tuh. Dan.... mereka pun terjun ke dalam sungai dengan gembiranya.





Keriangan saudara-mara yang sedang mandi-manda itu tidak dihiraukan sehingga perut mereka sudah mula terasa berkeroncong dek kesejukan air sungai itu. Jika tidak, memang sukar lah untuk mereka naik ke atas untuk berehat. Hahaha.... (Itu kan lumrah kanak-kanak. Bermain itu satu keindahan bagi mereka.)




Kaum ibu sibuk menyediakan hidangan makanan. Almaklumlah bilamana makan beramai-ramai pasti yang tak sedap pun jadi sedap. Jadinya, kesemua hidangan makanan yang dibawa dari rumah dan yang disediakan di situ memang sekejap sahaja hilang dalam perut masing-masing. Tambah lagi, bila perut dah kecut mandi-manda di sungai. Memang perut pun akan terasa minta diisi.



Aktiviti keluarga kami tidak lah begitu padat. Kami melakukan keseluruhan aktiviti secara santai dan bersahaja. Jika ada yang mandi-manda, yang lain pula mungkin boleh bersiar-siar melawat kawasan, bagi makan pada angsa, memancing, memasak dan sebagainya. Yang penting, pada hari itu, aktiviti kami terisi dan diluangkan bersama.





Pada sebelah malamnya pula, kami sekali berkumpul untuk melaksanakan aktiviti barbeku dan cabutan bertuah. Saat yang dinantikan tiba jua. Kelihatan dari wajah-wajah mereka memang tidak sabar untuk menerima hadiah menarik untuk dibawa pulang.


Sebelum ber'babeku' rupanya kami seorang pun tidak bawa kain kanvas. Jadinya, terpaksalah memerah idea dan keringat mencari ilham untuk dijadikan bumbung bagi mengelakkan dari hujan.

Gambar nenek LeYa yang menjadi peneraju utama keluarga Nek Z. Beliau sudah pun berusia 70-an dan hanya duduk di atas kerusi memerhati anak menantu dan cucu dan juga cicit berseronok di situ


Hadiah-hadiah menarik yang menjadi rebutan semua ahli keluarga

Usai makan malam dan upacara penyampaian hadiah, tiba masanya untuk sesi karaoke kepada yang ingin menyumbangkan suara yang sedia sumbang. Hehehe... Tidak ketinggalan otomen taro yang turut menyumbangkan beberapa buah lagu sebagai tanda sporting ketika bersama keluarga.




Hari Kedua di Hawa Resort, Janda Baik

Keesokan paginya, LeYa dan beberapa makcik serta saudara pergi menghirup udara yang nyaman di sekitar Hawa Resort. Kawasannya memang sangat luas dan cantik sekali. Kami sempat berswafoto sebagai tanda kenang-kenangan. 




Penat berjalan, tibalah masa kanak-kanak dewasa a.k.a. kami yang dah mencecah umur 20 tahun dan ke atas ini berendam di sungai. WoW!!! Sejuknya sehingga menggigil tulang-temulang. Memang hairan lah kami bilamana kanak-kanak selamba je mandi tak naik-naik kan. Kami yang agak berlebihan lemak ni pun rasa kesejukan, apatah lagi mereka yang kecil. Jadinya, LeYa memang salute lah ngan dorang ni boleh mandi di sungai tersebut lama giler weeyyhhh...





Sebelum berangkat pulang kembali ke halaman rumah masing-masing, kami bergambar potret keluarga dahulu untuk dijadikan kenangan terindah untuk tahun ini. Cukup mempesonakan dan menyeronokkan percutian singkat LeYa dan keluarga pada kali ini di Hawa Resort, Janda Baik, Pahang.


Maklumat lanjut boleh layari seperti di bawah:- 

Tel : +603-7710 6717
Alamat : Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong, Pahang, Malaysia
Reaksi kOrang:

22 comments:

  1. Replies
    1. Yeah... Memang meriàh bila dapat bersama ramai²..

      Delete
  2. Bestnya dapat beraktiviti dengan family. Lagi pun rata-rata resort kat janda baik cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best... Aah... dulu pun pernah duduk D Ark pun cantik juga

      Delete
  3. Seronok dan bahagianya tgk keluarga leya. Akak 8 beradik masing2 dgn hal sendiri selepas mak dan ayah meninggal 12 tahun yg lepas. Kkdng terasa dunia ini sepi. 8 beradik tp mcm hidup sebatang kara. Sedih bila tetiba rasa rindu mencengkam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... Jangan sedih2.. Nanti keluarga Propa Rangers boleh buat juga aktiviti macam ni

      Delete
  4. Memang seronok stay kat Janda baik ni kan, suasana kampung sangat. Hai blogwalking sini, jemput singgah blog kita: www.diariaashmira.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. nampak meriah :) memang best jika dapat kumpul ramai-ramai buat family day camni. makan-makan lah part paling best :)

    ReplyDelete
  6. best kan? cuti ramai-ramai. bukan selalu pun leh kumpul camtu.

    Jemput singgah baca artikel terbaru saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best.. Tuh pun ade yg takde. Masalah tak dpt nak dielakkan..

      Delete
  7. lama juga tak pegi janda baik nih.

    rindu plak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape lagi... Cuti² ni bawak la anak-anak jenjalan..

      Delete
  8. Wah bestnya leya. Ada sungai dan kawasan sekeliling sejuk mata memandang. Semua nampak gembira. Siap karaoke lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah...semestinya seronok dan bergembira bersama..

      Delete
  9. seronoknya dapat berkumpul macam ni dan beriadah di kampung.Betul betul rasa suasana kampung.Bunyi cengkerik tu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah... Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni..

      Delete
  10. Bestnya boleh bercuti bersama keluarga, nak kena buat repeat ke Janda Baik lah macam ni

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah meriahnya... mmg seronok dpt berkumpul santai bersama ahli keluarga terutama kat tempat mcm ni. Tempat bersih, suasana pun nyaman dan cantik.. mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu abg KK...Memang terasa meriahnya... Lokasi pun sangat menarik untuk dikunjungi

      Delete