Selasa, 30 Ogos 2022

Filem Anak Rimau The Movie Inspirasi Belia Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa dijemput untuk menghadiri satu tayangan perdana Filem "Anak Rimau The Movie (Anak Rimau)" di pawagam Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malam Gala tersebut berlangsung sangat meriah dengan dihadiri beberapa dif kehormat yang turut menyokong filem ini seperti YAM Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Temenggung Pahang Tengku Fahd Mua'adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, YM Tengku Dato' Hishamuddin Zaizi bin YAM Tengku Azman Shah Al-haj, YB Encik Syirfan Indra Mitra Suryabin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS, YBhg. Datuk Santokh Singh Gurdial Singh PMW DSIS AMN, YBhg. Datuk N. Thanabalan A/L Nadarajah, YBhg. Dato' Zainal Abidin Hassan, mewakili bekas pemain lagenda bola sepak Malaysia, Farah Ann, bekas Olimpian gimnastik negara, wakil daripada Persatuan Bolasepak India Malaysia (MIFA) dan Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), barisan pelakon dan artis serta rakan media.


Filem Anak Rimau ini merupakan sebuah cerita berlatarkan bola sepak yang dibarisi pelakon ternama Malaysia untuk menghasilkan satu kisah yang menyentuh hati yang menyalurkan nilai kekeluargaan, keputusan sukar, integriti dan persahabatan. Pelancaran filem ini juga selari dengan bulan kemerdekaan dan mampu menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan melabuh tirai tidak lama lagi.


Filem Anak Rimau diterbitkan oleh Keeklr Films dengan kolaborasi Majlis Sukan Negara (MSN) serta dibawa kepada korang semua oleh Cyberlynx International College. Penerbit filem ini adalah Fadzil Manap dan pengarahnya Areel Abu Bakar, filem ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Idan Aedan, Azhan Rani dan Adam Corrie serta beberapa pemain dari Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Bola Sepak NEgara (NFDP).


Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie

Anak Rimau mengisahkan sekumpulan anak muda yang berbakat tinggi dalam bola sepak yang juga terdiri daripada latar belakang dan pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). Mereka mengharungi pelbagai cabarai sebagai seorang individu dan juga secara berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam kehidupan bola sepak. 

Oleh itu, pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan-halangan pasukan mereka sebelum berfikir tentang kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji melalui kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik bagi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.


Filem
Anak Rimau The Movie

Penilaian
7/10

Penerbit
Johan Abdullah, Yusri Yusof, Obiet Panggrahito dan Fadzil Manap

Pengarah
Areel Abu Bakar

Genre
Sukan

Pelakon
Beto Kusyairi, Idan Aedan, Azhan Rani, Adam Corrie serta pemain dari Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Bola Sepak NEgara (NFDP)

  

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker turut memuji pasukan produksi Anak Rimau atas kecekalan menerbitkan filem ini kerana kebanyakan penggambaran filem ini dilengkapkan pada tahun 2019. Namun, dek kekangan penularan wabak Covid-19, ianya terpaksa ditangguhkan ke tahun 2022. Produksi Anak Rimau berjaya membuktikan yang setiap cabaran dan dugaan pasti ada jalan penyelesaian sekiranya kekal berjuang sebagai satu negara. Filem ini turut menekankan aspek nilai kebaikan yang akan sentiasa datang buat mereka yang senantiasa mempunyai iman dan keberanian seperti slogan Anak Rimau The Movie - "bola itu bulat".


Hari ini kita tahu sesebuah filem memainkan peranan utama sebagai medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam masyarakat. Justeru, filem memberi impak dan pengaruh atas gaya hidup individu serta gaya pemikiran dan pandangan terhadap masyarakat. Filem Anak Rimau ini bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan yang akan membantu seseorang individu membina asas yang kukuh untuk transformasi negara.


Overall, LeYa suka akan filem Anak Rimau ni kerana memiliki banyak nilai-nilai murni yang kita boleh ambil especially anak muda hari ini untuk lebih berdaya saing, berani menempuhi cabaran dan dugaan serta tidak mudah menyerah kalah. Dari segi sinematografi filem ini mungkin ada sedikit kekurangan namun kita perlu berbalik kepada nilai murni yang cuba diterapkan di dalamnya.

Jadi, LeYa menyeru kepada peminat bola sepak dan peminat filem untuk serbu pawagam berdekatan korang pada 1 September 2022 sebagai sokongan padu industri perfileman Malaysia dengan menonton Anak Rimau The Movie bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Kejohanan Piala Dunia 2022. 


Korang juga boleh dapatkan merchandise eksklusif Anak Rimau yang direka khas oleh Al-Ikhsan Sports menerusi laman web www.al-ikhsan.com dan www.alsports.com.my dengan harga serendah RM19.90 sehingga RM99.00.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com