Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan

Selasa, 7 September 2021

Tawaran Menarik Beli Emas dan Barangan Malaysia di PG Mall

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bermula episod PKP pada Mac 2020 yang lalu, ramailah dalam kalangan kita mengambil inisiatif untuk membeli barang-barang keperluan secara atas talian. Selagi masih ada pandemik Covid-19 ni, LeYa pun prefer membeli belah barangan secara online. 

Tidak kiralah apa barangan sekali pun. Jika diberi kesempatan dan rezeki untuk membeli online, LeYa akan menggunakan platform online ni sebaiknya. Bak kata orang, “Mencegah sebelum terlambat”. #StayAtHome. Yang menariknya kali ini LeYa nak kongsikan terutama kepada kaum wanita. Tipu la LeYa cakap kalau perempuan kat luar sana tak sukakan emas. Jom ikuti cerita best kat bawah!

Beli Emas dan Barang Keperluan di PG Mall

Okay… Korang mesti ternanti-nanti kan cerita emas ni. Kat sini LeYa nak kongsikan dengan korang satu website e-Commerce yang korang boleh beli emas secara online iaitu di PG Mall. PG Mall ni antara platform e-Commerce yang tidak asing lagi di Malaysia. Ia adalah satu-satunya platform e-commerce buatan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2017. Platform ini menawarkan pelbagai keperluan harian kita seperti perhiasan rumah, barangan dapur, koleksi pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi, barangan elektrik serta banyak lagi. Senang cakap, korang boleh beli-belah dalam satu platform sahaja. Tak perlu dah nak ke mana-mana lagi. Korang boleh terus akses ke laman web https://pgmall.my/ ataupun boleh muat turun aplikasi Pg Mall melalui App Store dan Google Play Store.


Tawaran Hebat Pembelian Hanya di PG Mall

1) Kempen Beli Barangan Malaysia

PG Mall ada mengadakan kempen “Beli Barangan Malaysia” sepanjang bulan September sehingga 31 Disember 2021 dengan hashtag #KempenBeliBaranganMalaysia. Korang boleh layari laman web PG Mall untuk melihat pelbagai barangan tempatan menarik di link https://pgmall.my/KBBM-2021. 

Kempen Beli Barangan Malaysia ni korang boleh membeli-belah barangan keperluan rumah seperti makanan, penjagaan diri, pakaian dan lain-lain. Menerusi sokongan kita dalam kempen ini, secara tidak langsung kita juga membantu menaikkan kembali ekonomi negara kita yang sedang terjejas akibat Covid-19 dan pelaksanaan PKP.


Untuk kempen ini, korang boleh gunakan kod promosi seperti berikut:

a) Kod Promosi (New Shopper): KBBMNEW10, diskaun sebanyak RM10 OFF dengan pembelian minimum RM30
b) Kod Promosi (Existing Shopper): KBBM5, diskaun sebanyak RM5 OFF dengan pembelian minimum RM30
c) Kod Promosi (Existing Shopper): KBBM10, diskaun sebanyak RM10 OFF dengan pembelian minimum RM50

2) 916 Gold Day

Bagi peminat emas pula, PG Mall turut mengadakan promosi 916 Gold Day bermula pada 15 hingga 17 September 2021. Harga yang ditawarkan sangat-sangat murah sebab PG Mall tawarkan harga kilang dan penghantaran juga adalah percuma.


Untuk kempen ini, korang boleh gunakan kod promosi seperti berikut:

a) Kod Promosi (New Shopper): diskaun sebanyak RM25 OFF dengan pembelian minimum RM400
b) Kod Promosi (Existing Shopper): diskaun sebanyak RM20 OFF dengan pembelian minimum RM400
c) Kod Promosi (Existing Shopper): diskaun sebanyak RM40 OFF dengan pembelian minimum RM600

Korang juga boleh tonton di FB Live Promotion setiap hari 24 jam untuk tawaran RM20 OFF dengan pembelian minimum RM400. Nak tengok pelbagai pilihan emas, korang boleh layari https://pgmall.my/916-Gold-Day.


