Jumaat, 10 April 2020

COVID-19 | Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Di Hari Jumaat Ketika PKP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, segala bentuk perhimpunan dan aktiviti keramaian adalah dilarang. Malah, solat Jumaat juga turut tidak diadakan bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.

Hari ini dah masuk hari keempat Jumaat selepas PKP dilaksanakan dan digantikan dengan solat Zuhor di rumah. Adakah disunatkan lagi amalan sunat pada hari Jumaat jika sekiranya tergugurnya solat Jumaat disebabkan Covid-19 ini? Walaupun demikian, terdapat juga amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan bersama keluarga. Antaranya: 

1) Memotong Kuku


Memotong kuku merupakan satu amalan kebersihan yang diajar dalam Islam. Memotong kuku dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagipula, kita makan pun menggunakan tangan yang mana merupakan amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kesihatan dan kebersihan tangan bagi mengelakkan kekotoran yang ada pada tangan masuk ke makanan dan dalam perut kita.

2) Mandi Sunat Hari Jumaat


Sunat untuk kita memperkemaskan diri dan membersihkan anggota tubuh badan seperti mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

3) Baca Surah Al-Kahfi


Membaca surah Al-Kahfi antara surah pilihan yang mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapat. Antaranya ia dapat menghindarkan diri daripada fitnah Dajal dan banyak lagi.

4) Memakai Pakaian Yang Elok


Pemakaian yang elok, bersih dan kemas sangat dituntut terutamanya ketika hendak menunaikan solat. Tambahan lagi, pakaian yang elok memperlihatkan ciri-ciri dan peribadi seseorang Muslim terhadap orang lain.

5) Memakai bau-bauan


Semburkan sedikit perfume korang. Ini merupakan amalan sunat yang digalakkan lebih-lebih lagi ketika ingin menunaikan solat. Tapi, berpadalah dalam penggunaan wangian ye. Cukuplah sekadar keperluan dan bukannya berlebihan.

6) Banyakkan Berzikir, Selawat dan Doa
Berzikir, selawat dan doa tidak terhad selepas solat sahaja. Amalan ini juga digalakkan ketika memulakan sesuatu pekerjaan sehingga menyelesaikannya.

14 ulasan:

  1. Jom sama sama kita buat amalan sunat ni. Tambah pahala sama sama

    BalasPadam
  2. Terima kasih ingatkan. Kejap lagi nak potong kuku.
    Singgah sini.

    BalasPadam
  3. In Shaa Allah, akan beristiqamah utk melakukan semua amalan tersebut.

    BalasPadam
  4. nice reminder Leya..rindu nak tengok orang solat Jumaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu. Xpe.. #KitaJagaKita #StayAtHome. Bagi hapuskan pandemik ni

      Padam
  5. terima kasih untuk peringatan nya wakkkkkkkkkkkk.. semoga awak baik2 saja di sana ya !!

    BalasPadam
  6. skrng saya memang jadikan habit utk potong kuku on Friday..
    seminggu skali check da blh potong ke x.. tapi slalunya mmg akan trim
    hari jumaat. mula plan2 lama2 jadi biasa da =)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com