Saturday, 25 November 2017

Nikmati Makan Murah Bersama Keluarga Di Awal Cuti Sekolah Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu lagi dalam LeYa Blog, sebuah blog lifestyle yang mengupas isu-isu kehidupan LeYa dan Otomen, travel, makan-makan dan banyak lagi. So, nak dijadikan kisah, pada kali ini LeYa nak bawakan korang suatu tempat yang sangat menarik terutama para ibu bapa yang kebuntuan lokasi untuk bawa anak-anak di musim cuti sekolah ini.

Bertahun juga LeYa dah tidak singgah ke The Mines Shopping Mall ni. Maklumlah semenjak dah banyak shopping mall berleluasa di kawasan Lembah Klang ni. Jadinya, tak menjadi keinginan untuk singgah ke The Mines. Walhal tak ada lah susah sangat pun nak datang. Dekat je dengan rumah LeYa.


Makan Murah Bersama FoodTopia di The Mines

Baru-baru ini, pihak pengurusan The Mines ada menganjurkan FoodTopia iaitu Food Tour kepada semua pelanggan yang bertuah. LeYa dan beberapa rakan blogger telah berkesempatan dan turut diberi peluang untuk menyertai cabaran makan sehingga kenyang melalui aktiviti Food Tour tersebut. 

Jadinya, LeYa akan bawakan korang tempat makan menarik yang ada di The Mines ini. Jom, LeYa kongsikan sedikit pengalaman yang ada sepanjang Food Tour berlangsung dan korang bolehlah buat pilihan tempat makan mana yang best.


Nikmati Menu Malaysia di Restoran Sepiring

Nama sahaja dah unik kan. "Sepiring". Ibarat macam kita pesan makanan semuanya sepiring je bunyinya. Tetapi jangan risau. Semangkuk, sepinggan dan bermangkuk-mangkuk korang semua boleh makan di sini. Hehehe....

Restoran Sepiring ini menyediakan menu hidangan Malaysia yang sangat terkenal dan disukai ramai.



Tengok sahaja lah wajah-wajah kami yang tidak sabar untuk menunggu hidangan makanan yang disediakan. Ooopppsss!!! Hampir lupa untuk LeYa perkenalkan menu special yang akan buat korang teringat-ingat apabila sudah mencubanya.

Menu pembuka selera yang menjadi kegilaan ramai, Durian Pancake. [Recommended] Kepadatan isinya yang gebu itu membuatkan LeYa benar-benar puas menjamunya. 

Durian Pancake

Durian Pancake

Kemudian, LeYa dihidangkan pula dengan menu utama yang cukup istimewa iaitu Penang Asam Laksa. Wallaaaweeyyhhh.... memang terangkat sekali bila dah pekena Penang Asam Laksa ni. Memang rasa kuahnya yang asli dari Penang dan ia juga agak pedas, Namun, bagi LeYa ia cukup menambat selera LeYa yang sukakan pedas. 

Penang Asam Laksa

Penang Asam Laksa


Singgah dan Rasai Makanan Korea di Dubuyo

Okay... ini pula restoran kedua LeYa makan. Bila sebut sahaja makanan korea, memang terus teruja lah LeYa untuk merasainya. Almaklumlah peminat drama Korea No.1. Hahaha...


Okay...kat sini LeYa dihidang dengan menu utama yang cukup popular iaitu Spicy Toppokki dan juga Korean Spicy Wings. Kedua hidangan ini pasti korang nampak macam pedas kan dengan kemerahan warna merahnya yang menyala tuh. Btw, tak pedas pun. Ada rasa manis-manis pedas tapi memang sangat sedap. 


Korean Spicy Wings ni pulah adalah kepak ayam yang disalut dengan sos yang sangat sedap. Tengok sahaja kegembiraan wajah LeYa bilamana dapat menikmati makanan Korea. Hehehe... 


Ubah Selera di Makan Culture

Tidak cukup itu. LeYa dibawa pula ke restoran ketiga iaitu Makan Culture untuk mencuba rasai hidangan enak di sana. 


Restoran Makan Culture ini juga ada disediakan makanan Malaysia dan juga Barat. Yang membuatkan LeYa tertarik adalah dekorasi kedai makan ini yang akan mengimbau korang dengan suasana barangan antik Malaysia.

Kat sini LeYa disaji dengan Spaghetti Olio Ayam Goreng dan Buttermilk Chicken with Rice. Tapi tak bermaksud korang hanya boleh makan ini sahaja. Korang boleh buat pelbagai menu pilihan kesukaan korang bila terasa nak makan di sini.

Jelajah Jepun di Sakae Sushi

Tak cukup dengan nikmati makanan Korea, LeYa dibawa pula ke restoran makanan Jepun yang cukup terkenal iaitu Sakae Sushi. Peminat makanan Jepun terutama sushi pasti teruja kan untuk ke sini. 



Di antara sushi yang LeYa sempat rasa adalah Ebi Tempura Cheese Maki, Tamago Cheese Yaki, Aburi Shiro Maguro, Egg Mayo Temaki dan Cha Soba. Dengan bahan-bahan yang segar digunakan, pasti menambah selera semua yang datang. Ditambah pula makanan sushi yang disediakan dalam kuantiti kecil, memudahkan pelanggan terus sekali ngap je bila makan. 


Egg Mayo Temaki

Desserts Yang Sangat Lembut di Egg Sponge Cake

Tiba masanya untuk LeYa megisi perut dengan hidangan desserts yang ada di The Mines. Okay... sebenarnya memang sangat banyak juga kedai kek. Namun, LeYa telah dihidangkan dengan sepotong kek yang sangat lembut dan gebu dari Traditional Homemade Egg Sponge Cake dan ia merupakan restoran yang menyediakan kek dari resipi turun-temurun. 



Kat sini, korang boleh buat 3 pilihan jenis kek yang disediakan iaitu Classic Original, Cheesy Cheese dan Sticky Chocolate. Saat LeYa menggigit sepotong kek yang diberikan mereka, ianya sangat lembut dan sedap sekali.

Cheesy Cheese

Classic Original

Sticky Chocolate

Kalau nak tahu lagi, kek Sponge ni memang sedap dimakan terus panas-panas dan jangan benarkan ia disimpan lama kerana dikhuatiri nanti tak sedap dah. So, bahan-bahan yang digunakan dalan kek ini hanyalah telur, tepung, gua, susu dan canola oil


Jadi, lepas ni tak perlu lagi risau jika tiada bajet dan tempat makan untuk bawa anak-anak di musim cuti sekolah ni. Korang singgah je The Mines Shopping Mall, pasti korang akan rambang mata memilih restoran mana untuk disaji. Yang penting boleh shopping dan kemudian, boleh makan di mana-mana sahaja restoran yang menjadi pilihan korang. So, korang bolehlah cuba restoran-restoran yang LeYa syorkan ni.

Untuk maklumat lanjut:

Laman web : www.the-mines.com.my
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Tergodanya dengan chesy cheese... yurmm..yurmmm. leya sajakan nk bg badan akak dipam2 mcm belon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Selagi boleh makan dipersilakan makan kak.. Hehehe..

      Delete
  2. Nampak macam best semua ni. Makanan korea tu nampak cam best la, kek tu pun best, durian pun nampak best jugak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Tu dia... Ni mesti dah terliur tengok ni.. Jom cepat singgah ke The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan.

      Delete