Friday, 15 March 2019

Restoran The Love @MaTiC Menghidangkan Masakan Dari 13 Buah Negeri di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menikmati pelbagai hidangan pelusuk negeri di Malaysia memang menyeronokkan dan enak-enak semuanya. Hari ini, di Kuala Lumpur, korang tidak perlu lagi risau untuk pergi jauh-jauh terbang atau menjelajah ke seluruh negeri semata-mata untuk merasa menu atau masakan istimewa di setiap negeri kerana The Love @Matic sudah pun mengumumkan One Stop Place yang menawarkan pelbagai pilihan menu dari 13 buah negeri. 


Bercakap mengenai The Love yang mana restoran ini bukanlah baharu kerana sebelum ini ianya dikenali sebagai Saloma Bistro dan juga WOW KL. Tahun 2019, diberi nafas baharu dan diberi nama sebagai THE LOVE. Pada hari pembukaannya yang lalu, bersempena dengan memperkenalkan nama baru dan menu-menu yang ditawarkan, LeYa telah dijemput untuk menikmati makanan yang dihidangkan di majlis pelancarannya.


Untuk kali ini, The Love mengetengahkan State Food yang mana ia adalah Signature Dishes daripada negeri-negeri yang ada dalam Malaysia. Juadah istimewa ini sudah tentunya disediakan oleh chef berpengalaman di mana setiap menu ini mempunyai citarasa asli dari setiap negeri tersebut dan LeYa pasti korang akan teringat kampung halaman ketika menikmatinya.


Antara menu yang dijangka akan mendapat sambutan hangat dan bakal menawan selera semua ialah 

Kelantan
Ayam Percik
Kambing Kuzi
Nasi Kerabu

Pulau Pinang
Kambing Kari

Selangor
Ayam Daun Kadok

Negeri Sembilan
Gulai Telur Itik Belimbing Buluh
Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Terengganu
Singgang Ikan Tongkol
Labu Kuning Masak Lemak Lada Hitam
Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Tongkol

Pahang
Ikan Patin Masak Tempoyak
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Kedah
Daging Rebus Air Asam
Sayur Campur Masak Lemak Putih
Mee Sup Utara

Melaka
Ikan Pari Asam Pedas
Ikan Sembilang Berlada

Perlis
Udang Sambal Petai
Terung Berlada

Perak
Gulai Daging Cincang
Ikan Bawal Taucu
Pucuk Paku Goreng Belacan

Johor
Sotong Biji Gajus
Ikan Cencaru Sumbat
Tempe Goreng Jawa

Sabah
Ayam Liku

Sarawak
Opor Ayam

Nasi Dagang dari Terengganu

Nasi Kerabu dari Kelantan

Sayuran Nasi Kerabu

Labu Kuning Masak Lemak Lada Hitam

Gulai Daging

Sayur Campur Masak Lemak Putih & Sambal Tempe Jawa

dan lain-lain hidangan seperti:
Ikan Bakar
Sambal Belacan
Sambal Tempoyak
Budu
Cincalok
Sambal Hitam Pahang
Sambal Mangga
Air Asam
Kicap Lada
Ulam-ulam Kampung
Ikan Perkasam
Ikan Masin
Telur Masin
Bubur Kacang
Pengat Pisang
Kuih Koci
Akok 
Kuih Bakar
Lepat Pisang
Ketayap
Onde-Onde
Pulut Panggang
Seri Kaya
Cara Berlauk
Puteri Ayu

Ikan Bakar


Ulam-ulaman

Pelbagai jenis sambal

Aneka kuih-muih

Aneka kuih-muih

Amacam! Terliur tak? Hehehe.... Dengan bertemakan State Food, The Love menghidangkan makanan-makanan 13 buah negeri yang enak-enak ini bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Minuman kordial yang disediakan

Citarasa negeri di The Love turut menghidangkan pelbagai menu lain seperti Kari Kepala Ikan, Nasi Goreng Malaya, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Ayam, Cantonese Kuey Teow, Kuey Teow Goreng, Mee Goreng, Beef Burger, Chicken Burger, Fish & Chips, aneka sup seperti Creamy Mushroom Soup with Garlic Bread dan Creamy Asparagus Soup with Garlic Bread serta snek ringan seperti Triple Decker, Potato Wedges with Cheese Sauce dan French Fries. Juga tidak dilupakan menu desserts seperti buah-buahan campuran dan Cream Caramel.

Buah-buahan campuran

Dengan memperkenalkan makanan-makanan dari 13 negeri yang berbeza ini, ia bertujuan memberi tarikan menarik kepada pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk menikmati makanan-makanan tersohor dari seluruh pelusuk negeri. 

Bermula 1 Mac 2019, The Love juga menyajikan hidangan 13 buah negeri ini di setiap hidangan termasuk Sarapan Pagi (Breakfast), Makan Tengahari (Lunch), Minum Petang (Hi Tea) dan Makan Malam (Dinner).

Okay lah... Pada yang berminat untuk merasai keenakan makanan dari 13 buah negeri ni, korang boleh lah datang ke The Love @MaTiC yang dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam atau korang boleh hubungi di talian 03 - 2164 1139. Selain itu, korang boleh dapatkan maklumat terkini di laman sosial seperti

Facebook

Instagram


Harga Hi Tea Set Menu
(Starting 1 March 2019)
Walk in | 4PM - 6.30PM
RM 15 NETT

Menu yang dihidangkan
Goreng-Goreng Stall
Keledek, Sukun, Cucur Udang Ikan Bilis, Keropok Lekor, Kuih Kasturi / Kuih Boom Bijan dan Popiah Goreng / Samosa

Stall
Lempeng Kelapa, Roti Kaya, Roti Kukus, Sekaya dan Butter

Cucur Udang Utara
Sauce & Condiments

Beverage Stall
Coffee & Tea

Harga Mini Buffet Lunch
RM20 NETT

Menu yang dihidangkan
Ayam Goreng Berempah
Ikan Taucu
Daging Masak Merah
Sayur Campur
Buah-buahan
Nasi Putih

Live Cultural Show
Available every night from 7.30pm - 9.30pm, enjoy our buffet dinner spread at RM130 NETT
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Mak ai banyaknya menu dia. Kalau kak ana suka lah g sini sebab semua menu popular negeri dalam Malaysia ada dekat sini. Tak perlu travel jejauh kan. Boleh panjangkan pada bendahari peribadi ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Bendahari peribadi tak tahan kak ana ni... Nasiblah En. Syahmi kena belanja Maam dia makan.. Syafi pun mesti suka

      Delete
  2. adoiiiiiiiiiiiiiii.. kalua dah banyak2 makanan camni memang payah la nak diet.. kena tinggalkan kejap diet kat rumah baru selesa nak makan.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Tinggalkan diet ye kat rumah... Hahaha.. Pandai #KakakYangHensem buat punchline taw

      Delete
  3. Tukar nama lagi ker heheha dan tukar management lagi ker hehehe tapi tak apa yang penting makanan tetap sedap dan tempat menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... Biasa lahh tu.. Selagi boleh tukar, kasi tukar laa.. Yup... Makanan memang banyak dan sedap

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com