Khamis, 19 April 2018

Pelbagai Sajian Majlis Makan Malam Di UBE Banquet Hall D'Nilai 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


LeYa telah berpeluang menghadiri satu Majlis Makan Malam di UBE Banquet Hall D'Nilai 3, Negeri Sembilan. Majlis makan malam itu diadakan sangat meriah dan berjalan dengan lancar dan jayanya di sebuah dewan yang amat luas.


Majlis Makan Malam UBE Banquet Hall D'Nilai 3

Berpengalaman dalam industri pemakanan dan katering serta sewaan dewan, UBE Banquet Hall D'Nilai 3 telah diberi kepercayan dalam menguruskan pelbagai katering dan penyewaan dewan termasuk majlis orang-orang besar seperti Yang Berhormat dan lain-lain. 

Majlis makan malam telah dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis dan seterusnya pemilik UBE Banquet Hall D'Nilai 3 dan bacaan doa bagi memberkati majlis. Terima kasih LeYa ucapkan kepada blogger Halim Brothers yang telah menjemput LeYa dan juga rakan kerjasamanya, CVS Production yang mana ia berkepakaran dalam bidang foto dan produksi video dalam merakamkan gambar-gambar sekitar majlis dengan cantik. 




LeYa dan Otomen serta beberapa lagi rakan blogger dijamu untuk menikmati hidangan makan malam yang telah disediakan. Dalam pada kami khusyuk menikmati sajian makanan, majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil khidmat cemerlang kepada staff UBE, sambutan hari kelahiran dan juga cabutan bertuah. Bestnya kan! Perut kenyang. Dapat pula hadiah-hadiah menarik untuk bawa pulang.







Selain itu, terdapat juga gerai-gerai di sekeliling dewan yang mana korang boleh dapatkan pelbagai menu menarik seperti Gerai Pembuka Selera, Gerai Penyejuk Tekak, Gerai Pencuci Mulut, Gerai Apam Balik "Kriuk-Kriuk", Gerai Aiskrim "Cing Cing Cing", Gerai Mee Ketagih dan Gerai Kambing Juicy. Wah!! Menarik kan nama-nama gerainya. Makanan dia pun not bad. Sedap juga! 

Antara hidangan yang korang boleh cuba adalah Nasi Kuning D'Raja, Ayam Golek, Daging Goreng Beriani, Kambing Masak Pedas, pelbagai aneka buah-buahan dan asam, Sup Perut Berempah, Sambal Arab, Acara Arab, Ulam Timun dan banyak lagi. Memang sangat banyak yang korang boleh cuba dan nikmati. 


Pakej Katering dan Sewa Dewan UBE Banquet Hall D'Nilai 3

UBE Banquet Hall D'Nilai 3 yang mana kita sudah tahu menyediakan pakej katering dan sewaan dewan yang sebenarnya ia merupakan berita baik buat bakal-bakal pengantin di kawasan berdekatan. Dah tak perlu risau mencari pakej terbaik dan jauh. Kini, UBE Banquet Hall D'Nilai 3 boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada korang semua.


UBE Banquet Hall D'Nilai 3 terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan dan kedudukannya sangatlah strategik keranaboleh dilihat dari tepi jalan dan mempunyai kawasan parkir kereta yang luas. Ia memang sangat sesuai menjadi pilihan bakal pengantin dalam mengadakan majlis perkahwinan mereka terutamanya yang tinggal di kawasan berhampiran. UBE Banquet Hall D'Nilai 3 mempunyai pakej yang lengkap dari makanan sehinggalah sewa dewan. Korang hanya pilih mengikut pilihan dan bajet korang. Semuanya pasti akan direalisasikan.

Selain itu, UBE Banquet Hall D'Nilai 3 juga ada mengadakan majlis makan malam, reunion, pernikahan, graduasi dan majlis aqiqah. Menariknya di sini, pakej sewa dewan ini turut menyediakan pakej lengkap dengan pelamin, meja makan beradab, meja makan tetamu dan beberapa dekorasi untuk menyerikan lagi majlis. Jadi, korang tidak perlu pening-pening lagi dalam mencari perkhidmatan pakej kahwin yang lain. Semuanya ada disediakan di sini.

LeYa sendiri sudah melihat perkhidmatan yang disediakan. Sejujurnya, LeYa katakan memang pakej yang berbaloi-baloi dan menjimatkan masa dan tenaga. Dewannya pun cukup luas. Boleh memuatkan 2000 pax pada satu-satu masa. Rekaan dan dekorasi yang dibuat juga sangat cantik dan nampak mewah. Bukan setakat itu sahaja. Malah ibu-ibu yang punya anak-anak kecil juga tidak perlu risau jika mereka kebosanan sebab di sudut hujung dewan ada disediakan ruang permainan kanak-kanak dan ibubapa boleh perhatikan dari jauh.





UBE Banquet Hall D'Nilai 3 juga berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan katering sejak tahun 1998 lagi di mana ia telah dikelolakan di bawah UBE Catering Services. Mereka telah banyak menerima tempahan makanan pelbagai majlis kerana pilihan makanan yang disediakan kesemuanya menarik dan sedap. Terdapat lebih 100 menu hidangan yang boleh didapati mengikut citarasa korang dan yang paling penting ia mendapat pengiktirafan sijil HALAL oleh JAKIM





Sempena bulan Ramadhan nak dekat ini juga, pihak UBE Banquet Hall D'Nilai 3 turut menyediakan Buffet Ramadhan yang pasti menyelerakan dan meriah. Pasti membuatkan korang teruja dan tertarik kan dengan pakej yang ditawarkan ni. Jadi, bakal-bakal pengantin, apa tunggu lagi? Jom meriahkan majlis perkahwinan korang dengan UBE Banquet Hall D'Nilai 3. Kepada bakal pengantin yang bakal berkahwim selepas Hari Raya atau dalam tahun ni, bolehlah buat tempahan sekarang kerana korang akan dapat memiliki promosi hebat tahun ini.






Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan : 

UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Website :

Facebook :

Instagram :

No.Telefon
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748

Email

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com