Wednesday, 8 April 2020

Jangan Lupa Bersihkan Penghawa Dingin Anda Untuk Udara Yang Lebih Segar dan Bersih Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak ramai yang tahu cara bersihkan air cond, malah mungkin ramai yang gunakannya sampailah ia dah masuk habuk yang banyak.

Kalau korang nak tahu ruang bilik kita tu banyak habuk ke tidak, tengoklah pada air cond kita. Jika terdapat banyak habuk pada penapisnya bermakna banyaklah habuk dalam bilik kita tu.


Okay... Malaysia sudah pun melepasi minggu ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 ekoran mengawal penularan pandemik Covid-19. Oleh itu, demi menjaga keselematan keluarga, setiap rakyat mesti mematuhi arahan #dudukdiamdiamdirumah dan hanya keluar sekiranya perlu untuk membeli barangan keperluan harian atau bekerja selain mengekalkan jarak sosial. Selain itu, pastikan juga tangan sentiasa dicuci bersih tidak kira sama ada di rumah atau di luar.


Pada masa yang sama, keadaan persekitaran juga perlu dijaga bersih, segar serta bebas daripada bakteria. Salah satu cara ialah dengan membersihkan penghawa dingin dan ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah tanpa bantuan juruteknik iaitu menerusi produk 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner.

Ia adalah ejen pembersih berasaskan air yang mampu menanggalkan kesan kotoran, minyak, fungus, kulat dan pelbagai kotoran lain pada sirip penjeyuk dalam penghawa dingin. Ia juga berupaya membasmi 99.9% bakteria dan kuman bagi memastikan penghawa dingin anda berada dalam tahap maksima dan berfungsi dengan baik.


Bagaimana cara melakukannya? Hanya 5 langkah iaitu :

1)  Tutup suis penghawa dingin dan tanggalkan suis unit berkenaan

2) Keluarkan penapis dan cuci kotoran yang terkumpul

3) Semburkan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner ke arah sirip penjeyuk dari kiri ke kanan bermula dari atas.

4) Biarkannya selama dua minit bagi bahan itu menembusi ruang sirip penyejuk

5) Pasang kembali penapis ke dalam penghawa dingin dan pasang semula suis untuk sekurang-kurangnya selama 15 minit untuk mengeluarkan semua habuk yang masih tertinggal, bersama dengan air kondesai dan malalui paip saliran.

 

Tugas anda pun selesai! Ia langsung tidak perlu dibilas. Anda akan menikmati udara yang lebih  segar dan bebas bakteria dari penyaman udara.

Jadi, ambil peluang masa yang ada untuk melakukan kerja pembersihan. Apa yang pasti, arahan #dudukdiamdiamdirumah bukanlah satu perkara yang membosankan dan membuang masa.

 
 

Dapatkan produk3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner di Lazada atau Shopee hari ini.  Jika anda memerlukan maklumat lanjut, tips dan bagaimana cara terbaik untuk menggunakan produk WD-40® dan cadangan produk untuk masalah tertentu, sila layari www.wd40.asia/my.

*Membunuh  99.99 peratus Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan Candida albicans.
Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. bila RMO ni semua kena buat sendiri...nak panggil org dtg buat servis pun takut kot2 dia ada tu pembawa...untungnya kita jimat belanja dan pandai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Dapat jimat dan dalam masa yang sama social distancing terjaga

      Delete
  2. Senang nak cuci kan. Baru selesa duduk rumah

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com