Friday, 6 April 2018

Hichki | Movie Review

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


Okay... Hai semua... Movie Review kali ni LeYa nak ceritakan serba sedikit mengenai filem persahabatan Hichki. Filem ini mula ditayangkan pada 23 Februari 2018 dan telah mendapat review yang menarik dari para penonton. Best ke Tak Best? Tonton sendiri di panggung berdekatan korang ye.

Sinopsis Filem Hichki (2018)

Filem Hichki ini adalah filem yang terbaru dan berasal dari negara India. Filem Hichki yang diterbitkan oleh Yash Raj Films dan diarahkan oleh pengarah terkenal Siddhart Malhotra yang juga merupakan seorang pelakon filem Aiyaary. Siddhart Malhotra telah mengarahkan filem ini bersama rakannya, Aiditya Chopra.

Filem Hichki mengisahkan Naina Mathur (Rani Mukerji), seorang wanita cantik tetapi mengalami penyakit sindrom Tourette sejak dari kecil lagi. Beliau juga berkerjaya sebagai profession guru. Dek bakat dan usaha kerasnya, Naina akhirnya ditempatkan di salah sebuah sekolah di Mumbai. Difahamkan lagi di situ, pendapatan ekonomi masyarakatnya sangatlah rendah. Namun, tanpa memikirkan beban, Naina berusaha dan menghasilkan sesuatu yang hebat dan membanggakan.

Di sebalik kelemahan yang dialaminya, Naina terus utuh mengubah nasib anak-anak di sekolahnya. Di pengawalannya, masing-masing semuanya nakal, tetapi akhirnya berjaya menjadi orang luar biasa hebat dan bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat. Apakah pengaruh guru Naina ini sehingga boleh mengubah sifat kenakalan para pelajarnya menjadi hebat? 




Review Filem Hichki

First impression tentang filem ini yang boleh LeYa katakan adalah Awesome! LeYa benar-benar puas hati dengan jalan cerita filem ini dan boleh dikatakan memang terbaik sekali. Jalan cerita yang baik, dicampur dengan pelbagai perasaan ketika menontonnya.

Ledakan emosi dan perasaan bercampur baur ketika menonton filem Hichki ini. Mana taknya, Sedih melihat Naina yang menghidap penyakit sindrom Tourette diejek oleh pelajarnya sendiri serta dilakukan pelbagai hukuman agar guru itu berpindah. Namun, di sebalik kepayahan itu, Naina berjaya mendidik mereka dengan jayanya.

LeYa memang sangat suka dengan lakonan mantap Rani Mukerji selaku heroin filem ini. Selain Rani Mukerji, pelakon-pelakon hebat lain yang turut membintangi filem ini adalah Ivan Rodriguez, Supriya Pilgaonkar, Asif Basra, Shivkumar Subramaniam, KunalShinde, Harsh Mayar dan Suprio Bose.

Keseluruhannya bagi LeYa, filem ini memang sangat menarik untuk ditonton dan dijadikan sebagai pengajaran terbaik kepada semua terutama anak-anak yang sedang belajar di peringkat sekolah untuk terus menghormati guru-guru di sekolah. Memang tak rugi tengok!


Dengan ini LeYa nak bagi
4.5 / 5
BINTANG
Reaksi kOrang:

15 comments:

  1. Wah.. menarik.. nanti boelh tengok.. Rani memang ohsem berlakon..

    ReplyDelete
  2. perghhh mmg minat citer cmnihh..kene tengok ni.. hehe
    follow sini #866

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila menonton di panggung waang berdekatan anda.. Hehehe..

      Delete
  3. Dah ada movie nih tapi tak tengok lagi...nanti ada masa baru tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... Biasalah faham dengan sekarang yang busy ini, Jangan lupa tengok taw

      Delete
  4. Jalan cerita pun best.. Nanti boleh tgk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Jom tonton sekarang.. Hehe..

      Delete
  5. Kalau bab hindustan ni adik akak suka la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak.. Gi ajak tengok.. Die tak macam hindustan yang tangkap cintan cintun tu

      Delete
  6. Leya kaki hindustan la niiii.. liez xminat sgt hindustan tapi klau rani mukerji mmg liez layan habis..

    ReplyDelete
  7. nk try tgk la mlm ni. cari kat fb td ad pulak.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com