Kenapa Korang Perlu Beli-Belah di PG Mall

Of course lah kan dapat jimatkan masa, tenaga dan paling penting jimatkan petrol kita. Takyah nak keluar rumah kan... Yang lagi best lagi, produk-produk yang sampai depan rumah, semuanya berkualiti. Memang berbaloi sangatlah kalau shopping kat sini. 

So… Apa tunggu lagi? Jom ajak ramai-ramai untuk shopping online di platform PG Mall ni. Time nil ah korang nak pujuk suami korang nak belie mas tu. Hehehe… Harga murah sangat dah tu! 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti di bawah

Website: www.pgmall.my

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #KempenBeliBaranganMalaysia #916GoldDay2021 #GoldDay

Ahad, 18 April 2021

Jom Daftar Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Okay, kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua tentang bagaimana NAK MULA BISNES? Korang nak tahu tak? Jom teruskan bacaan kat bawah.

Zaman teknologi hari ini, kita semua tahu semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd, sebenarnya banyak je peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.

Walau bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti yang diharapkan.

"Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju."

"Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga.


RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Istagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.

Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).



RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.

  
"Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, 'elmu', sistem, tindakan dan impian.

"MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup," jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, Program Virtual Online  Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.

Peserta yang berminat, boleh membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk tempahan tiket bagi kehadiran program virtual online ini.

Apa tunggu lagi???

Beri peluang korang kepada diri sendiri untuk sertai dan dapatkan sebanyak ilmu yang terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu bagaimana nak mula dalam bisnes.

Mulakan langkah korang sekarang!!!

Selasa, 23 Mac 2021

RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Yang Terkesan Pandemik Dalam Edisi Khas Nak Ubah Hidup 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kemunculan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah menjadi risiko perniagaan yang tidak dijangka kepada ramai usahawan. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan pandemik itu menyebabkan pemberhentian banyak sektor perniagaan.

Lanjutan itu, RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) ingin membantu orang ramai terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara, pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan membina bisnes yang berjaya.

Katanya lagi, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan juga lebih baik.

Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.

Menerusi Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, RichWorks ingin membantu dan membimbing lebih ramai lagi terutama bangsa usahawan yang berdepan dengan cabaran dan kesusahan yang dihadapi ketika pandemik ini.

Oleh yang demikian, satu program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac secara PERCUMA yang mana ia telah bantu ubah malah menambah baik kehidupan orang ramai.

DAFTAR BINA BISNES BERJAYA - EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP HARI INI SECARA PERCUMA!!!

"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.

"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.

Justeru, program ini merupakan platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk kembali memulakan langkah pertama serta terus keluar daripada situasi yang dihadapi sekarang.

Korang rasa nak ada kemahuan untuk hidup lebih baik?

Nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga?

Suri rumah nak jana pendapatan bantu keluarga?

Inilah masanya untuk korang mengorak langkah kejayaan dengan menghadirkan diri ke program ini.

"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Edisi Khas Nak Ubah Hidup 2021 boleh layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com

Jumaat, 18 Disember 2020

Motivasi : Capai Kejayaan Menerusi Program Kuasai Marketing 2021-Formula Zero Kos bersama RichWorks

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Siapa yang taknak kaya kan? Setiap hari rata-rata semua dari kita berimpian untuk mencapai matlamat dan kejayaan. Hari semakin hari, masa semakin mencemburui kita. Kejayaan yang kita hendak capai juga semakin bergerak laju. Kadang-kadang kita merasakan terlalu tumpu pada objektif sehingga kita tidak punyai masa untuk mecapai kejayaan. Apakah sebabnya?

Bagi membantu setiap persoalan anda yang ingin mencapai kejayaan, jom tengok dan baca selanjutnya di bawah ini.

Kita sudah kenal dan tahu dengan sebuah syarikat ternama, RichWorks International Sdn Bhd yang dikelolakan oleh seorang pakar motivasi terkemuka tanah air, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Beliau juga merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia's No. 1 Business, Marketing & Leadership Coach yang berupaya membimbing lebih jutaan peserta dalam mencapai matlamat dan kejayaan menerusi strategi dan metodologinya. RichWorks juga berpengalaman lebih 12 tahun sejak tahun 2008 lagi dalam menganjurkan acara dan seminar terbesar, melatih lebih daripada 10,000 syarikat dan 1.1 juta peserta dalam 1,500 acara dan seminar. Dalam erti kata lain, RichWorks diibaratkan "Netflix" pendidikan usahawan yang akan membantu 100 juta pelanggan lagi menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian. 

