Monday, 10 December 2018

4 Tips Menghias Ruang Kecil/Tidak Digunakan Lagi Agar Kelihatan Luas & Kemas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Seperti yang kita tahu, taraf kehidupan rakyat semakin hari semakin meningkat. Harga rumah meningkat, harga barang pun tak pernah turun. Lebih-lebih lagi kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Singapura dan lain-lain. Memiliki rumah merupakan satu keperluan sebagai tempat berteduh. Hari ini, sekali lagi kita dapat lihat di mana dengan kenaikan harga rumah yang melambung tinggi dan ruang rumah yang semakin mengecil bagaikan tidak selaras dengan harga yang diberikan. Sebagai contoh, kita boleh lihat di Chao Chu Kang, Singapura, atas desakan ekonomi untuk meminimumkan ruang kehidupan kita, kenaikan harga hartanah telah memaksa pemaju untuk membina ruang rumah yang lebih kecil dan lebih padat. 

Dalam meniti ruang kehidupan yang semakin kecil itu, korang perlu merancang dalam merekabentuk dan fungsi setiap ruang yang ada di dalam kediaman korang. Ini kerana ia boleh menjadi satu kesilapan besar jika tidak dapat menghiasi ruang kecil dengan baik. Bukan bermakna korang tiada idea, atau korang kecewa dengan segalanya. Sebaliknya, cuba korang kembali bertenang dan rancang semula setiap fungsi ruang yang ada. 

Bila korang dah tenang dan fikir semula. Syok kan kalau ruang yang kecil tu kelihatan besar dan luas! Boleh letak apa sahaja yang diimpikan tanpa perlu risau ruang jadi sempit. Yang penting, tak risau jika terlanggar bucu katil atau almari yang tersusun di lantai. 


4 TIPS MENGHIAS RUANG KECIL / TIDAK DIGUNAKAN AGAR KELIHATAN LUAS & KEMAS

Walau bagaimanapun, tak bermakna ruang kediaman korang yang kecil ini tidak boleh melakukan sesuatu perubahan yang menarik dan luas. Jom LeYa tunjukkan beberapa petua dan rahsia mengenai bagaimana korang boleh memanfaatkan ruang kecil korang kelihatan luas, kemas dan bersih.

1. Rethink unused spaces (Fikirkan Kembali Ruang Yang Tidak Digunakan)

Ruang yang tidak digunakan boleh menjadi ruang yang selesa dan luas tanpa perlu berbelanja besar. Sebagai contoh, cuba korang fikirkan balik perkara terakhir yang korang lakukan di ruang kecil itu. Adakah korang tinggalkan ruang itu begitu sahaja? Kadang-kadang pasti ada perasaan bosan tatkala korang melewati ruang yang tidak digunakan itu kan. Korang berpendapat lebih baik tinggal di ruang lain yang lebih selesa dan kemas. Tetapi, korang juga yang merungut bila rumah sempit dan tiada ruang yang cukup. Jadi, cuba korang teliti balik apa yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan ruang tidak digunakan itu.

Cuba korang lakukan beberapa perkara ini seperti menyimpan aksesori pembakar tambahan di dalam ketuhar apabila ridak digunakan lagi, menyimpan lilin tambahan dalam periuk-periuk yang besar, menyimpan sarung bantal yang bersih dalam kotak di bawah katil dan banyak lagi. Ini Nampak seperti menjengkelkan tetapi sebenarnya ia mampu menjimatkan ruang kecil korang. Walau bagaimanapun, adakah korang pernah berhenti untuk mempertimbangkan ruang tidak terpakai itu kepada sebuah ruang yang memberikan inspirasi dan potensi besar buat korang?

Pertimbangkan kembali untuk ruang yang dikatakan “dead spaces” atau ruang yang tidak digunakan itu untuk cara yang paling berkesan. Korang boleh hias ruang itu seperti dinding kosong atau nooks dan crannies dengan suasana yang paling indah. Sebaik sahaja korang sudah mengenalpasti permasalahan ini, cuba korang bayangkan pula cara untuk menggunakan ruang ini sebagai satu kelebihan fungsi untuk korang. 

