Khamis, 6 September 2018

AQINA, Pembekal Ayam Kampung Organik Pertama Diiktiraf Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita tahu dunia semakin mencabar berbanding sebelum ini. Ramai yang sudah tahu apa itu kualiti dan seringkali mereka menginginkan segala yang dilakukan semuanya fokus kepada keperluan yang berkualiti, lebih-lebih lagi dalam soal pemakanan.

Semua pun hari ini menginginkan makanan yang sihat dan dapat memberi tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Jadi, pemilik perniagaan AQINA telah menyedari kepentingan menyediakan ayam kampung organik yang terbaik untuk pelanggan mereka.


Pada 04 September 2018 dalam pelancaran produk Ayam Kampung Organik AQINA di KL Gateway Mall, AQINA Farm telah diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Encik Wesley Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan AQINA, dan turut disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Encik Yasser Arafat bin Zainal Rashid, Ketua Penolong Pengarah (Pemasaran Produk PKS) Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.



Ayam Kampung Organik AQINA telah terbukti mempunyai isi yang lebih padat, sihat dan juga terdapat peratusan lemak yang lebih rendah sebanyak 30% berbanding ayam konvensional. Ramai hari ini sudah mula peka dengan nilai nutrisi makanan, jadinya bahagian "Organik" telah mendapat sambutan yang sangat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar di kebanyakan pasaraya besar. Permintaan terhadap ayam kampung organik semakin meningkat dan sering menjadi pilihan kepada semua yang mengamalkan kehidupan sihat kerana ia mengandungi kurang lemak, bebas daripada ancaman toksin hormon dan masakan menjadi lebih enak.


Potongan daging yang lebih padat membuatkan ayam kampung organik menjadi pilihan protein yang sihat, menjimatkan masa memasak dan menjadikannya pilihan seisi keluarga. Sesiapa sahaja pun di antara kita tidak suka memakan makanan yang mengandungi racun, namun ayam yang diternak secara komersial mengandungi hormon, antibiotik dan sisa racun perosak yang mana mungkin ia menjadi ancaman kepada masalah kesihatan.

AQINA, pembekal "Pilihan Daging Sihat" telah dikenali sebagai peneraju ayam kampung sejak 20 tahun lalu. Ia juga dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar ayam kampung terbesar di negara ini. Beroperasi sebagai pusat sembelihan HALAL yang disahkan dan juga pusat pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas, Johor, AQINA mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 6,000 ekor ayam setiap jam. AQINA juga mempunyai kepakaran menternak ayam kampung secara tradisional dan organik yang mengambil masa lebih lama iaitu lebih dari 70 hari bagi mencapai ukuran optimal ayam itu tanpa pemberian antibiotik dan hormon pertumbuhan.


Pengarah Eksekutif Kumpulan AQINA, Encik Wesley Tan sangat gembira dengan posisi AQINA Farm sebagai ladang ternakan pertama di Malaysia yang telah menerima pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia dengan pensijilan myOrganic dan myGAP berkata, "Ayam Kampung Organik AQINA adalah unik dan mewakili kualiti yang paling tinggi bagi ternakan dalam pasaran organik di mana makanan bagi ayam-ayam AQINA diformulasikan menggunakan formula tersendiri yang mengandungi enzim bromelain semulajadi yang hanya terdapat pada nenas MD2 yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin B1, Kalium, mangan dan phytonutrients."


Dalam majlis itu juga, Dr. Gulam Shah bin Faizal Din merupakan pakar perunding veterinar profesional telah memberi ceramah kesihatan dan menegaskan kepentingan enzim bromelain sebagai probiotik dalam diet ayam. Enzim ini akan membantu meningkatkan imuniti dan memudahkan pencernaan. Jadi, sebab itu AQINA membekalkan Ayam Kampung Organik yang bebas daripada sisa antibiotik, hormon pertumbuhan dan mampu berdaya saing dengan ayam yang dipelihara secara konvensional.


AQINA Group juga berharap pada tahun-tahun yang mendatang, ia terus berkembang dan melabur dalam pemprosesan ternakan dan penghasilan penternakan ayam kampung dan menjadi pembekal inovatif sebagai pilihan daging yang lebih sihat kepada seluruh Malaysia, Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain melalui pemborong, peruncit dan juga rantaian makanan dan minuman (F&B).



8 ulasan:

  1. Mmg bagus ada pembekal ayam kampung organik yg diiktiraf. Kita lebih yakin klu nak ayam kampung malah lebih sihat sbb organik.. baguslah ada Aqina ni.

    BalasPadam
  2. Baguslah inisiatif menghasilkan ayam kampung organik nie. Lebih sihat dan jauh lebih berkualiti. Terima kasih Aqina krn menghasilkan ayam kampung organik ini secara komersial. Mudahlah utk semua menikmatinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Kita ada peluang untuk memilih sama ada untuk menjaga pemakanan sihat. Semuanya bermula dari kita sendiri.

      Padam
  3. Dulu pernah juga beli ayam organic ni... Tapi susah nak cari... Skrg senang la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul... Sekarang tak dapat di pasaran... Online kan ada..hehe..

      Padam
  4. sy memilih muslim owner produk. sekia

    BalasPadam
  5. Nampak produk ni dlm speedmart. sy terus google. sy percaya pemiliknya bkn muslim. tp ada sijil halal. dan syarikat ini menekankan yg produknya halal. sesiapa nk beli silakan sbb mmg dah ada sijil halal. tp sy berpendirian tegas muslim produk is my first choice.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com