Kejayaan sangat berkait rapat dengan cara kehidupan kita. Sebanyak 777 usahawan yang terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini. 

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut merupakan peserta yang lahir dari Program Mentoring di mana Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan telah menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10% berbanding tahun lalu.

Mencapai kejayaan adalah pengalaman yang sangat positif kerana ia mampu menambah nilai kepada diri kita sendiri dan mampu membuang ego yang tercipta pada diri kita selama ini. Mencapai kejayaan merupakan kemenangan peribadi. 

Jadi, daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5% pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Manakala, bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9% iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.

Kenaikan ini menunjukkan bahawa kita semua suka dan nak MENANG. Oleh yang demikian, sebab itu latihan dan bimbingan yang disediakan RichWorks sangat-sangat terbukti berkesan mampu membantu usahawan-usahawan untuk bisnes terus berkembang maju sekaligus menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.

Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan dan bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.

MAKLUMAT PROGRAM : PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING

Tarikh | 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)

Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang

Tempat | Aplikasi Zoom Webinar

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan yang nak ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Jadi, perjuangan RichWorks terus-terusan melatih dan membimbing PKS untuk membantu usahawan daripada Zero to Million! Dan ia diteruskan menerusi Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.

Kita tahu sejak Covid-19 melanda, ramai terjejas dari segi kewangan dan juga untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Oleh itu, RichWorks selaku syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia berjaya membantu lebih 400,000 usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu para usahawan yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia. 

Nak Kuasai Marketing 2021?

Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?

Ingat lagi sales pernah RM0?

Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?

Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?

Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?

Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?

Dah capai RM 1 juta yang pertama?

What's Next?

KUASAI MARKETING 2021 ANDA SEKARANG!!! 

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah. Kenapa tidak anda juga turut berubah untuk mencapai KEJAYAAN dalam kehidupan demi membantu lebih ramai lagi yang memerlukan. 

Nak Formula GANDAKAN ZERO '0' dalam Sales anda?

Inilah peluang terakhir sebelum menjelang tahun 2021. RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA! Anda hanya perlu layari website www.zerokosmarketing.com untuk maklumat lanjut dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang betul-betul berminat untuk berubah juga. Ayuh! Join Sekarang.

Rabu, 20 Mei 2020

Shopping Di PG Mall dan Dapat Pulangan Tunai Sehingga 20% Dengan Maybank QRPay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tawaran menarik menanti anda lagi! Kali ni lebih banyak promosi! Lebih banyak diskaun dan lebih banyak pulangan tunai yang boleh korang menangi. Kita sedar dan tahu yang membeli-belah atas talian hari ini bukanlah satu perkara baru malah ia semakin menjadi trend dan gaya hidup lebih-lebih lagi buat orang yang sibuk bekerja dan suri rumah sepenuh masa yang tiada masa untuk keluar. Malah, bukan itu sahaja, dengan PKP ini lagi, tidak hairan ramai memilih untuk online shopping. Jadi, hari ini LeYa nak kongsi dengan korang semua di mana korang boleh berbelanja dengan lebih berhemat dan dalam masa yang sama berpeluang merebut tawaran diskaun tanpa perlu susah payah keluar rumah. Nak tahu apa dan di mana? Jom ikuti artikel di bawah ni sehingga habis.


LeYa nak bagitahu yang PG Mall merupakan online shopping mall yang menawarkan pelbagai jenis produk seperti barangan keperluan dapur, barangan elektrik, perhiasan rumah, koleksi pakaian, barangan perhiasan wanita, beg, kasut dan banyak lagi. Menariknya kali ini PG Mall ada buat promosi untuk korang dengan cara pembayaran melalui Maybank QRPay. Best kan!

Tak payah lah susah-susah nak buat online transfer atau isi butiran kad debit dan kad kredit lagi kan? Guna je Maybank QRPay, memang mudah! Korang hanya scan dan bayar.


