Jumaat, 8 Februari 2019

KFC Parmesan Truffle Crunch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kisahnya bermula selepas menonton AJL 33 yang menunjukkan iklan KFC - Sehingga Menjilat Jari dengan menu baharunya KFC Parmesan Truffle Crunch. Dan, pulang sahaja dari menonton AJL 33, Mr. Otomen Taro pun membelok masuk perkarangan stesen minyak Shell Seri Kembangan. Kemudian, membuat pesanan Drive Thru KFC yang ada di situ. So, apa lagi? Permintaan ditunaikan. LeYa memohon untuk menikmati menu baharu tersebut. Yummy! Terima kasih my lovely husband


Kalau korang nak tahu, KFC Parmesan Truffle Crunch ini merupakan menu gastronomi terbaharu gabungan keju Parmesan premium dan Truffle bersama ayam hot & spicy KFC.

Korang juga boleh dapatkan menu KFC Parmesan Truffle Crunch ni dengan set kombo 2 ketul ayam pada harga RM17.90 dan set kombo 3 ketul ayam dengan harga RM24.50. Setiap kombo tersebut didatangkan dengan whipped potato, coselaw, shredded Parmesan cheese dan minuman Mountain dew. Oh ya! Korang yang tercari bun dalam set KFC Parmesan Truffle Crunch ni memang tidak disertakan sekali ya. So, kalau nak bun tuh, kena lah add-on.


Macam LeYa, pada malam tu Otomen memesan untuk set kombo 3 ketul ayam. Dah lewat malam. Cukuplah sekadar untuk merasa kan. Jadinya, kami decide untuk berkongsi sahaja. Lagipun lebih menjimatkan dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri. Hehehe...

Apa Yang Istimewa Tentang KFC Parmesan Truffle Crunch ni?

Istimewanya adalah limpahan Parmesan cheese dan dressing oil itu sendiri. Sebab? Bila korang taburkan dressing oil dia tuh, memang telan liur tak sabar nak makan. Ditambah lagi dengan hirisan keju Parmesan yang menjadi favourite LeYa. Ternyata sedap dan menggiurkan. Cuma ia kurang kick untuk LeYa sebab tak pedas. Hehehe... LeYa kan hantu pedas. Tak boleh tak pedas. 

Menariknya lagi, ayam KFC Parmesan Truffle Crunch ni lebih rangup berbanding ayam yang biasa tuh. Memang layan habis masa tengah makan ayam KFC ni. 

Keseluruhan LeYa rasakan memang sedap dan berbaloi. Bagi yang tak makan pedas tuh, memang boleh try la untuk makan KFC Parmesan Truffle Crunch ni. 

So... Korang dah rasa ke belum KFC Parmesan Truffle Crunch ni? Kalau dah, cuba kongsikan pengalaman atau reaksi korang. Yang belum tu, cepat-cepatlah pergi rasa ye. Ternyata sedap dan berbaloi! 

Related Posts:

  • Rambut Kekal Bergaya Sepanjang Hari Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Siapa kata lelaki tidak mementingkan gaya dan penampilan mereka? Zaman kini samada wanita mahupun lelaki amat menitikberatkan penampilan agar kelihatan lebih kemas dan bergaya apabil… Read More
  • How to Take Great Selfies : 28Mall Dinner Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 28Mall Online Shopping Malaysia bersama eOneNet.com telah mengadakan satu majlis makan malam bersama members dan blogger pada 12 April 2017 yang lalu di Menara UOA Bangsar, Kuala… Read More
  • SHOPPINKBOXCEREAL Emergency Beauty Kit Pertama di Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Wanita dan cantik itu lumrah biasa. Kecantikan yang ada pada wanita adalah milik setiap insan itu sendiri. Untuk menambahkan lagi kecantikan yang ada pada diri, seseorang wanita … Read More
  • Gelombang Aiman Tino dan Produk Sweet Aiman Semakin Melonjak NaikAssalamualaikum dan Salam Sejahtera... Aiman Tino bersama Audi R8, hadiah yang diterima ketika Pelancaran Produk Sweet Aiman Siapa tidak kenal dengan Aiman Tino kan? Artis muda yang sedang melonjak naik dengan 2 buah la… Read More
  • Gifted - Movie Review Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kali ini LeYa ingin mengulas mengenai American drama filem tentang seorang kanak-kanak perempuan, Mary Adler berusia 7 tahun mempunyai intellectual gifted yang berdepan den… Read More

14 ulasan:

  1. Good post 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  2. dah cuba, so far okay dengan harga nya. Tapi akk dr dulu mmg suka ori je. Tak tahulah napa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Biasa lah..citarasa orang kan lain-lain..

      Padam
  3. Belum try lagi yg ni, semalam g KFC lupa plak nak try. Hahaha

    BalasPadam
  4. Pergi dah KFC tapi tak order pun KFC parmesan truffle ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lorrr...Kenapa tak try? Okay jugak rasanya... Tak pedas pun

      Padam
  5. Dari sehari ke sehari memang nampak menu nie sedap tapi tuelah, blum berkesempatan nak rasa lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Sedap hingga menjilat jari... Bak kata slogan KFC..

      Padam
  6. dah makan kfc ni serbuk atas ayam tu masin hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Xpedas kan.. Leya jadi muak sbb xpedas.. Leya is suka makan pedas..

      Padam
  7. hari tu ke kfc macam x perasan pulan menu ni.. dok nampak yang wrap tu ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo...hehe.. Tapi now ade lagi yang baru.. KFC Ghost Paper.. Ce try.. LeYa dah cuba jugak dah..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com