Jumaat, 14 Disember 2018

Seafood Segar dan Murah Di Pak John Steamboat & BBQ, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haiii... pencinta steamboat dan BBQ. Korang mesti suka dan teruja apa yang LeYa nak bagitahu ni. Kalau sebelum ni nak makan Steamboat & BBQ sedap ni kena ke Damansara, tetapi tidak lagi bagi orang-orang yang duduk di kawasan ini. Korang semua boleh nikmati steamboat & BBQ ni di Pak John IOI City Mall, Putrajaya. Aha! Dah dekat. Confirm berpusu-pusu la korang ni nanti. Al-maklumlah...pantang bila LeYa cakap ada tempat makan best. Hehehe...


Lagi satu nak cakap, kenapa korang kena makan kat sini? Sebab utamanya adalah murah dan halal. Dengan satu harga, korang boleh nikmati lebih 160 hidangan makanan yang disediakan. Aha! Makan sampai lebam uolls... Boleh lah bawak satu family untuk cuba makan di sini. Sebab murah dan makanan pun berkualiti dengan portion yang banyak. Jom tengok apa LeYa makan di sana!


First time LeYa dan Otomen Taro datang untuk menikmati makanan di Pak John Steamboat & BBQ ni. Kebetulan pula hujung minggu tu family sebelah Otomen datang. Langkah kanan la mereka datang kan. Terus kami perkenalkan dan bawak makan kat sini. 

Sampai sahaja di restoran tuh, LeYa dapat lihat hampir kesemua meja sudah ditempah. Memang setiap hari sentiasa ramai. Jadi, LeYa sarankan sebelum korang nak datang makan, eloklah kiranya tempah dahulu. Dikhuatiri kalau walk-in, restoran penuh pula nanti.



Bila dah tempah ni, LeYa terus tanya di kaunter dan taaddaaaa.... Rupanya meja kami ada di depan je tu. Hehe.. Baru je duduk, pelayan dah datang bagi kami buat pilihan sup. Sebab kami ramai, kami dapat 2 pilihan sup. Antara pilihan sup yang korang boleh nikmati adalah
  1. Sup Udang
  2. Sup Tom Yam
  3. Sup Miso
  4. Sup Kari
  5. Sup Ayam

Dan, kami telah memilih Sup Tom Yam dan Sup Kari. Korang.... Kalau korang nak tahu, boleh re-fill sup ni secara percuma tau. Tak ada tambahan bayaran pun. Best kan!


Okay... Dah pilih sup. Jom kita pilih pula makanan yang ada. WoW! Rambang mata weyyhhhh nak pilih. Banyak sangat menu yang ada kat sini. 

Terdapat menu steamboat seperti bebola ikan, ayam, sosej, kek ikan, daging dan banyak lagi. Sayur-sayuran pun ada banyak jenis. Memang favourite LeYa ni. Hehehe...



Bukan itu sahaja. Korang juga boleh minta hidangan daging hirisan premium secara percuma je tau. Antara daging hirisan premium yang ada di sini adalah:
  1. Premium Beef Slice
  2. Premium Lamb Slice
  3. Premium Abalone Slice
  4. Premium Smoked Duck

Korang boleh makan sebanyaknya sehingga kenyang. Tapi memadai lah kan. Janganlah sampai berlaku pembaziran.


Buat yang tak makan hidangan steamboat dan BBQ, jangan risau. Sebab kat sini ada juga hidangan buffet seperti nasi goreng, mee, bihun dan makanan bergoreng. Memang banyak pilihan makanan yang disediakan. 



Bukan itu sahaja, pilihan sos pun LeYa pening nak pilih yang mana. Siap main pusing-pusing meja sos tuh.. Kejap nak ambil yang ni, kejap nak ambil yang tu. Hahaha... Last-last ambil yang biasa makan jugak.



Part paling ditunggu. Bahagian pencuci mulut yang juga sangat banyak untuk korang nikmati. Tapi memandangkan perut dah kekenyangan, LeYa sekadar memilih Waffle Ice Cream sahaja. Tak larat lah nak makan semua. Kang termuntah balik pulak kalau kenyang sangat.



Overall memang LeYa sangat berpuas hati dengan kesemua hidangan yang disediakan di sini. Dan LeYa memang recommend untuk korang pergi dan rasai sendiri kelazatan dan kepelbagaian makanan yang ada.

Harga

Maklumat lanjut

Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya

Contact
012 - 7050684

Facebook

Instagram

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. syoknya ber steamboat, meriah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Kak Ana... Meriah sangat. Keluar dari restoran, senyum sampai ke telinga sebab kekenyangan. Hehe..

      Padam
  2. wow...banyaknya menu...tak rugi la mkan kat sini kan

    BalasPadam
  3. ya Allah. banyak nya pilihan. jenuh lah rambang mata nak memilih. haha. last2 berdiri ja dok memilih nak makan apa. hahahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Betul.. Boleh menung kejap fikir nak makan apa..

      Padam
  4. memang puas hati makan dekat pak john. banyak pilihan dan semuanya segar2. plg suka daging dengan ayam dia. well marinated dan lembut. tempat pun selesa.

    BalasPadam
  5. amboi wakkkk.. makan tak toleh kite tu.. hee~

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com