Monday, 8 October 2018

Pengalaman Luarbiasa Dalam Escape Room Challenge, Avenue K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pertama kali berpeluang menyertai pengalaman bersama rakan blogger di Escape Room Challenge anjuran Warner Bros TV dan Astro. Kalau korang nak tahu ia bukanlah yang pertama kali diadakan malah ia hampir dilaksanakan pada setiap tahun dengan aktiviti yang berbeza kepada penonton WBTV dan pengunjung yang hadir. Untuk kali ini, ia telah bawa LeYa dan rakan-rakan ke Escape Room di Avenue K, Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari iaitu 04 - 06 Oktober 2018.


Menariknya di sini, korang akan diuji secara fizikal dan mental dalam menyelesaikan masalah yang ada pada permainan ini. Terdapat 3 bilik khas yang disediakan dengan setiap satunya mempunyai tema dan pengalaman yang berbeza yang akan korang selesaikan permasalahannya. Ia bagi LeYa merupakan satu permainan interaktif yang mana ia mampu menguji ketahanan fizikal dan mental kita sama ada dalam menjawab teka-teki, selesaikan teka-teki yang kompleks atau mencari cabaran agar korang dan rakan-rakan selamat dari aktiviti permainan tersebut. Menarik bukan! Jom terus ikuti pengalaman yang LeYa dapat bersama rakan-rakan.


Cabaran pertama kami di bilik pertama ini iaitu dari siri TV "Big Bang Theory". Untuk melengkapkan persoalan, kami dikehendaki mencari 9 buah kad mengandungi huruf-huruf yang apabila digabungkan menjadi satu perkataan atau jawapan kepada klu kedua. Misi LeYa dan rakan-rakan berjaya setelah di akhir kami menemukan sebuah buku berkulit hitam dan buku "The Flash". 



Cabaran bagi setiap bilik perlu diselesaikan dalam masa 5 minit. Dan kami berjaya menyelesaikannya dalam masa 3 minit. Yeay!!! Team Superb Girl berjaya di bilik pertama.



Cabaran kedua, kami perlu menyelesaikan bagaimana untuk menyeberangi bangunan ke bangunan lain untuk menghentikan bom yang terpasang itu. Segala peralatan disediakan dan kami perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk membuat cross lane melintas ke seberang. Dengan sedikit klu yang diberikan, dengan menggunakan papan dan kayu panjang yang bermagnet, kami menyusun setiap papan membentuk sebuah jambatan. Dan, kami menyeberang satu persatu ke bangunan sebelah. 


Untuk menghentikan bom itu, kami dikehendaki menyelesaikan beberapa masalah dari FB Messenger yang diberikan sehingga button warna Orange perlu ditekan. Kami berjaya menyelesaikan misi di cabaran kedua ini dengan catatan masa 6 minit 35 saat atas sebab di permulaannya kami tidak mengerti apa yang perlu dilakukan.



Cabaran ketiga dan bilik terakhir untuk kami menyelesaikan permainan ini. Di cabaran ini, kami dibahagikan kepada dua bilik kurungan yang mana setiap bilik mempunyai 3 orang. Kami dikehendaki mencari button pada dinding untuk menyalakan lampu agar kelihatan berwarna hijau untuk mendapatkan kunci. Terdapat sebuah buku tulis dan di dalamnya ada klu kepada permasalahan itu.


Setelah lampu bertukar ke warna hijau dan kunci pun sudah dimiliki, namun, rupanya kunci itu membawa LeYa dan dua lagi rakan ke bilik kurungan sebelah. Di situ, kami perlu pula mencari segulung kertas yang di dalamnya tersimpan klu untuk membuka pintu penjara. Malangnya, di bilik akhir ini, kami gagal mendapatkan kertas itu yang terletak dalam rod palang jeriji penjara. Dan, kami pun dipenjarakan selamanya. Hehehe....


LeYa pasti setiap dari korang punyai kreativiti dan kepakaran yang berbeza-beza kan? So, di sini perlu gunakan kreativiti dan kepakaran itu untuk menyelesaikan semua masalah dan juga kerjasama di antara rakan-rakan perlu kekal utuh dalam mengharungi setiap permainan ini. LeYa pasti dengan masa 5 minit setiap bilik cabaran yang diperuntukkan, korang boleh melakukannya.




Seriously LeYa nak cakap memang tersangat best dan seronok dapat bermain mini Escape Room Challenge di Avenue K ni. Ia benar-benar menguji minda dan tahap kesabaran kita sebagai pemain. Apa yang penting? Kerjasama. Hehehehe.... 

 

Dah penat memerah tenaga dan minda, kami jalan-jalan dan singgah membeli belah di Shoe Gallery by Parkson yang terletak di tingkat 2 kalau tak silap. Biasa lah kan bila perempuan dah hang out, shopping tak boleh dilupakan. Hehehe... So, kami pulang dengan gembiranya.



Reaksi kOrang:

5 comments:

  1. Bestnya leya, perlukan kesabaran dan minda yg cergas...tahniah buat leya n gang...😍

    ReplyDelete
  2. Menarik ni... Kena try ni nanti naik ke Genting

    ReplyDelete
  3. Wahhh menarik ni. Boleh uji kekuatan minda dan fizikal kita.

    ReplyDelete
  4. syok..rasa nak pergi enjoy kat sana lagi tapi yg lebih mencabar kan

    ReplyDelete
  5. Aktiviti yg menarik.. masuk jel tu klu terkunci, mau takleh balik tu huhu :)

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com