Sebagai contoh, jika korang mempunyai tingkap besar dan luas, korang boleh mengubahnya menjadi ruang kerja tetap korang. Bukan sahaja korang mempunyai ruang tambahan untuk perkara-perkara apabila perlu mengambil kerja rumah untuk satu-satu malam, korang juga akan dapat mencetuskan ilham dan pendapat yang bagus ketika korang sedang melakukannya

2. Go vertical with storage (Susun Ruang Simpanan Secara Menegak)

Ruang yang kecil ini bukan sahaja memerlukan korang untuk berfikir di laur kotak malah, ia memerlukan perancangan yang mencukupi untuk menggunakan sebaiknya ruang itu. Korang boleh mencuba kaedah menyusun ruang simpanan secara menegak dan mendatar. Walaupun, korang tidaklah punyai banyak ruang mendatar, korang boleh menyusunnya secara menegak ke atas.

Korang juga perlu pertimbangkan sistem storan yang tinggi dan sempit untuk mendapatkan simpanan yang paling banyak dan kelihatan tersusun dan kemas. Sebagai contoh, korang boleh meletakkan dua rak buku ringan yang sama tinggi di Antara kedua pintu untuk kelihatan lebih kemas. Korang juga boleh menggunakan rak floor-to-ceiling untuk kelihatan ruang korang tampak tinggi dan besar dan menjadikan ia sebuah ruang yang hebat.

Jika korang tidak takut dan berani untuk meneruskan ke peringkat seterusnya, apa kata kalau korang cuba lakukan rak buatan sendiri di setiap dinding untuk memastikan ada perkara tersembunyi di sebalik dinding itu. Sebagai contoh, korang boleh memasukkan Murphy bed ke apartment studio untuk membolehkan korang mempunyai ruang yang selesa dan kemas.


3. Find an organization system (Cari sistem organisasi)

Tempat menyimpan barang merupakan tempat yang penting untuk sebuah pangsapuri yang kecil. Clutter hanya berfungsi jika korang lakukan perkara yang kelihatan lebih kecil dan lebih sukar apabila ruang tersebut sudah sempit. Oleh itu, korang dinasihatkan untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada dengan menyembunyikan segala pandangan yang menyesakkan.

Korang juga perlu ingat bahawa semua tempat simpanan yang kita buat tidak akan membantu sekiranya ia tidak teratur. Sistem penyimpanan barang perlu praktikal dengan apa yang kita ingin dan gunakan. Sekiranya ada barang yang tidak digunakan lagi, korang haruslah mempertimbangkan sama ada untuk membuang atau melabur kepada organisasi yang memerlukan.

Sebagai contoh, sistem pemilihan rak merupakan perkara yang tepat. Walau bagaimanapun, lapisan setiap rak perlu diteliti untuk mengisi setiap barang keperluan kita. Ia akan kelihatan seragam dan cantik mata memandang.

Sistem organisasi fizikal hanya akan berfungsi dengan baik sekiranya korang tahu mengurus sistem simpanan korang dengan baik. Cuba korang jadikan habit mengembalikan items yang korang ambil ke tempat asalnya setelah menggunakannya. Ia pasti memberi satu ruang yang selesa dan bersih untuk korang lihat.

4. Unclutter your space regularly (Unclutter ruang anda dengan kerap)

Unclutter adalah proses semulajadi untuk setiap ruang yang korang gunakan terutama selepas korang meninggalkan ruang yang sama untuk beberapa waktu. Hanya terdapat perbezaan apabila ruang kecil itu mempunyai barangan yang tidak dapat disembunyikan. Oleh itu, jika korang rasakan ia tidak bersesuaian atau tidak digunakan lagi, apalah salahnya kalau korang boleh menyimpan barang-barang itu dengan baik dan selamat. Pasti membuatkan hati korang gembira melihat suasana yang bersih dan harmoni. 

Kemudian, cuba korang terapkan sekali setiap bulan untuk membersihkan ruang storan atau ruang kecil itu agar sentiasa kelihatan bersih berseri-seri. Cuba kumpulkan semula barangan yang hendak disimpan atau yang harus dibuang. Amalkan beberapa tips ini dan pastikan ia sentiasa digunakan dari semasa ke semasa. Pasti! Kediaman korang kelihatan lebih kemas dan teratur.
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. nampak kemas dan tersusun walaupun ruang yang terhad :) inspirasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Terima kasih... Marilah mengemas rumah

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com