PG Mall adalah platform perdagangan (e-Commerce) nombor 1 Malaysia dan juga satu-satunya e-commerce platform tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2017. Platform ini menawarkan pelbagai keperluan harian kita seperti perhiasan rumah, barangan dapur, koleksi pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi, barangan elektrik serta banyak lagi. Senang kata, korang boleh dapatkan semuanya dalam satu platform sahaja. Tidak perlu nak ke mana-mana lagi kan! PG Mall boleh diakses melalui laman web https://pgmall.my// ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play.


Pulangan Tunai Sehingga 20% Dengan Maybank QRPay

Maybank QRPay Cashback juga ada menawarkan pulangan tunai 20% serta merta dengan minimum perbelanjaan RM30 melalui PG Mall.  Korang hanya perlu bayar menggunakan Maybank QRPay.
Setiap pengguna atau pembeli layak menikmati pulangan tunai ini sebanyak 2 kali sebulan bermula dari 4 Mei – 26 Jun 2020. Kiranya korang dapat 2 kali penjimatan denan setiap pembelian, 2 X RM20 = RM40. Untung kan!

Kat sini juga kalau korang nak menjana pendapatan dengan PG Mall, boleh baca di artikel ini, Jana Pendapatan Tanpa Modal dengan PG Mall. Dalam artikel tersebut akan ada cara dan bagaimana untuk memulakan perniagaan tanpa modal dengan PG Mall.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

Facebook

Instagram

Rabu, 13 Mei 2020

Jana Pendapatan Tanpa Modal Dengan PG Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedar tak sedar dah tinggal beberapa hari sahaja lagi nak Raya kan? Okay… LeYa tahu sekarang ni kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. Jadi, dengan arahan kerajaan untuk #StayAtHome ni, mesti ada di kalangan korang yang masih tiada kerja dan tiada pendapatan? Jangan pening-pening! Jom LeYa kongsikan dengan korang satu berita menarik lebih-lebih lagi buat peniaga di Malaysia untuk menambah pendapatan melalui konsep ConsuMerchant di PG Mall. Jom!


Mengenai PG Mall

PG Mall adalah platform perdagangan (e-Commerce) nombor 1 Malaysia dan juga satu-satunya e-commerce platform tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2017. Platform ini menawarkan pelbagai keperluan harian kita seperti perhiasan rumah, barangan dapur, koleksi pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi, barangan elektrik serta banyak lagi. Senang kata, korang boleh dapatkan semuanya dalam satu platform sahaja. Tidak perlu nak ke mana-mana lagi kan! PG Mall boleh diakses melalui laman web https://pgmall.my/ ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play.


LeYa tahu ada ramai dalam kalangan rakan-rakan LeYa yang berniaga dan terjejas sedikit pendapatan korang dengan PKP ni. Jadi, ini mungkin peluang keemasan untuk korang di mana PG Mall mengalu-alukan kedatangan peniaga yang ingin berniaga di platform ini tanpa modal pun.

Merchant Recruitment Incentive – Memperkenalkan kawan seller/brand owner onboard on PG Mall


Jika ada kenalan atau kawan-kawan yang menjual produk yang berkualiti, atau ada juga di kalangan kawan korang itu berkawan dengan pemilik jenama itu sendiri anda boleh recommend dan daftarkan mereka sebagai PG Mall merchant.

PG Mall Merchant Recruitment Incentive adalah satu insentif khas sebagai tanda usaha korang yang berjaya memperkenalkan atau merekrut orang ramai ke PG Mall. Korang boleh merujuk gambar di bawah mengenai Merchant Recruitment Incentive.


Cara untuk memperkenalkan peniaga, saudara-mara atau rakan-rakan adalah dengan mengisikan maklumat pedagang pada borang di pautan https://bit.ly/RecruitMerchant. Ianya juga tertakluk kepada terma dan syarat, Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ketua E-Dagang PG Mall (Bok 011 – 5509 7916).

IPrice Insight

PG Mall merupakan platform e-dagang utama ke-3 untuk pilihan rakyat Malaysia dan platform membeli-belah dalam talian nombor satu keluaran Malaysia. Korang boleh rujuk kepada Mapping Malaysia Leading e-commerce Players - 2020 Quarter 1 Report di Iprice Insights.

