Thursday, 5 September 2019

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman, Perunding Kewangan Terkemuka Menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Islam sendiri mendidik umatnya untuk menjadi pemimpin yang kental dan berdaya saing. Hari ini, di Malaysia, telah banyak kita lihat orang-orang kaya dalam kalangan Islam yang pasti terselit rasa kagum dan bangga bagaimana mereka-mereka ini bermula dari bawah hingga berjaya. Petang tadi, LeYa dan rakan-rakan Bloggers berkesempatan ke Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuala Lumpur Convention Centre. Persidangan ini telah pun memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini.


Oh Ya! Acara ini juga berlangsung selama 3 hari bermula 4 hingga 6 September 2019. Pameran dan persidangan ini telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global.


Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman, Perunding Kewangan Terkemuka Menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Apabila terdengar mengenai Financial Genius Group (FGG), pasti ramai sudah mengetahui siapakah pengasas kepada salah satu syarikat perancang kewangan yang dikenali di Malaysia, iaitu Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman. Beliau merupakan salah seorang jutawan yang juga telah menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dalam satu persidangan Forum Meja Bulat yang mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" sebagai salah satu usaha mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa.


Latar Belakang Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman

Beliau dikenali sebagai pemilik termuda kereta mewah jenama Jaguar dan pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan terkini ialah Anugerah The Jewels of Muslim World 2019. Kisah kejayaan beliau pernah dipaparkan dalam Berita Mingguan, Dewan Masyarakat, Majalah Kosmo, Majalah Remaja, Berita Harian, Maskulin, Harian Metro, rancangan Idola, Bara Gemilang, The Breakfast Show dan lain-lain lagi media massa dan elektronik.

Beliau berasal dari Pulau Pinang dan memiliki pendidikan tertinggi dalam bidang Diploma Sains Aktuari UiTM. 

 

Dalam Pameran dan Persidangan Muslim World Biz, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" di hadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Beliau turut berkongsi pengalaman dan tips penting untuk membentuk pemimpin Abad ke-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.



Financial Genius Group (FGG) di bawah pimpinan Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang untuk memperkenalkan organisasi kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.


Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah

Website

Facebook

Instagram


Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. Bagusnya bagi motivasi kat orang ramai untuk terus berjaya. Ni nak follow rapat2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom follow beliau secara rapat-rapat jika nak berjaya jugak mcm beliau

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com