Selasa, 26 Mac 2019

Hari Lahir Ayah Bercuti Di Korea Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana hari ini merupakan hari yang istimewa di mana tanggal 26 Mac 2019 merupakan Hari Lahir Ayah, seorang ketua keluarga yang selalu menyayangi, bertanggungjawab dan memberi didikan sempurna sepanjang LeYa hidup hari ini.

"Selamat Hari Lahir Ayah". Ucapan di pagi hari saat LeYa bangun untuk menunaikan solat Subuh tadi selepas terpamernya ucapan pertama dari Ibu di ruang WhatsApp. 


Hari Lahir Ayah di Seoul, Korea Selatan

Tahun ini, genaplah ayah berusia 60 tahun. Wah! Sudah menjangkau 6 series tu. Anakandamu ini mendoakan agar diberi kesihatan yang baik dan dirahmati dalam lindungan Allah. Semoga ikatan kekeluargaan kekal utuh hingga ke Jannah. Tiada Ayah dan juga Ibu, Tiadalah LeYa sampai hari ini.


Menariknya tahun ini, Ayah dan Ibu pergi bercuti sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Ayah di Seoul, Korea Selatan. 

"It's okay... Kasi peluang Ayah Ibu jalan-jalan satu dunia setelah penat lelah membesarkan kami 3 beradik selama ini."


Ayah dan Ibu ke Korea Selatan bersama sekumpulan rakan-rakan mereka yang telah pun turut bersara dari kerjaya masing-masing. Bak kata orang Nismilan "Dah pencen ni...berjalan laa.. Apo laie.." Hehehe...
Dengan teknologi yang semakin canggih hari ini, hubungan tidak terputus begitu sahaja walaupun berada jauh beribu batu. Ayah telah mengirimkan setiap gambar-gambarnya ketika melawat dan melancong di tempat orang di ruangan WhatsApp. Cantik-cantik betul tempatnya. Teruja juga nak ke sana suatu hari nanti. InsyaAllah. 

Bandar Seoul, Bandar Metropolis Korea Selatan

Menurut Ayah lagi, beliau dan rakan-rakan telah mendarat di Incheon Airport, Seoul, Korea Selatan dan berjalan-jalan di sekitar Bandar Seoul yang sangat cantik. Dari pemerhatian LeYa melalui pembacaan dan pengalaman rakan-rakan yang telah ke sana, Seoul ialah Ibu Negara Korea Selatan dan merupakan sebuah bandaraya metropolis yang sarat dan padat dengan arus pemodenan meliputi bandar pencakar langit, keretapi berteknologi tinggi dan budaya k-pop serta k-drama yang berleluasa sana sini. 

Walau bagaimanapun, warisan budaya seperti istana-istana lama dan pasar-pasar tradisional masih dijaga rapi dan dijadikan sebagai tarikan kepada pelancong untuk dilawati. 




Seoul Central Mosque

Wahhh.... Ayah dan Ibu turut berkesempatan pergi ke Seoul Central Mosque yang terletak di Itaewon. Bestnyeeee tengok... Kalau korang nak tahu lagi, masjid ni adalah masjid terbesar di Korea Selatan. 


Selain itu, kalau korang nak tahu lagi di Itaewon juga terdapat banyak restoran halal buat pelancong Muslim yang melancong ke sana. Sekali nampak Ayah, Ibu dan rakan-rakannya makan makanan Korea, terus rasa craving nak makan makanan Korea pulak.. Hahaha... Apa pun tak boleh lah LeYa ni..

Di Itaewon juga terdapat Foreign Food Mart yang menjual barangan keperluan harian.



Banyak lagi tempat menarik yang Ayah dan Ibu lawati termasuklah Nami Islands dan mungkin tempat-tempat menarik popular lain seperti Bukchon Hanok Village, Changdeokgung Palace, N Seoul Tower, Namdaemun Market dan banyak lagi lah yang LeYa sendiri tak pernah sampai lagi ke sana. Hanya pengalaman dari rakan-rakan yang dah pergi je. Sebab tu tahu lah sedikit nama-nama tempat menarik tuh. 



Apa-apa pun, sempena ulang tahun kelahiran Ayah hari ini, Angah a.k.a. LeYa mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Happy Holiday buat Ayah dan Ibu di sana. I love you.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com