Monday, 4 November 2019

Sajian Hong Kong Yang Enak Hanya Di EATZ @ Hong Kong, The Gardens

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Owh Yeah!!! Saat yang dinantikan tiba. Menunggu waktu cuti Mr. Otomen Taro untuk jalan-jalan menikmati sajian luar di hujung minggu. So, kali ni LeYa dan Otomen Taro mencuba untuk berjimat dengan membelanjakan hanya RM100.00 di EATZ @ Hong Kong yang terletak di The Gardens, Kuala Lumpur. Apa yang menarik? Jom ikuti Blog LeYa.


EATZ @ Hong Kong

Korang pasti kadang-kadang teringin nak cuba masakan Chinese Style kan. Lagi penting sekarang ni, Muslim Friendly. Aha! LeYa nak bagitahu korang ni, EATZ @ Hong Kong merupakan restoran makanan cina yang menyajikan hidangan yang enak dan unik. EATZ @ Hong Kong ini diterajui oleh Ketua Chef, Kak Noor yang sangat arif dengan citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum.  Dekat menu je terdapat lebih 100 menu menarik yang dihidangkan.


EATZ @ Hong Kong ni menyediakan pelbagai menu pilihan dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Ada juga snek ringan bagi mereka yang ingin bersantai dan light menu. EATZ @ Hong Kong juga menampilkan citarasa authentic Hong Kong kepada semua pencinta makanan Chinese Style




Dengan suasana restoran yang cukup cozy dan selesa, LeYa pasti ramai akan sukakannya. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi dengan kelaparan perut kami yang melampau, LeYa dan Otomen Taro pun membelek satu persatu menu yang ada. Ehheemmm... Nampak semuanya menarik di situ! Tapi harus diingat! Kami kena berjimat dengan membelanjakan hanya RM100.00 sebagai satu usaha menggayakan duit perbelanjaan kami ke arah yang lebih penting. Hahaha... Acah kaw di situ LeYa.

Dan, semestinya kesemua menu yang dipesan sangatlah berbaloi dan sedap. Jom tengok apa yang kami pesan.

Hot Lemon Tea (RM5.80)

Red Bean Punch (RM9.80)

Benda pertama yang Otomen tak boleh nak ubah ialah minuman Teh O dia ni. Mana-mana kedai makan, mesti minuman ni saja yang dipesannya. Hahaha... Agak takde minuman lain nak di try. Its okay lah kan. Citarasa Otomen. Dan LeYa pula memilih untuk mencuba minuman Red Bean Punch yang mana ia adalah kombinasi air batu campur yang dikisar dan diletakkan dengan Kacang Merah dan susu segar. Rasanya? Auuummmm.... Memang sedap dan manis!

Swiss Sauce Chicken Wings Rice (RM16.80)

Ini memang rasanya kita sebagai orang Melayu dan Malaysia pasti cari makanan rutin iaitu Nasi. Bila dah dapat nasi, baru perut rasa kenyang dan aktif. Jadi, sekali lagi Otomen memesan hidangan Swiss Sauce Chicken Wings Rice sebagai Main Course kami. 

Memang berbaloi sangat sebab portionnya yang banyak dan boleh dimakan untuk dua orang dengan nasi, kepak ayam dan sayuran segar berserta sos nya yang sedap dan unik. Rasa sos tu LeYa boleh katakan semua rasa ada - masam, manis, pedas, masin.... Complete! Memang unik dan terbaik.

Australian Beef Striploin (RM37.80)

Menu kedua yang kami cuba! Favourite LeYa dan Otomen bila dapat tahu ada hidangan ni. Australian Beef Striploin ni kami minta ia dimasak dengan teknik Medium Rare untuk memberikan rasa daging tu lebih segar dan sedap ketika dimakan. 

Apa yang boleh LeYa katakan tentang Australian Beef Striploin ni? Ternyata sangat sedap dengan dagingnya yang lembut dan juicy. Masa first tengok macam tak cukup je. Tapi bila dah makan memang kenyang. Ditambah lagi dengan kentang goreng dan sayur brokoli segar. Memang tak dapat digambarkan keenakan hidangan ni. Korang must try kalau singgah ke EATZ @ Hong Kong ni tau!

Chicken Popcorn (RM11.80)

Tak cukup itu. Kami tambah lagi dengan menu Chicken Popcorn yang didatangkan di dalam bucket dan sos pencicah. Ya Allah! Rangup dan sedap tak terkata guysss lepas gigitan pertama memakan Chicken Popcorn ni. 

Peek-A-Boo (RM19.80)

Yeehaa! Inilah pilihan kegemaran LeYa yang dinanti-nantikan. Pilihan desserts juga ada pelbagai dan LeYa memilih untuk menikmati desserts Peek-A-Boo yang mana ia mengandungi pisang, aiskrim vanilla dan muffin cake yang di dalamnya ada coklat yang sedap sekali. Memang berbaloi dan kesemua yang kami order sangat sedap.

MS Souffle (RM15.80)

Banyaknya kau order LeYa oooiii... Okay ni part last. Korang kalau singgah ke EATZ @ Hong Kong, jangan lupa untuk cuba rasa MS Souffle ni taw. Memang sedap dan recommended

Selain itu juga, di atas meja terdapat tambahan cili untuk sesiapa yang inginkan lebih kepedasan. Maklumlah rakyat Malaysia ni kan suka yang pedas-pedas. So, memang ada disediakan untuk yang kaki pedas macam LeYa. Hahaha....


Settle makan! Perut kami kekenyangan sangat dan berpuas hati dengan semua hidangan yang dipesan. Korang yang nak datang dan lalu lalang di The Gardens Mall ni, LeYa sarankan singgah dan rasai kelazatan hidangan di sana. Memang sure and confirm tak akan menyesal punya. Harga pun affordable sangat-sangat.


Lokasi
Mid Valley Megamall, Lot LG-240, Lower Ground, 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.

Website

Facebook

Instagram
Reaksi kOrang:

14 comments:

  1. Wau.. Npk sedap dah lama xmkn chinese food

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak.. Jom makan di EATZ @ Hong Kong..

      Delete
  2. Memang sedappp..mcm kena try je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Abg Art kena try taw. Bawak satu family makan sini nanti.. Hee..

      Delete
  3. Nampak sedap sy percaya mmg sedap

    ReplyDelete
  4. Wahh nampak sedap, tapi harga mcm boleh tahan juga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Kena bajet-bajet lah nak makan ape ye

      Delete
  5. Ya ampun. Sedap menu2 tu semua. Tempat pun selesa. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  6. macam menarik je...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeehaa... Memang menarik dan sedap.. Wajib try taw! Hee...

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com