Sabtu, 15 September 2018

Kini Anda Boleh Main Tipu Dalam Monopoly Cheaters Edition

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada tak kat sini yang masih ingat dan suka dengan permainan Monopoly daripada Hasbro? Menariknya kali ini LeYa nak bagitahu korang yang suka bermain tipu dalam permainan ini kini boleh main tipu tanpa kena tangkap dalam edisi Monopoly Cheaters Edition

Monopoly Cheaters Edition dihasilkan kepada semua pemain untuk lebih berfikir dan mengelakkan diri daripada seberapa banyak kesalahan yang ada. Tapi Awas! Jika tertangkap, korang akan ditahan ke lokap berserta memakai gari tangan yang disediakan.


Kalau sebelum ni, Monopoli Klasik dikatakan telah mencetuskan perselisihan di kalangan para pemain. Jadi, Monopoly Cheaters Edition ini telah dikeluarkan dari satu kajian oleh Hasbro di mana hampir keseluruhan pemain permainan Monopoli suka menipu lebih-lebih lagi menginginkan duit bank. 

So, edisi penipuan ini memang terbaik kepada pemain yang suka menipu kerana boleh bermain tipu untuk menang. 


Monopoly Cheaters Edition didatangkan dengan peraturan yang memerlukan pemain bermain untuk mengikut segala peraturan, mengubah dan menipu bagi memenangi permainan itu. Ia sama seperti Monopoli sebelum ini. Yang paling kaya dan tak kena tangkap adalah pemenangnya. 

Edisi penipuan ini memungkinkan kesukaran untuk menghabiskan permainan kerana pemain boleh langkah petak dan mengambil duit lebih Monopoly bila melepasi GO serta melepaskan diri dari membayar tapak sewa kepada pemiliknya.



Cara bermain edisi penipuan ini sama seperti edisi yang biasa. Pemain perlu bermain dengan misi dan visi mereka untuk menang. Jadi, korang kenalah pandai merancang untuk membeli dan menjual hartanah serta mengumpul wang untuk menang. Teruja tak korang?

Korang kena betul-betul fokus dalam permainan Monopoly Cheaters Edition ini sebab penipuan amat digalakkan dan permainan akan menjadi lebih sukar sebab semuanya berusaha untuk mengambil duit secara senyap dari bank Monopoly dan tidak membuat sebarang pembayaran terhadap tapak-tapak yang disinggah kepada pemiliknya. 


Monopoly Cheaters Edition hadir dengan 1 papan permainan, 1 unit gari plastik, 6 token, 15 kad penipu, 22 kad Deed, 1 paket duit Monopoly, 16 kad peluang, 16 kad peluang menipu, 16 hotel, 2 dadu, 1 peraturan permainan dan 1 tray bank.. 


Monopoly Cheaters Edition kini boleh didapati di semua kedai permainan dengan harga RM103.70. Maklumat lanjut dan segala aktiviti terkini boleh dapatkan di laman web, https://www.hasbro.com/en-my.


14 ulasan:

  1. Wahh.. makin menarik edisi monopoly ni. Masa dulu slalu main juga, pernah jadi kaya miliki bnyk tanah dan hotel, pernah kena tangkap dan pernah juga kalah sampai bankrap haha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Semestinya semua pernah kena tangkap bila dah main permainan monopoly ni kan.. Ermm...best jugak kan kalau buat aktiviti bersama blogger main permainan ni.

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com