Ahad, 22 April 2018

Tampil Elegan Dengan Gaya Koleksi Raya 2018 A Tale of Spring dari Tracync® Scarves

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Koleksi tudung merupakan koleksi penting bagi wanita muslimah. Korang yang berhijab pasti arif tentang gaya bawal terkini kerana tudung bawal adalah gaya tudung wajib yang pertama digayakan sebelum berani mencuba gaya lain yang lebih stylo dan kompleks. Koleksi tudung bawal yang pelbagai jenis kini direka semakin banyak untuk memenuhi kehendak pelanggan. Terbaharu, label tudung bawal yang semakin mendapat tempat di hati peminatnya iaitu Tracync® Scarves tidak pernah mengecewakan si pemakai untuk kelihatan cantik, manis dan ringkas bila ke mana sahaja. Dengan sentuhan kristal Swarovski di setiap helaian tudung pasti lebih membuatkan si pemakai tampil elegan dan mewah dengan Gaya Koleksi Raya 2018 A Tale of Spring dari Tracync® Scarves ini.


Bulan Ramadhan semakin menjelang tiba. Apabila ia semakin hampir, memang mulalah ramai di antara kita akan melakukan persiapan raya awal untuk lebih mudah fokus kepada ibadah puasa nanti. Jadi, untuk itu, Tracync® Scarves memperkenalkan korang dengan tema A Tale of Spring sebagai Gaya Koleksi Raya 2018 untuk membuat pilihan menarik korang di musim perayaan Aidilfitri ini kerana ia dikatakan jatuh pada bulan Jun yang juga merupakan musim bunga yang sangat cantik. 



Mencerminkan gaya hidup wanita Muslim moden, reka bentuk Tracy sangat cantik dan berfungsi memaksimumkan keselesaan tanpa kehilangan gaya personaliti. Tracync® Scarves adalah pilihan utama bagi wanita Islam kontemporari ketika berada di mana sahaja. Dengan tema yang ditampilkan "A Tale of Spring", Tracync® Scarves menampilkan 24 koleksi tudung dari pelbagai jenis tudung bawal premium yang terdiri daripada warna-warna yang cantik bersesuaian dengan musim bunga yang indah. 

Setiap reka bentuk secara peribadi cenderung kepada setiap butiran tunggal penting. Tracync® Scarves menggunakan bahan terbaik seperti voile yang diimport dari Jepun untuk memastikan ia sempurna dan tidak menjejaskan kualiti.






Setiap koleksi tudung menceritakan kisah yang unik tetapi secara konsisten dapat dikenali dengan lipatan Signature glimmer dari kristal Swarovski yang menghiasi setiap selendang.

Tracync® Scarves kini percaya bahawa untuk mencipta jenama inspirasi yang boleh dipercayai wanita Muslim elegan adalah bermula dari Malaysia dan berharap ia dapat berkembang ke pasaran antarabangsa dalam tahun ini. Jadi, ia memerlukan perhatian dan dedikasi yang mantap dalam menyediakan reka bentuk dan kualiti yang terbaik. Tracync® Scarves menaruh harapan untuk menjadikan jenama ini terkenal ke seluruh dunia.



Tracync® Scarves telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Tracy Yong sebagai evolusi semulajadi pada sedekad yang lalu di mana ia adalah sebuah syarikat pembuatan barang kemas di Borneo. Melalui pertemuannya dengan global haute couture dan fesyen effervescent dari Timur Tengah, beliau berjaya membina jenamanya sendiri melalui penciptaan hijab yang memberi personaliti gaya hidup Muslimah.

Tracync® Scarves boleh didapati di The Twiq Label Boutique, Bangi Sentral atau melalui online seperti:

Website 


Facebook 

6 ulasan:

  1. Wah...cantik-cantik tudung dorangkan?model pun lawa2 belaka, seronoj tgk model2 mlm tu.

    BalasPadam
  2. Cantiknya scarves diorang...merelip relip..cantik dah model2 mat saleh tu ha...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com