Thursday, 25 October 2018

Keindahan Masjid Terbesar Di Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama juga LeYa tak kongsikan cerita travel dalam blog ni. Okay… cerita ni sebenarnya dah lama juga LeYa pergi bercuti hari tuh dengan keluarga. Tapi tak ada lah lama sangat. Kalau tak silap dalam bulan September hari tuh. Kali ni LeYa nak kongsikan tentang masjid yang sangat indah ni di Johor. Ke mana sahaja tempat LeYa dan keluarga bercuti dan bermusafir, pasti akan mencari dan singgah di masjid sebagai tempat berehat dan solat. 


Masjid Bandar Dato’ Onn merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation (JCorp) yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah ketika menunaikan solat Jumaat. Masjid ini dibina oleh Johor Land Bhd, sebuah syarikat dalam kumpulan JCorp yang telah menelan belanja kira-kira sebanyak RM28 juta di atas tapak seluas 2.1 hektar. Ia mula dibina pada pertengahan tahun 2013 dan siap pada akhir tahun 2015.


Masjid ini terletak di tengah-tengah di kawasan Bandar Dato’ Onn dan sudah terkenal dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam untuk singgah bersolat dan berehat di sini. Keindahan pemandangan di sekitar masjid juga sangat cantik dan bersih.

Masjid yang indah ini juga ada menyediakan fasiliti untuk mengadakan majlis walimah atau majlis perkahwinan. Sudah ramai juga yang mengadakan majlis perkahwinan di masjid ini. Mereka yang berkahwin di masjid ini turut mengambil peluang bergambar di sekitar masjid yang indah dan menarik ini.

Masjid ini turut dikatakan “children friendly” kerana ia memberi galakan supaya ibubapa membawa anak-anak ke masjid. Cuma, ibubapa perlu mengawal kebisingan dan kenakalan anak-anak supaya tidak mengganggu kosentrasi Jemaah yang ingin beribadat.



LeYa rasa tenang bila dapat menunaikan solat di masjid yang indah ini. Semoga semua yang singgah ke masjid diharapkan boleh menjaga kebersihan dan adat ketika berada di kawasan masjid. Mohon laa dikemaskan segala apa yang kita dah guna dan jangan lupa untuk bersedekah di tabung masjid ye. Ia kan untuk kegunaan dan keselesaan kita juga. Siapa lagi kalau tak kita yang memastikan rumah Allah in sentiasa makmur dan harmoni. Semoga perkongsian ringkas LeYa dengan Masjid Bandar Dato’ Onn ini dipermudahkan urusan yang ingin datang dan mencari masjid di sana. Sama-samalah kita mengimarahkan masjid dan hidup dalam rahmatNya.

Alamat
2, Jalan Dato' Onn 2, Bandar Dato' Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Reaksi kOrang:

12 comments:

  1. cantiknya! Best kan kalau pergi masjid yang children friendly, tak la risau sangat parents nak berjemaah dekat masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Tak ada lah kita risau kalau tinggalkan anak-anak di rumah. Boleh bawa sekali mereka ke masjid dan cuba terapkan nilai baik berada di masjid. InsyaAllah anak-anak akan mendengar kata dan menjadi soleh & solehah.

      Delete
  2. Last pergi sini masa tu tingkatan 5. Dah 32 tahun tak jejak sini. Allah hu ...terasa nak pergi je lepas baca post leya ni.

    ReplyDelete
  3. Menarik tang children friendly tu.. Anak2 boleh okut sama.. Mak2 tak risau..

    ReplyDelete
  4. Suka sekali saya tengok bangunan masjid ni Rumah Allah..memang berseni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu... Indahnya kan keindahan di Rumah Allah ni

      Delete
  5. Replies
    1. Allahuakbar... Alhamdulillah... Memang tersangat indah rumah Allah ini.

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com