Jumaat, 7 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah lama juga LeYa tak join Lazada Blogger Contest ni kan. Jadi, untuk kali ini LeYa cuba lah merealisasikan impian untuk menceburkan diri join Shopathon Blogger Contest yang dianjurkan Lazada untuk bulan September ni. Sempena 9.9 Festival Sale, Lazada ada buat tawarkan jualan hebat yang akan berlangsung pada 6 September hingga 9 September 2018 ini. 

Aha! Pasti ramai teruja kan. Mana taknya, barang-barang semua akan dijual murah-murah. Memang rugi lah kalau tak shopping masa Lazada buat tawaran hebat ni. So, korang save the date ye dan selamat bershopping lah nanti di Lazada 9.9 Festival Sale.

Select three products on Lazada that you have always wanted to buy

Apa ye tiga produk yang LeYa nak sangat beli? Owh ye... Jom tengok bawah apa yang LeYa inginkan.

1) LG 55" Series 4K UHD HDR Smart TV (Magic Remote + Bracket)

Sebelum ni, TV yang ada di rumah LeYa ni adalah hasil ikhsan ayah LeYa sendiri yang meminjam TV di bilik tidurnya memandangkan rumah LeYa tidak ada TV. Terima kasih LeYa ucapkan buat ayah tersayang. Siapalah kita untuk menidakkan kasih sayang seorang ayah kan. So, dah lama juga lah LeYa pendam dan kumpul duit untuk memiliki Smart TV ni. Harga pun nampak Lazada dah bagi promosi gila-gila punya. Semoga impian LeYa memiliki Smart TV ni tercapai lah ye.. Ekeke...

2) BAHAGIA Peyton 2+3 Seater Sofa Set

Apa yang membuatkan seorang wanita itu bahagia ialah apabila rumah yang didiaminya dilengkapi dengan segala kemudahan dan keselesaan untuk seisi keluarga. Bukan jenis yang memilih, tetapi bila dah membeli tu, seeloknya la pilihan barangan lebih berkualiti dan harga berbaloi. 

Kalau LeYa beli sofa 3+2 seater ni, mudah lah keluarga sebelah LeYa atau Otomen datang nanti. Tak perlu lagi tak cukup tempat duduk kan. Selesa sangat dapat duduk sofa baru.

3) Canon EF 75-300mm f/4-5.6 III Lens

Ya! Rasanya korang tahu kan yang LeYa dan Otomen ni Part Time Photographer. Jadinya, untuk kelihatan lebih cool dan gambar tampak lebih menarik, LeYa memang berkeinginan untuk memiliki Lens ni. Kebetulan 9.9 Festival Sale telah menjadikan harga Canon EF 75-300mm ni RM386.00. Dah murah sangat ni. Sales lebih dari 51% tuh...

Siapa lagi lah nak bagi kan?

9.9 Festival Sale akan berlangsung pada 6 September hingga 9 September 2018. Jadi, apa tunggu lagi? Jom serbu dan cuci mata di Lazada Malaysia sekarang!

Dan.... Jangan lupa untuk doakan LeYa menang contest ni ye. Korang pun yang berminat nak join contest ni boleh lah klik Shopathon Blogger Contest. Yang nak terus shopping, jom klik 9.9 Festival Sale.

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Aah...kerajinan nak join.. Jomnlah join kalau nak.. Ade rezeki mana tahu boleh menang..hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com