PG Mall merupakan platform e-dagang utama ke-3 untuk pilihan rakyat Malaysia dan platform membeli-belah dalam talian nombor satu keluaran Malaysia. Bukti ini telah disokong oleh laporan daripada iPrice insight seperti mana yang telah direkodkan. Kita dapat melihat bagaimana PG Mall telah berkembang dengan begitu baik sekali dari tahun ke tahun sebagai pemain e-dagang terkemuka di Malaysia sehingga meninggalkan jauh beberapa syarikat pesaingnya yang lain seperti mana yang telah dilaporkan  di dalam laporan Q1 2020 seperti yang dikongsikan dibawah. 



Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

Facebook

Instagram

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Raya #RayaCampaign #PGMallSeller #PGMallMerchant #iPrice #2020Q1report

Sabtu, 1 Februari 2020

Cabar Diri Dan Tingkatkan Potensi Diri Dalam Program Nak Ubah Hidup 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seringkali kita merasakan hidup kita ini gagal, tak pernah berjaya, akibatnya kita sering murung diri, rasa down, rasa diri tidak berguna, rendah diri dan macam-macam lagi reaksi negatif yang tampil dalam kotak fikiran kita. Jadi, bila kita nak rasa detik kejayaan dalam hidup tu?

Sebenarnya, kita tidak perlu pun untuk memikirkan hal negatif seperti itu. Sebab, terlalu banyak pilihan untuk kita berjaya di dunia ini. 

Orang kata, seseorang itu berjaya apabila dia mempunyai harta atau berjawatan tinggi atau juga dikenali ramai (popular). Namun, ramai diluar sana yang sudah berjaya dan nampak biasa-biasa sahaja. LeYa pasti semua orang ingin mengecapi kejayaan dalam kehidupan mereka. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang tidak ingin berjaya. 


Persoalannya, apakah yang menggelarkan diri kita ini seorang manusia yang berjaya? Sempatkah di tahun 2020 ini kita mengejar dan mengecapi kejayaan yang sama seperti orang lain yang dah capai?

Sekali lagi, LeYa berpeluang menanam semangat positif dalam diri bersama mentor yang tidak asing lagi iaitu Dr Azizan Osman dalam Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 yang membuka mata dan minda LeYa dalam meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui perniagaan yang berjaya dan menguntungkan.



Cabar Diri Dan Tingkatkan Potensi Diri Dalam Program Nak Ubah Hidup 2020

Program yang berlangsung selama 3 hari di Setia City Convention Centre (SCCC) dibanjiri seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. 

Mengenang kembali perjalanan Dr Azizan Osman selama 12 tahun (2008 - 2020) dalam penganjuran program ini bertujuan untuk melihat lebih ramai orang tahu dan faham bahawa dengan berniaga dapat membantu meningkatkan tahap pendapatan. Namun, ada juga yang memulakan bisnes tanpa ilmu yang betul dan tiada hala tuju sebenar.

Akibat dari itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Kehadiran Dr Azizan Osman bersama pasukannya, RichWorks International telah menyedarkan orang ramai dalam membangunkan perniagaan dengan ilmu di dada. 


Ketika itulah, ribuan usahawan lahir dari bimbingannya dengan berjaya mendapatkan hasil jualan diluar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri seperti Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow! 

Seterusnya, Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan. 


Apabila kita sudah berjaya, kita mampu melakukan lebih banyak perkara kepada orang lain. Kejayaan selalu datang berserta tanggungjawab. Orang yang berjaya selalunya adalah orang yang bertanggungjawab. Mereka berusaha dan bertanggungjawab mencapai kejayaan mereka untuk dimiliki. Jadi, kita perlu menjadi seseorang yang berjaya supaya kita dapat menjalankan tanggungjawab untuk membantu orang lain dalam apa jua pertolongan yang dipinta. 

 

Apa yang kita perlukan untuk berjaya?

Ramai orang inginkan kejayaan. Bila kita melihat orang lain berjaya, kita juga ingin berjaya sama seperti mereka. Tapi, sedarkah kita walaupun dah berusaha sedaya upaya tetap jua tidak mampu berjaya seperti mereka. Kemudian, mulalah kata-kata negatif muncul dalam kotak fikiran kita. Jadi, dalam Nak Ubah Hidup (NUH) 2020, visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan yang berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai.

