Monday, 9 September 2019

Refleksi Diri Dalam Program Nak Ubah Hidup Dr Azizan Osman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernah tak korang rasa nak buat perubahan hidup?

Ada tak korang rasa macam tak berlaku apa-apa perubahan dalam hidup korang sekarang?

Tanggal 30 Ogos lalu, LeYa belajar betapa pentingnya refleksi dalam memperbaharui kehidupan. Jika kita di tempat biasa kita, mungkin kita tidak sedar dan tidak dapat mengenali diri, tujuan hidup dan paling penting mengubah aspek kehidupan yang pastinya memerlukan satu pembaharuan.

Bukan mudah ye untuk meneliti diri secara jujur dan ikhlas. Ia memerlukan kelengkapan persiapan diri yang benar-benar inginkan perubahan dan mengakui segala kesilapan dan kelemahan diri.


Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman

Selama 3 hari telah berlangsung Program Nak Ubah Hidup anjuran Richworks International Sdn Bhd di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor. Dalam 3 hari ini, lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri SCCC dari pagi hingga ke malam. Yang menariknya tentang program ini adalah ia dapat membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. 


Bercakap mengenai RichWorks International, selama 11 tahun dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang dapat kita lihat, semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu halatuju sebenar untuk berniaga. 


Akibat dari kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Atas desakan ramai pihak, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu kepada lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.



Menariknya pada kegagalan beliau dalam bisnes membawa beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang dan pada saat itulah beliau berjanji jika beliau berjaya, beliau ingin membantu seramainya anak bangsa dalam ilmu perniagaan yang beliau dapat dari mentor-mentor di luar negara.

Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu. 


Hari ini (30 Ogos - 1 September 2019), kehadiran peserta telah mencecah lebih dari 12,000 hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan pada 4 bulan lalu. Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama membantu usahawan tempatan membina bisnes sehingga berjaya. Antara bukti kejayaan usahawan yang telah meraih jualan jutaan ringgit setahun ialah Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi.

Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang gegak gempita di dewan SCCC, Setia Alam. 

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah. 


Apakah Proses Pembaharuan Diri Dalam Nak Ubah Hidup & Berjaya?

Amat penting ilmu Nak Ubah Hidup ini untuk memperbaharui dan refleksi diri. Apa yang menariknya lagi, 'merdeka' dan 'hijrah' adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana peserta-peserta yang hadir menginginkan matlamat untuk memerdekan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi serta mahu berhijrah dari keadaan hidup yang lebih berganda hebatnya.

Lebih seronok dan manisnya dalam program ini adalah ia turut dihadiri selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi.


Biarpun refleksi dan pembaharuan adalah proses yang rumit, namun sebahagian besar kejayaan ramai usahawan hari ini adalah kerana mereka melalui proses tersebut secara berterusan.


Korang terlepas? Dan menginginkan untuk menjadi sebahagian dari peserta Program Nak Ubah Hidup 2020? Inilah masanya! Sertai dengan mengklik pautan di bawah untuk menjadi yang terawal dalam NUH2020. Jom!



Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. Dr. Azizan memang terbaik dalam memberi motivasi dan hasil dari bengkel yang diadakan telah membantu ramai usahawan

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com