Wednesday, 26 September 2018

Keropok Lekor Terengganu Kini Ada Di Rara Lekor, Bangi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bangi bukanlah lokasi percutian atau tempat peranginan yang menjadi tumpuan pelancong serata negara seperti Port Dickson, Pulau Langkawi atau Bandaraya Kuala Lumpur. Namun, hari ini Bangi dikatakan syurga makanan dan pusat membeli-belah. Banyak carian tentang tempat makan menarik telah menaikkan nama Bangi ke pelusuk tanah air. 

Demi memenuhi pencarian pengunjung Blog LeYa tentang lokasi rehat dan santai sambil menikmati minum petang di sebuah cafe memang menjadi trending hari ini. Untuk kali ini, LeYa ingin berkongsi satu lokasi menikmati hidangan keropok lekor asli dari Terengganu yang berada di Bandar Baru Bangi.


Minum Petang Nikmati Keropok Lekor Terengganu

Jika sebelum ini, untuk menikmati hidangan keropok lekor yang benar-benar sedap dan asli hanya perlu ke Terengganu. Tetapi, hari ini korang boleh menikmatinya hanya di Rara Lekor, Bangi

Rara Lekor yang baru sahaja beroperasi pada April 2018 dan diasaskan oleh Encik Azrul dan Puan Rahmah ada menyediakan pelbagai jenis keropok lekor yang korang boleh cuba. Antaranya keropok lekor goreng, keropok lekor rebus, keropok lekor cheese, keropok keping ikan tamban dan tidak ketinggalan sosnya yang sedap dan dibuat sendiri oleh mereka.




Walaupun ia lebih sinonim dengan keropok lekor, cafe ini juga menjual makanan lain seperti sata dan otak-otak yang bagi LeYa cukup sedap dan tidak cukup dengan satu. Pasti nak lebih. Hehe...

 

 

Keropok lekor cheese antara kegemaran LeYa kerana terdapat lelehan cheese di dalamnya. Antara faktor yang menyumbang kepada keenakan keropok lekor ialah kandungan ikannya selain kemahiran pengusaha dan pekerja meletakkan garam dan gula secukup rasa. Hidangan keropok lekor dan sata yang disediakan di cafe ini memang cukup sedap untuk dinikmati di waktu-waktu petang. Sos cicah yang disediakan di atas meja juga sangat sedap.

Rasa sekali, pasti nak lagi!
Rasa ikan sebenar!

  

Mengenai produk dan harga keropok lekor yang korang boleh dapatkan di Rara Lekor ini ialah:

  • Keropok Lekor Goreng Vakum = RM8 sebungkus (20 batang keropok)
  • Keropok Lekor Rebus Vakum = RM8 sebungkus (5 batang panjang keropok)
  • Keropok Lekor Cheese Vakum = RM12 (20 batang keropok)
  • Sos = RM5 sebotol
  • Keropok Keping Ikan Tamban = RM15 sebungkus (450gm)


Secara keseluruhannya, LeYa bagi 4.5/5 bintang untuk cafe Rara Lekor ini. Cukup tinggi bintang yang diberi kerana ia benar-benar menepati citarasa pelancong tempatan mahupun luar negara yang menginginkan kelazatan keropok lekor asli dari Terengganu.


Maklumat lanjut, boleh follow seperti yang tertera:

Alamat
Lot 1469, Jalan Pawang, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

No Telefon
012 - 6479769

Facebook

Instagram
Reaksi kOrang:

10 comments:

  1. Replies
    1. Memang sedap... Jom nikmatinya hanya di Rara Lekor, Bangi

      Delete
  2. Lamanya tak makan keropok lekor....sebelum-sebelum ni kirim kawan yang balik Terengganu belikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah boleh makan di sini je.. Xyah jauh-jauh kan..hehe..

      Delete
  3. Suka keropok lekor...jenis yang macam ni...dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Boleh je akak nak singgah nanti.. Dah dekat dah tu

      Delete
  4. Sedap weh lekor terengganu, terasa ikannya! Yang paling saya suka tu yang namanya losong tu. Tetiba rasa nak cari lekor la pulak haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Apa lagi jom singgah Rara Lekor di Bangi je..

      Delete
  5. favorite akk ni..dulu suka beli kat pasar malam tapi sekarang mcm tak berbaloi sbb sikit dan mahal. Kalau dulu boleh beli banyak2 kat Pasar Keramat tapi sekarang dah org tu tak jual jadi kena tunggu sedara mara balik Pantai Timur utk dapat makan pastu sos dia sedap tak macam yg dijual kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah boleh dapatkan di area Bangi je.. Xyah tunggu sedara blk pantai timur dah...hehe

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com