Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Menjelangnya Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pulau Pinang, LeYa berkesempatan menghadiri satu episod khas Podcast bersama Dato' Seri Salim Abdul Rahman yang akan membincangkan makna, semangat dan aspirasi rakyat Malaysia. Episod ini dirakamkan secara langsung di Pearl View Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang, yang mana salah satu negeri yang kaya dengan sejarah dan kepelbagaian budaya.

Dalam podcast tersebut, Dato' Seri Salim menekankan bahawa Hari Malaysia bukan sekadar memperingati penyatuan Semenanjung Malaysia, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, tetapi juga menjadi simbol kekuatan rakyat Malaysia dalam mengekalkan perpaduan di tengah-tengah kepelbagaian bangsa dan agama.
Beliau juga turut mengimbau sejarah bagaimana Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membangunkan Malaysia sebagai pusat perdagangan dan pertemuan budaya yang dah wujud sejak berabad lamanya. Dengan tema, "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni", podcast ini mengetengahkan kepentingan generasi muda dalam menyemarakkan semangat cintakan negara melalui inovasi, pendidikan dan teknologi digital.

Selain itu, Dato' Seri Salim berkongsi juga pandangan mengenai cabaran semasa seperti perubahan iklim, pembangunan mampan serta tanggungjawab sosial rakyat dalam memastikan Malaysia terus harmoni dan makmur. Beliau juga menekankan peranan media digital termasuk podcast sebagai wadah untuk menyampaikan mesej positif dan memperkukuhkan hubungan antara masyarakat.

Episod podcast ini diakhiri dengan pesanan penuh inspirasi. “Hari Malaysia adalah hari untuk kita merayakan perbezaan, menyatukan kekuatan, dan melangkah bersama ke arah masa depan yang lebih gemilang.”.
SAKSIKAN PODCAST PENUH DI YOUTUBE CHANNEL HR's TV
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com