Sunday, 15 April 2018

Mencari Seafood Terbaik Hanya Di Kungfu Steam Seafood

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Makanan Seafood atau makanan laut sangat sinonim dan dekat dengan semua orang di Malaysia dan kalau dahulu hanya boleh didapati di kawasan yang berdekatan dengan laut. Tapi kali ini tidak perlu lagi pergi jauh-jauh. Nak cari menu yang cukup popular dan disukai ramai ini sudah ada di serata Malaysia. LeYa pun dah mencuba masakan seafood ni di sekitar Lembah Klang yang penuh dengan kesesakan lalu lintas iaitu hanya dengan singgah dan makan di Kungfu Steam Seafood, Puchong





Lokasi yang cukup strategik dan mudah didapati kerana hanya terletak bersebelahan jalanraya yang tidak jauh dari IOI Puchong yang juga sememangnya popular dengan Shopping Complexnya yang besar. Menuju terus ke Kungfu Steam Seafood yang terletak di Bandar Puteri, Puchong menggamit satu kenangan dan perasaan ketika menikmati hidangannya yang banyak dan lazat.


Kalau dari segi rasa, LeYa dah cuba makan dan memang sangat sedap dan berpuas hati dengan setiap hidangan yang disediakan. Rasa pada setiap masakan yang disajikan itu ada satu kelainan yang tidak boleh dilupakan sehingga terbawa-bawa LeYa untuk singgah dan mencuba rasa lagi. 

Terdapat pelbagai menu yang korang boleh cuba untuk nikmati bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Antara set menu makan tengah hari yang LeYa dan rakan-rakan telah nikmati adalah:

1.Minced Chicken with Egg Tofu RM14.80
2.Sweet & Sout Chicken RM29.80
3.Kong Pao Chicken RM29.80
4.Deep-fried Fish Fillet with Thai Chili Sauce RM28.80
5. Deep-fried Oatmeal Prawn with Salad RM47.80
6. Superior Soup Clam with Mee Hoon RM40.80
7. Live Tiger Prawn in Kam Heong Sauce (300gm) RM 47.80
8. Premium Mud Crab in Butter Milk Sauce - Min. 2pcs RM season price + RM10 each sauce
9. Live Clam with Ginger Spring Onion (500gm) RM34.80









Bukan setakat itu sahaja. Korang yang juga mempunyai anak-anak kecil yang kadang bukanlah nak makan sangat kan. Jadi, LeYa recommend sangat untuk korang beri mereka dengan set hidangan kanak-kanak yang pasti memberi tarikan mereka untuk makan dengan licin dan seronoknya. Set hidangan kanak-kanak ini dibawakan dalam 2 jenis hidangan yang mana turut disajikan dengan minuman berperisa Yakult yang sinonim dan baik untuk kesihatan penghadaman mereka.



Kalau korang datang nak makan kat situ dalam bulan April ini turut disediakan promosi Mud Crab Beli 1 Percuma 1 yang bermula pada 1 April 2018 sehingga 30 April 2018. Rasa ketamnya yang memang segar dan masih panas membuatkan LeYa benar-benar menikmati makanan laut di sini seperti berada di tepi laut disaksikan panorama alam yang indah bersama suami tersayang. Hehehe... Acah-acah honeymoon pulak kaw ye..


Selain itu, ia juga mempunyai ruang restoran yang cukup selesa dan kondusif serta selamat untuk bawa anak-anak kecil makan di sini. Ruang legar di bahagian bawah yang cukup luas dan memiliki bilangan meja dan kerusi yang banyak serta mampu menampung 200 pengunjung pada satu-satu masa. Menuju ke tingkat atas di mana terdapat ruang makan VIP yang cukup kondusif dan mewah buat korang yang ingin nikmati makanan dengan lebih privasi bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Bukan setakat itu sahaja, ruang bermain kanak-kanak dan ruang berhibur karaoke juga disediakan di bahagian atas.





LeYa memang berpuas hati dan sangat-sangat recommend kat korang yang nak singgah dan makan makanan laut di sini. Harga yang diberikan juga berbaloi dengan keadaan restoran yang cukup ekslusif dan cantik serta rasa makanannya yang cukup lazat. 

Kungfu Steam Seafood ini Halal dimakan kerana tidak mengandungi "Pork & Lard". Jadi tidak perlu nak risau atau was-was untuk makan di sini ok. Bagi LeYa, ia adalah makanan yang ramai orang suka dan sekarang boleh dapat pada bila-bila masa sahaja. Jadi, Selamat menjamu selera di restoran ini ye dan jangan lupa tinggalkan komen selepas korang dah nikmatinya.



Untuk maklumat lanjut berkenaan Restoran Kungfu Steam Seafood, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:

Alamat | Kungfu Steam Seafood, Puchong
13A, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

No Telefon | 016 - 213 2828

Reaksi kOrang:

16 comments:

  1. wahhh sedapnyaa terliurr dahlerr memang gomar seafood ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... cepat3x... dapatkan sekarang dalam bulan April ni.. Ade promosi taw

      Delete
  2. Memang best kan..kena pi ngan perut betul2 kosong..baru menikmati..akak suka sup clam dia..eh semua la suka...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Memang menarik.. Jom cepat pergi makan

      Delete
  4. Sedapnya dpt mkn seafoods... klau liez nak mkn seafood mesti pastikan seblm tu mkn be da yang ringan2 je.. sbb nak byk space utk seafood

    ReplyDelete
  5. Mewah menunya.. Presentation pun lawa.. Harga berbaloi dah tu kan.. sambil makan kalau bawa anak2 kecik, mesti suka dapat bermain main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... Memang sedap pun... Jom singgah dan makan

      Delete
  6. Replies
    1. Yup...menarik dan makanan dia pun sedap

      Delete
  7. Nampak sedap semua menu tu leya. Ketam tu terutamanya. Fav akak ana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknye kenalah Kak Ana ajak vik abg pergi makan ni..hehehe..

      Delete
  8. Akak guna phone apa ya? Clear je gambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak amek gmbar guna camera dslr.. Hehe..

      Delete