RichWorks juga berjaya melahirkan 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE. Antara topik dan pengisian program adalah:
  1. Pengurusan Bisnes
  2. Pemasaran
  3. Jualan
  4. Pematuhan Undang-Undang
  5. Perakauanan & Percukaian
  6. Operasi
  7. Kepimpinan
  8. Pembangunan Diri
  9. Pelaburan



Titanium RichWorks 

Merupakan Program High Net Worth Coaching atau Program "Mentoring Membership" setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara jalan dan kaedah terkini untuk mengembangkan bisnes. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.

Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. 

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi

SPIRE RichWorks

SPIRE pula merupakan Program "Mentoring Membership" setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. 

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.” 


Kita sudah lama berada di tahap yang sama. Apa kata, aturkan langkah dan mulakan perjalanan kita untuk mecapai kejayaan. Jangan mudah berputus asa. Redah dan lawan semua halangan yang ada di hadapan. Yang paling penting berDOA kepada Allah SWT untuk apa yang kita nak. Jumpa anda di puncak kejayaan seterusnya di Program Nak Ubah Hidup akan datang!



Isnin, 20 Januari 2020

Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan Oleh Faridil Atras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rata-rata hari ini lambakan hotel, chalet dan homestay kian berleluasa. Namun, seperti yang sedia maklum, pengurusan homestay tidak akan memungkinkan kita untuk berada di sana sepanjang masa terutamanya bagi korang yang bekerja sepenuh masa dan homestay korang pula jauh dari tempat tinggal. Jadi, rasa-rasanya apa yang patut korang lakukan? Ikuti selanjutnya dalam artikel ini tentang Pengurusan Homestay yang betul jika nak berjaya dan jadi jutawan Homestay.


Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan

Menguruskan Homestay ini memang ada banyak cabarannya. Cabaran yang paling besar adalah untuk mendapatkan pelanggan dan memastikan homestay kita sentiasa penuh dan mendapat tempahan.

Pasti korang perasan kan ada sesetengah pengusaha homestay selalu sahaja tak menang tangan kerana berjaya mendapat tempahan penuh setiap minggu, bulan dan pada masa yang sama ada juga pengusaha yang sukar mendapatkan penyewa walaupun hanya untuk satu malam.

Jadi, apa kata jom luangkan sedikit masa untuk perkongsian dari Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan yang akan LeYa tulis ini.



Siapa Jutawan Homestay Ni?

Sebelum tu, meh LeYa perkenalkan serba ringkas penulis Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan ni. Penulis panduan ini adalah Tuan Faridil Atras yang merupakan pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place yang telah beliau mulakan sejak tahun 2014. 

Dalam masa 4 tahun, beliau menguruskan bisnes homestay, beliau telah berjaya mengembangkan rangkaian homestay yang bermula dari 1 buah kepada 8 buah homestay di seluruh Malaysia. Kebanyakan pelanggan yang menetap di homestay beliau bukanlah sekadar rakyat Malaysia, malah ada yang datang dari Perancis, Korea, Mesir, Jepun, China, US dan banyak lagi.

Nah!! Ni LeYa kongsikan beberapa keping gambar homestay beliau.
Jutawan Homestay - Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Kepada korang yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana Tuan Farid menguruskan homestaynya yang banyak dengan gaya seorang jutawan, bolehlah baca ebook pertama beliau ini yang secara keseluruhannya mengandungi 27 Bab dan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat.

Antara isi kandungan panduan ini adalah beliau pecahkan kepada 6 bahagian seperti:
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay

Dalam panduan ini, Tuan Farid akan menjawab segala persoalan, antaranya:

1. Macam mana boleh dapat pelanggan bertubi-tubi?
2. Macam mana nak buat iklan?
3. Sesuai ke rumah saya untuk buat homestay?
4. Macam mana nak hias homestay agar nampak cantik dan eksklusif?
5. Perlu ke sediakan tuala dan sabun di homestay?
6. Macam mana nak elak pelanggan curi atau rosakkan barang?

Nak tahu lagi mengenai isi kandungan panduan ini? Boleh terus ke Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Dan, korang juga bakal menerima Bonus PERCUMA menerusi laman web tersebut.