Saturday, 18 November 2017

D Aura Homestay Yang Sangat Cantik dan Selesa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di kesibukan ketika berada di bandaraya Kuala Lumpur, satu lokasi yang pasti membuatkan anda terasa tenang dan mendamaikan yang tidak jauh dari kotaraya metropolitan itu. D Aura Homestay yang terletak di Seri Kembangan adalah tempat penginapan LeYa dan Otomen Taro selama 2 hari 1 malam. Masa yang agak singkat tetapi kami sangat berpuas hati dengan penginapan yang disediakan. 


D Aura Homestay, Seri Kembangan

Inilah homestay yang LeYa dan Otomen telah inap tu. Homestay berkonsepkan studio yang menempat 1 katil queen dan bilik air yang sangat selesa. D Aura Homestay merupakan homestay muslim yang sangat murah dan berbaloi seperti berada di hotel 5 bintang. 


Ruang bilik yang bercantum dengan ruang tamu yang sangat selesa dan luas menempatkan TV Plasma 32" beserta meja untuk anda melaksanakan tugas-tugas menggunakan laptop, cermin solek yang cukup besar dan ruang rehat santai untuk berbual mesra dengan pasangan mahupun anak-anak. Oh Ye! Berhampiran ruang rehat dan katil ada rak terbuka yang disediakan sebagai pemisah katil dan ruang tamu dan dapur. Di antara ruang nak ke bilik air, anda juga akan disediakan dengan sebuah mesin basuh, seterika dan papannya. Turut disediakan sejadah dan juga telekung di dalam almari.




Ruang dapur yang santai dan cukup segala kelengkapan yang disediakan. Peti sejuk, Oven, Cerek elektrik, pinggan mangkuk dan sudu serta ruang makan 2 buah kerusi memang sangat selesa buat pasangan untuk berbulan madu. Tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali untuk memasak dan tidak boleh merokok di dalam homestay ni. 

 
Bilik mandi yang simple tapi style memang cantik kan. Kalau anda tercari-cari di mana sabun dan syampu, semuanya telah disediakan berdekatan dengan rak tepi dinding di bahagian shower tuh.


Bukan setakat itu sahaja. Anda dan keluarga juga boleh nikmati fasiliti yang disediakan di sini. Antaranya swimming pool, sauna dan floating gym yang pasti memberi kedamaian kepada setiap tetamu yang datang menginap di sini. Kolam renang yang cukup luas pasti membuatkan anak-anak seronok bermandi-manda di sini. 

Untuk lokasi D Aura Homestay, Seri Kembangan, anda juga diberi kemudahan lain seperti Food Delivery oleh D Aura Cafe dan Home Spa dari D Aura Spa. Buat pasangan suami isteri yang sedang berbulan madu boleh menempah Candle Light Dinner yang sangat romantik di D Aura Cafe. Semua kemudahan yang disediakan hanya 1 minit sahaja dari homestay yang anda inap.

Selain itu, lokasi menarik lain yang boleh anda dapatkan juga ada berdekatan di sini. Antaranya ialah:
  • 1 minit untuk ke AEON Banks, Mac Donalds, Pizza Hut, KFC, Starbucks, Petrol888 Station, ATM, Pasar Borong Selangor dan UPM Serdang.
  • 2 minit ke MEX Highway
  • 15 minit ke Kuala Lumpur
  • 3 minit ke Mini Zoo Farm in the City, Seri Kembangan

Harga untuk menginap di D Aura Homestay juga sangat berbaloi dan murah. Hanya RM188 untuk studio dan RM288 untuk 2 bilik. Setiap kemudahan seperti 2 parking kereta, aircond 3 unit, swimming pool, children pool, free wifi di kawasan kolam renang, dewan serbaguna, surau, taman permainan kanak-kanak, sauna, floating gym, BBQ Area, Mini Market, Dobi dan Cafe.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari dan hubungi seperti:

Facebook | D Aura Homestay Seri Kembangan Selangor KL
Telefon | 019 - 2700 210

**Check-in pada 3.00 petang dan Check-out 12.00 tengah hari 
Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. Cantik dan nampak selesa homstay d'aura boleh la tempah bila nk berjln area sana. Paling utama kita dah tahu pemiliknya melayu islam dan bila menggunakan barang2 dapur dengan tanpa ragu dan was2 kebersihannya. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu... Memang cantik dan selesa.. Telekung dan sejadah pun ada disediakan... Memang sangat ok..

      Delete
  2. Replies
    1. Ye... Memang sangat cantik. Leya pun speechless bila sampai ke sini.

      Delete
  3. fuhh..

    memang smart tempatnya.

    leh la singgah kalau ada benda nak buat kat sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom3x... Santai dan rehat di sini...

      Delete
  4. cantik homestay ni. xyah p mana2 dh cukup lengkap

    ReplyDelete