Isnin, 17 September 2018

Imaan Suci Wipes - Tisu Lembap Pilihan Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Imaan Suci Wipes, tisu yang LeYa syorkan sangat terbaik kepada korang yang mencari tisu lembap kerana ia tidak mengandungi alkohol. Imaan Suci Wipes ini juga keluaran bumiputera Malaysia. Nak tahu bagaimana LeYa dah mula jatuh hati dengan tisu lembap ni, terus ikuti cerita di bawah ni ye.


Imaan Suci Wipes ini juga merupakan tisu lembap seisi keluarga. Koleksi tisu lembap tanpa alkohol ini semestinya berstatus HALAL. Kalau korang nak tahu lagi, bukan hanya ada 1 tapi ada 4 jenis Imaan Suci Wipes untuk memenuhi keperluan korang dan keluarga. Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza. Jom LeYa ceritakan sedikit fungsi yang ada pada setiap tisu ni.

1) Imaan Suci Facial Wipes - Biru


Imaan Suci Facial Wipes - Biru ini digunakan untuk menanggalkan makeup pada wajah korang. Jadi, peminat makeup dah tak perlu risau lagi. Korang boleh tanggalkan makeup sepantas 10 saat termasuk makeup tebal dan juga yang jenis kalis air (waterproof) dengan hanya menggunakan sehelai tisu sahaja. Menarik dan mudah kan!

Lagi menarik tisu Biru ni berbau wangi dan berfungsi untuk membersih, menyegar dan melembapkan kulit wajah kerana ia mengandungi vitamin E dan aloe vera. Imaan Suci Facial Wipes - Biru ni sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan berminyak.

HARGA

1 paket RM6
3 paket RM15
1 kotak RM85

2) Imaan Premium Wet Tissue - Merah Jambu (Argan Oil)


Tisu Argan Oil ni pula sesuai kepada kulit yang sensitif dan kering. Ia diperkaya dengan antioksidan yang berfungsi melambatkan kesan penuaan. Selain itu, ia mampu mengurangkan jerawat dan kesan parut.

HARGA

1 paket RM8
3 paket RM20
1 kotak RM120

3) Imaan Suci Family Wipes - Kuning 


Ini pula tisu yang digunakan untuk seisi keluarga termasuk bayi. Ia diformulasikan daripada madu, aloe vera dan vitamin E yang berfungsi menjaga kebersihan dan melindungi seisi keluarga. Ia boleh digunakan untuk:
  • Anak-anak yang sedang menyusu, makan, tukar lampin, muntah dan lain-lain
  • Aktiviti di luar rumah bersama keluarga (riadah, travel, sekolah & sukan)
  • Hilangkan bau badan (bertindak sebagai deodorant)
  • Penjagaan orang sakit dan kurang upaya
  • Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
  • Membersih peralatan mainan kanak-kanak, perabot dan lain-lain
HARGA

1 paket RM6
3 paket RM15
1 kotak RM85

4) Imaan Suci Feminine Wipes - Ungu


Imaan Suci Feminine Wipes - Ungu ini pula sangat bagus untuk menjaga kebersihan bahagian wanita. Ia dicipta khas untuk penjagaan zon intim wanita yang memerlukan penjagaan sebaiknya dan mempunyai tiga fungsi utama iaitu membersih, menyegar dan melindungi kawasan tersebut. Ia diformulasikan daripada ekstrak daun SIREH & pati MAWAR secara semulajadi, tanpa alkohol dan tanpa kimia berbahaya.

Seperti yang kita tahu, daun SIREH merupakan sumber asli yang mengandungi anti septik dan mampu membunuh kuman serta antioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat selain berkhasiat mengatasi masalah kegatalan, bau dan mencegah kuman. Manakala pati MAWAR pula sebagai penyeimbang PH (3.5 - 4.5) dan memberi rasa segar, nyaman dan sejuk pada kulit.

HARGA

1 paket RM6
3 paket RM15
1 kotak RM85

Yang penting ia bersaiz poket dan ringan. Nak bawa ke mana-mana pun mudah.

Selain itu, Imaan Suci Wipes juga ada mengeluarkan produk kesihatan iaitu TEA ZERO BELLY FRUITEA DAILY DETOX. Imaan Fruitea Daily Detox ini adalah 100% gabungan daun teh dan juga buah-buahan seperti Mulberry, Passion Fruit, Soursoup dan Candle Bush. Ia bebas dari bahan kimia berbahaya. Jadi, kepada yang tercari-cari produk untuk detox, boleh cuba minuman kesihatan ini.


Imaan Fruitea Daily Detox menjadi pihan ramai wanita kerana bau wangi, rasa sedap dan sangat membantu mengekalkan berat badan.

Pengambilan teh buah bersama diet pemakanan yang seimbang dan aktiviti yang sihat bakal membantu wanita mencapai impian berikut:
  • Mengempiskan perut yang buncit
  • Menyelesaikan masalah obesiti
  • Lawas dan badan rasa ringan
  • Menyelesaikan masalah sembelit
  • Membuang angin dalam badan
Produk ini juga telah disahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation.


Cara minum teh buah ini dengan hanya rendam uncang dalam cawan atau mug berisi air panas. 

Tujuan pencernaan - sehari 1 uncang
Tujuan kurangkan berat badan - sehari 2 uncang
Tujuan kekalkan berat badan - 3 kali seminggu

Ia boleh diminum oleh individu berumur 7 tahun ke atas dan sesuai juga kepada ibu menyusu. Namun, ia tidak digalakkan untuk wanita mengandung.

HARGA
RM55 (25 uncang)


Bagi korang yang berminat untuk membeli atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk maklumat di bawah:

Facebook


Instagram

Website

Telefon
019 - 3922 261 (Zira)

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kan... comel je kan... Pastu senang dibawa ke mana-mana..

      Padam
  2. Pernah juga guna tisu ni. Mudah nak2 time nak solat nak kasi clearkan makeup. nanti boeh tambah stocklah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Ia mudah menghilangkan kesan makeup di kulit wajah kita. Jadi, senang lah nak solat kan

      Padam
  3. Mmg bagus ada Iman suci wipes ni. Boleh guna tanpa was-was utk jaga kebersihan dan juga kesucian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... LeYa pun dah mula rasa jatuh hati dengan tisu lembap tanpa alkohol ni

      Padam
  4. Yeahhh kita consume jugak Zero Detox tu.. Terbaik..

    BalasPadam
  5. bagusnya wipes ni..product tanpa alkohol keluaran bumiputera pulak tu..semoga terus cemerlang buat tuanpunya produk ni

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com