Thursday, 12 April 2018

Konsert Live Di Lokasi By Synth

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini, LeYa dan Otomen berpeluang menghadiri satu konsert akustik di Lokasi By Synth, Damansara. Penyanyi cilik berusia 16 tahun, Maisarah Ukulele turut membuat persembahan di situ diikuti rakan-rakan seperjuangan iaitu Sahimi Ibrahim, Zaidi Anwari, Meer Nash, Piu Rusley SV, Alyssa Rosli dan satu-satunya band berkumpulan iaitu Astin Band.


Konsert Live di Lokasi By Synth

Perbezaan konsert pada malam itu adalah LeYa rasakan ia berlainan dari yang lain yang pernah LeYa dengar. Penggunaan elemen gitar elektrik yang berentak slow rock menjadi tarikan utama dan benar-benar memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang mendengar.

Konsert yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam itu diadakan bersesuaian dengan slot yang diberikan oleh pihak Lokasi By Synth. Jadi, setiap artis mengambil peluang yang ada dengan mempraktikkan vokal masing-masing pada persembahan malam itu.






Maisarah Ukulele Semakin Meningkat Naik Dengan Penampilan Sulung Albumnya

Artis undangan cilik yang tidak asing lagi, Maisarah Ukulele turut mendendangkan 3 buah lagu disertai promosi album pertamanya untuk dimiliki ramai. Lonjakan artis muda ini meningkat naik dari sehari ke sehari dengan pelbagai undangan dari ramai pihak. Tahniah diucapkan atas kejayaan itu.



Konsert akustik ini sebagai melengkapkan perjalanan seni Maisarah Ukulele dalam tempoh dia sudah mula muncul dalam setiap persembahan konsert secara amnya.

Maisarah sendiri cenderung untuk memilih menyampaikan himpunan lagu-lagu dari albumnya seperti "Oh Si Kacak" yang telah dipilih serta beberapa lagu lain untuk memberikan warna kepada persembahan.



Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan lokasi, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:

Alamat | 40B, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor

No Telefon | 012 - 345 4352

Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. Wah! best tu dpt menonton mini concert....

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abam Kie. Okay..nanti Leya join ye

      Delete
  2. wow menariknya.. penyanyi muda yg banyak pottensi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... memang hangat jugalah mlm tu

      Delete
  3. Serius 16tahun? Macam dah dewasa sgt.. lama liez tak layan live band.. mesti happeningkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Maisarah memang umur 16 tahun... Hehehe... jom nanti pergi tengok ye

      Delete