Saturday, 6 October 2018

Pelbagai Sajian Mee Segera Dari Indonesia Yang Paling Sedap Di IndoBowl

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berkesempatan untuk merasai keenakan hidangan mee segera dari Indonesia yang sudah pun viral di salah sebuah Restoran IndoBowl yang terletak di Lakefields, Sungai Besi. Kalau pesan sahaja Indomie di tempat lain pasti akan dihidangkan telur mata goyang untuk menambahkan lagi selera rasa Indomie itu. Ditambah lagi apabila telur kuning itu pecah dan sebati dengan Indomie itu sendiri. Memang superb sedap kan!


Sebuah restoran yang pakar dalam menghasilkan Indomie yang sangat sedap di Sungai Besi, kini menjadi viral dengan tarikan ramai pengunjung untuk turut menikmatinya. Menu-menu menarik Indomie ada disediakan di sini. Korang pasti teruja untuk merasainya. Jom, LeYa bawakan khas hidangan yang sempat LeYa rasa bersama rakan-rakan yang lalu.


Konsep yang disediakan di restoran ini berasaskan Indomie Mee Segera. Dengan suasana restoran yang sangat selesa dan kondusif, LeYa pasti ramai berpuashati dengan keenakan makanan dan keselesaan tempatnya. Yang menariknya lagi, dengan berasaskan Indomie, banyak rupanya sajian boleh disediakan. Bukan sekadar mee segera goreng biasa sahaja seperti yang dipesan di tempat lain, malah korang akan dihidangkan dengan pelbagai menu berasaskan Indomie ni.



Menu Indomie di Restoran IndoBowl ini bukanlah yang biasa-biasa kerana kesemua hidangannya memang sangat sedap. LeYa sendiri recommend kat korang kalau nak makan Indomie ni, bolehlah singgah dan makan di sini. Rasa daging bakar yang dihidang sangat juicy, dan apabila korang makan dengan sambal yang diberi bersama, pasti memberi satu kenikmatan yang tidak berbelah bahagi. Hehehe... Memang tak akan sama dengan Indomie di tempat lain.


Makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan, santai dan berbual mesra, jangan lupa untuk memesan signature dish mereka iaitu Indomie Mumbo Jumbo Soto Seafood

Indomie Mumbo Jumbo Soto Seafood RM39.90

Hidangan Indomie Mumbo Jumbo Soto Seafood ini sangat meriah dengan pelbagai jenis seafood di dalamnya seperti udang, sotong, bebola ikan, isi ketam dan paling menonjol adalah dua biji telur mata goyang yang bila digaul sebati kesemua bahannya menghasilkan kombinasi yang sangat enak. Errmmmm.... sedappppp....

Indomie Ayam Balado RM10.00

Bagi peminat pedas, korang boleh try menu Indomie Ayam Balado ni. Sambal balado yang dihidangkan memang sedap. Pedasnya memang pedas tapi boleh dinikmati lagi dengan penuh rasa kenikmatan. 

Indomie Salted Egg Chicken RM11.90

Hidangan yang LeYa dan Otomen paling suka. Indomie Salted Egg Chicken menjadi menu tarikan kami berdua pada hari itu. Rasa manis, masin, pedas, memang ada rasa kelainan bila makan hidangan ni. Rasanya cukup dan sangat sedap. LeYa memang recommend korang untuk cuba yang ini. 

Nasi Ayam Madura

Usah risau juga kepada yang bukan peminat mee segera. Sebab di sini juga ada disediakan menu nasi untuk korang tidak kelaparan bila keluar dari restoran ini. Korang boleh memesan hidangan Nasi Ayam Madura dan juga Nasi Goreng Ayam Balado

Kalau korang nak tahu Ayam Madura ni ala-ala macam masak kicap tapi ia bukan ayam masak kicap. Ia ada rasa masam-masam manis sedikit dan tak pedas langsung. Kalau nak pedas boleh makan dengan sambal yang ada bersama tuh.

Nasi Goreng Ayam Balado

Nasi Goreng Ayam Balado memang sajian pedas dan sesuai kepada yang minat pedas. Korang yang tak tahan pedas tak digalakkan untuk makan. Sebab dikhuatiri nanti sakit perut. Hehehe... Tapi bagi LeYa tak pedas sangat pun. Tahap kepedasannya bolehlah LeYa bagi 5 dari 10. 

Soda Gembira Giant & Es Cendol Giant RM8.90

Minuman yang menjadi kegemaran ramai dan juga LeYa sendiri ketika menikmati hidangan di situ adalah Soda Gembira dan juga Es Cendol. Minuman ini boleh dipesan dengan gelas besar (Giant) ataupun gelas biasa. Rasa Soda Gembira tu bukan bandung biasa tau. Ada kombinasi bandung dan soda disertai biji selasih di dalamnya. Memang sedap kalau minum di waktu panas-panas begini kan. Rasa santan yang pekat dalam minuman Es Cendol membuatkan lagi rasa untuk menghabiskannya. Hirisan cendol dan bijian jagung di dalamnya juga memang kombinasi menarik untuk korang turut menikmatinya. Yummy! Sedap weyyhhhh...



LeYa benar-benar puas dan kekenyangan menikmati hidangan Indomie di Restoran IndoBowl. Memang sedap dan boleh repeat lagi makan di sini bersama keluarga pula. Kalau korang nak tahu lagi, Restoran IndoBowl mempunyai satu lagi cawangan yang terletak di Subang Jaya. Jadi, korang yang berdekatan dengan mana-mana restoran ni, bolehlah singgah dan rasai kepelbagaian hidangan berasaskan Indomie ni.



INDOBOWL CAFE
72, Jalan Tasik Utama 7, LakeFields Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

INDOBOWL SUBANG JAYA
66, Jalan SS15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi
Isnin - Ahad (11.00 pagi - 10.30 malam)

Hubungi
019 - 542 6869

Facebook

Website
Reaksi kOrang:

3 comments:

  1. mak aihhh...terliur den nengok makanan kek Indobowl ni..tak saba raso den nak poiee

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan.. klu ada area ni nak juga singgah nanti. Thanks sharing Leya.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com